السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!Entry beku dari peti ais!!Semalam bangun pagi Aqil cakap dia tak sedap badan.Ibu rasa dahinya panas.Selesai solat Subuh ibu suruh Aqil sarapan roti sekeping.Lepas selesai sarapan ibu bagi Aqil makan Uphamol.Sejak malam Isnin lagi Aqil dah selsema.Ibu cuma bagi ubat selsema saja.Tak sangka pula esok paginya badan dia mula panas.Aqil cakap dia tak nak duduk rumah sorang-sorang.
Dia nak duduk rumah opahnya.Dekat saja jarak rumah ibu dengan emak abah ibu.Sekangkang kera kata orang. ;)Pagi semalam sebelum kami pergi kerja ayah hantar Aqil ke rumah opah.Kata opah demamnya on off.Ibu ayah dah bawa dia ke klinik petang semalam.Mudah-mudahan hanya demam virus biasa saja.Kalah ibu bila anak tak sihat ni.Biar ibu saja yang tanggung rasa sakit tu. ;(
Kesian Intan Payung ibu demam.
Aqil ni susah nak sakit.
Kalau dia sakit pun bila dah tak tahan sangat baru dia bagitau.
Selagi dia boleh bertahan dia senyap saja.
Amboi! Menjeling bukan main lagi.Marah ler tu ibu curi-curi ambil gambar dia. ;)Katanya "Saya demam World Cup ni ibu....." Hahahahaha!
Semoga cepat sihat yer sayang. Sekarang memang musim ramai yang tak sihat. Nak kata kena hujan dia bukan jenis keluar kemana. Mengalahkan anak dara duduk rumah sepanjang masa. Nak ajak keluar makan sarapan di luar pun jenuh nak dipujuk. ;)
16 Comments
Mudah2an Aqil cepat sembuhnya
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih atas doanya.. ;)
Deletecepat sembuh Aqil...nasib baik dalam cuti sekolah kan blh rehat2
ReplyDeleteTq yunk atas doanya.. Iye nasib baik tengah cuti sekolah.. ;)
Deletesyafakallah aqil... demam world cup sebab england out ke tu? ;-)
ReplyDeleteAamiiin Ya Rabb! Tq anies atas doanya..Aqil suka Morocco yunk dia x minat England. Ni demam risau Morocco lawan pagi esok ni.. Hahahaha!
DeleteOh...bleh geng ngan Dania la ni..susah nak demam..susah nak sakit..tapi kalau sekali demam sure lembik dan lama...itu yang risau..selalu suruh dia makan vitamin apa yang patut
ReplyDeleteIye betul tu SA sejenis susah nak sakit tapi sekali dia tak sihat memang susah hati dibuatnya..
Deleteorang tengah sakit ibu sibuk je ambil gambar... itu kene jeling hheheh. GWS Aqil
ReplyDeleteItulah pasal dia jeling je ibu. Agaknya kecik besau kecik besau je dia tengok peel ibu dia ni. Hahahaha!
Deletesmoga cpt sembuh aqil
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Tq mama.. ;)
DeleteAnak-anak buah di rumahpun bergilir-gilir demam. Sayapun baru baik daripada demam. Rasa huru-hara sedikit dunia.
ReplyDeleteDemam bergilir2 ni tak tahan kesian tengoknya kan.. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik utk kita semua.. Aamiin!
DeleteGet well soon Aqil! Kang tak dapat layan final World Cup.
ReplyDeleteTu lah.. Tq Kakak Sal.. Aqil excited nak tgk Semi Finals Morocco pagi esok.. Hihihihi!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.