Dalam bulatan tu kesan calarnya.
Nampak kan?!
Tapi bila ibu pakai cermin mata ni tak perasan pun kesan tu.
Dia pun tak adalah mengganggu pandangan ibu.
Cuma ibu rasa tak best sebab benda tu dah bercalar walaupun sikit.
Bingkai cermin mata ni ayah yang pilih.
Black Pink katanya.
Amboi ayah bukan main lagi ehhh. ;)
Mereka panggil ibu Cikgu Salina.
Hahahahaha!
Korang jangan nak macam-macam.
Lain muka ibu bila pakai cermin mata dengan tak pakai cermin mata kan?!
Ramai yang cakap bila tak pakai cermin mata ibu nampak garang.
Tapi bila pakai cermin mata air muka ibu nampak lembut sikit.
Iskkkkk! Memandai je korang kan?! ;)
Garang ke lembut ke yang penting pandangan ibu jelas dan terang.
Merasalah ibu pakai sekejap cermin tu sebelum ibu perasan ada kesan calar. Ibu dah cuak risau orang kedai tu cakap tak boleh tolong buat apa-apa sebabnya ibu dah pakai cermin tu dekat seminggu baru ibu sedar ada calar. Sekarang ni ibu terpaksa lah pakai balik cermin mata lama. Tak berapa selesa tapi boleh lah daripada ibu tak nampak langsung lagi haru. Huhuhu!
18 Comments
Tinggi juga ya power. Saya pun mula berkaca mata sejak zaman PKP, bila kerja banyak sangat guna komputer.
ReplyDeleteIye SR power cermin mata ibu tinggi. Mula pakai cermin mata dari umur 12 tahun lagi. Memang bangun saja tido cari cermin mata dulu. Hihihi!
Deletekalau pakai contact lens tu, kalau power tinggi, harga dia pun sama mahal jg ke..mcm mn?
ReplyDeleteKalau power tinggi tetap sama harga contact lens nya sis. ;)
Deleteooo ya ke? baik2
DeleteHihihihi ;)
DeleteDulu masa belajar pernah berkaca mata tapi sekarang ni tak lagi. Mata macam ok sikit cuma kalau memandu waktu malam agak silau.
ReplyDeleteIbu dulu tak teruk tapi makin lama power makin bertambah. Sekarang memang bangun je dari tidur meraba cari cemin mata dulu. Hihihi!
Deleteibu xnk try buat lasik ke utk xyah pakai cermin Mata lg.. 😅😅
ReplyDeleteLasik tu mahal 1 hal yang lebihnya ibu ni penakut wak. Hikhikhikhik
DeleteHarap cepatlah siap spek mata baru. Saya pun rasa nak buat spek ni, sebab silau bila drive malam. Huhu. Menarik lah bingkai black pink
ReplyDeleteItulah Sal sebab bila pakai power baru yang memang khas untuk rabun jauh dan dekat ni selesa sangat. Dari sekecil2 huruf boleh nampak jelas. Kalau tidak tu ibu suka sakit kepala kalau pakai power lama. Menarik yer?! Hihihihi! Ibu punya pilihan lain tapi ayah cakap dah macam Harry Potter. Hahahahaha!
DeleteCantik cermin mata. Tidak nampak tebal kantanya.
ReplyDeleteSinggah balik. Tq kerana meninggalkan jejak di blog saya. Saya dah follow balik.
Iye memang nak cermin yang nipis sebab power ibu pun tinggi kan. Tq NA sudi follow ibu kembali. ;)
DeleteTinggi degree mata ibu tu.. dlu husb sy penah buat cermin mata yg rabun jauh dan dekat tu di sg wang, kl.. murah katanya kat situ
ReplyDeleteIye power ibu memang tinggi Kak Mim.. Memang kena bercermin mata.. Cuma dulu ibu agak selesa pakai Contact Lens sebab tak terasa berat kan.. Tapi skrg sebab dah ada rabun jauh jadi Contact Lens tu tak sesuai dah..
Deletedlu masa study pernh pakai cermin mata juga sbb tk nmpk jauh...lpstu bila driving mlm dan di kala ujan pki juga dlu2 tp skarang tk pki,,,tgi juga power ina tu
ReplyDeleteIye mama power kita memang tinggi.. Memang kalau tak pakai apa pun tak nampak habis kembang kabur semuanya..
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.