Advertisement

Main Ad

Taklim Di Rumah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!
Cantik pula tarikh hari ni.
12/12/22

Hari baru di minggu yang baru. Semoga semuanya baik-baik belaka ye. Alhamdulillah! Kita semua dah masuk minggu kedua di bulan yang terakhir untuk tahun ni. Cepatnya masa berlalu hanya tinggal tiga minggu saja lagi untuk menutup tirai tahun 2022. Jangan tanya ibu pasal azam tahun baru. Setiap tahun tak pernah ibu ada azam yang khusus pun. Sebab setiap kali ibu berazam tak pernah pun tercapai. Semuanya hangat-hangat tahi ayam saja. Hahahaha! Jadi jika ditanya tentang azam ibu di tahun baru memang tak ada. Ibu cuma harapkan semuanya baik-baik saja hendaknya. In shaa Allah!

Untuk entry kali ni ibu nak bercerita sikit tentang satu amalan yang kami sekeluarga cuba amalkan. Itupun atas nasihat dari abah. Abah ibu merupakan salah seorang dari Jemaah Tabligh. Setiap tahun abah akan keluar selama 40 hari mengikut jemaah menyampaikan aktiviti dakwah mereka. Paling jauh abah pernah sampai ke India pada akhir tahun 2018 selama 4 bulan. Itu adalah tempoh yang paling lama dan yang paling jauh. Kata abah sekurang-kurangnya mereka kena keluar 3 hari bagi setiap sebulan, 40 hari bagi setiap setahun dan 4 bulan untuk sekali seumur hidup. Ibu pun tak berapa nak faham sangat tapi banyak juga yang abah terangkan pada ibu. ;) 

Bulan Oktober yang lepas abah keluar selama 40 hari. Tak jauh pun abah pergi, abah ke Taiping kali ni. Untuk tahun lepas abah terbang sampai ke Sabah. Memang sebulan lebih juga lah kami hanya dengar berita dari abah sesekali saja. Itupun kalau abah call atau msg emak. Bukan abah tak bawa hp cuma kami memang tak nak ganggu abah bila dia keluar bersama Jemaah. Biarlah abah fokus dengan kerja ibadahnya. Hanya doa yang kami kirimkan dari jauh. Semoga abah sentiasa sihat-sihat sahaja disana. ;)

Abah selalu suruh kami amalkan Taklim di rumah. Katanya banyak fadhilat menghidupkan Taklim di rumah ni. Ibu nak cerita detail ibu pun tak pandai. Ibu petik dari blog Al-Faedah tentang Taklim Rumah: Benteng Fitnah Akhir Zaman.

Credit dari blog Al-Faedah

Abu Anas: "Kelebihan ta'alim rumah, kebaikan akan masuk kedalam rumah tanpa disuruh, keburukan akan keluar tanpa dipaksa."

Ijtima’ adalah pertemuan 2 kerja, iaitu kerja sebelum ijtima’ dan kerja sesudah ijtima’. Harapan/sasaran diadakannya ijtima' tersebut diantaranya:
  1. Bagaimana setiap masjid hidup amalan agama ( dakwah illallah , taklim wa taklum, dzikir ibadah , khidmat )
  2. Bagaimana setiap rumah-rumah umat islam hidup suasana agama.
  3. Bagaimana setiap individu-individu umat islam mengamalkan agama secara sempurna.
Untuk perkara 1 dan 3 insya Allah dapat dicapai dengan cara di keluarkannya rombongan-rombongan untuk mendakwahkan agama baik jamaah rijal (laki-laki) maupun masturah (laki-laki bersama wanita). Sedangkan untuk perkara 2  dapat di capai dengan cara menghidupkan ta'lim rumah.

Menghidupkan taklim rumah secara istiqomah merupakan perkaran yang harus dilakukan oleh seluruh umat islam tanpa kecuali baik bagi yang  sudah mengenal usaha agama maupun belum , karena barang siapa yang menghidupkan taklim rumah maka berarti orang tersebut siap untuk didatangi agama, karena talim rumah adalah pintu masuknya agama ke dalam rumah, kalau pintunya tidak pernah dibuka bagaimana keluarga kita mau paham agama.

Taklim rumah merupakan perkara penting karena taklim rumah merupakan pertemuan dua kerja maqomi baik maqomi rizal maupun masturah. untuk perkara apa saja maqomi rizal dan masturah saya rasa kita semua sudah teramat mengerti poin-poinnya walau terkadang belum sempurna mengamalkannya.

Orang tua kita dalam dakwah sangat menekankan perkara dihidupkannya taklim rumah. Walaupun suaminya hafiz Al Qur’an, alim, selalu sambut takazah, pintar dalam bayan dan memberikan mudzakarah tapi taklim dirumahnya tidak hidup maka pada hakekatnya dia sedang menggiring anak dan istrinya ke pintu neraka.

Karena setiap kita mempunyai tanggung jawab yang besar untuk bagaimana membawa seluruh ahli keluarga kita kedepan pintu surga-Nya, dan hal itu bisa didapat dengan cara kita mengajarkan keluarga kita tentang agama, dengan jalan menghidupkan taklim rumah secara istiqomah.

Kalau hanya diri kita saja yang paham agama, dan kita tak pernah buat taklim rumah untuk mengajarkan agama kepada keluarga kita , maka jangan harap agama akan hidup di tengah keluarga kita selepas kita meninggal dunia, bahkan  bisa jadi selepas meninggalnya kita anak dan keluarga kita menjadi orang-orang yang jauh dari agama asbab semasa hidupnya kita tak pernah membuat taklim rumah secara istiqomah.

Para sahabat nabi sangat paham untuk perkara yang satu ini, mereka setiap mendapatkan satu ilmu dari Rasullah saw mereka menceritakan apa yang di dapat dari Rasulullah saw kepada para istri dan anaknya, sehingga istri dan anak-anak bisa menjadi alim dan alimah.

Manfaat dari taklim di rumah:

1. Allah 'Azza wa jalla akan memberikan rahmat,sakinah dan keberkahan pada ahli rumah/keluarga.
2. Akan wujud suasana agama di rumah.
3. Ahli keluarga akan tahu nilai-nilai ahirat dan amalan agama.
4. Mengeluarkan kebesaran MAAL (harta) dan memasukkan kebesaran AMAL shalih dalam hati.
5. Akan dapat keyakinan bahwa amal Rasul dapat menyelesaikan masalah kita di dunia dan diakhirat.
6. Rumah kita akan di penuhi nur yang cahayanya sampai ke langit.
7. Malaikat akan masuk dan syaitan-syaitan akan keluar dari rumah.
8. Akan menghancurkan 40 majlis maksiat.
9. Akan di jauhkan dari fitnah dajjal.

Kerugian apabila tidak menghidupkan taklim di rumah

1. Beramal ikut nafsu.
2. Ahli keluarga tidak mengetahui nilai-nilai akhirat karena di dalam rumah tidak ada mudzakarah tentang iman dan amal shalih.
3. Di rumah banyak syaitan, karena suara muzik lebih sering terdengar dari pada bacaan-bacaan ayat suci Al-qur’an, gambar-gambar dan patung banyak di simpan di dalam rumah.
4. Maksiat bermerajalela, antara anggota keluarga menjadi kurang rukun damai maupun kasihsayang, sering terjadinya pertengkaran.

Itu semua akan terjadi karena rumah yang tidak hidup amalan agama dan taklim di rumah maka ahli keluarga tidak akan tahu pentingnya amalan agama.

Cara membuat taklim rumah:

1. Di rumah hendaklah kita memiliki kitab atau buku ta’lim (seperti fadhilah amal), jika tidak ada bisa menggunakan terjemahan Alqur’an atau buku-buku agama yang di dalam nya terkandung firman Allah dan sabda Nabi(hadits). Menurut ‘alim ulama sebaik-baiknya harta yang di simpan di rumah adalh Al Qur’an dan buku ta’lim (fadhilah amal).
2. Waktu ta’lim di tetapkan, pilih waktu dimana seluruh anggota keluarga berkumpul.
3. Tempat ta’lim ditentukan istiqomah satu tempat saja dan dikondisikan sebagaimana suasana masjid (bebas dari perabot mewah/patung/gambar makhluk)
4. Baca ta’lim dengan istiqomah setiap hari satu kali.
5. Baca ta’lim secara bergiliran setiap hari mulai bapak/suami, ibu/isteri, anak-anak dan seterusnya.
6. Baca buku ta’lim secara berurutan,setelah dibaca di tandai dan dilanjutkan kembali besoknya.
7. Semua fadhilah di baca,diutamakan baca fadhilah shalat dan kisah sahabat.
8. Sekali-kali diterangkan adab-adab ta’lim sebelum ta’lim dimulai.
9. Selain ta’lim dengan membaca kitab, taklim rumah di isi dengan mudzakarah sifat-sifat sahabat, halaqah tajwid Qur’an, masa’il, muzakarah wanita,dst.
10. Waktu taklim sekurang-kurangnya 30 menit.
11. Selesai ta’lim ditutup dengan doa kifarah majelis:

“Subhallakallahumma wabihamdika asyhaduan lailaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik”

Insya Allah semoga kita semua dapat menghidupkan Taklim di rumah secara istiqomah bersama dengan keluarga tersayang. Aamiin Ya Rabb!


Alhamdulillah!
Setiap kali usai solat Magrib menjadi tugas Aqil Naim untuk bacakan Taklim.
Kalau di rumah abah, memang abah lah yang akan membacakan Taklim untuk seisi keluarga.
Dirumah kami ibu suruh Aqil yang bacakan.
Semakin lama, bacaannya pun makin lancar dan Aqil nampak lebih berkeyakinan.


Semoga kita semua kekal istiqomah dalam setiap amal yang kita lakukan.
In shaa Allah!


Dimana ibu dapatkan buku Taklim tersebut?!
Abah yang hadiahkan.
Abah beli waktu dia keluar bersama Jemaah Tabligh hari tu.
Korang tengoklah siap ada penanda lagi.
Hihihihi!

Untuk memulakan sesuatu yang baik, memang kita sering diuji. Kadang-kadang tu, Aqil baru mula baca satu bab yang ibu ni dah mula menguap berkali-kali. Itulah dia hasutan Syaitan yang memang benci jika kita berada dalam majlis ilmu macam ni. Ada saja caranya nak menghasut mengganggu kita. Semoga Allah swt pelihara kita semua.

Post a Comment

16 Comments

  1. terima kasih sis atas perkongsian. baru sy tahu rupanya taklim ni tak ambil masa yg lama pun utk dipraktikkan di rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul mula2 dulu ibu pun ingat lama rupanya bila amalkan setiap hari sekejap saja rupanya. ;)

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian Lina, moga dapat kita jadikan amalan juga di rumah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah yunk.. Kita usahakan sebaik mungkin..Semoga istiqomah..

      Delete
  3. moga rumah2 kita akan menjadi payung kecil penyelamat akhir zaman

    ReplyDelete
  4. Terima kasih diatas perkongsian, sesuatu yang baik sebaiknya di kongsi dan diamalkan bersama kan..slowly but surely...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah SA.. Kita cuba usaha sebaik mungkin ya.. In shaa Allah! ;)

      Delete
  5. Terima kasih kongsi.. seronok kan bila dapat berkumpul dan beramal macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Sue. Seronok rasanya. Seisi rumah pun rasa sejuk dan tenang. ;)

      Delete
  6. Jemaah Tabligh adalah insan terpilih...mereka berusaha meningkatkan iman dan tidak semua sanggup melakukan tugasan dan amanah ' amar makruf dan nahi mungkar' ini...salah satu aktiviti terbaik jemaah tabligh ialah majlis taklim atau bacaan hadis...boleh dilakukan di rumah dan masjid

    ReplyDelete
  7. Taklim ni boleh juga merapatkan lg bonding keluarga kan? Ilmu dpt kasih syg pn bertambah mekar... bijaknya Dia allahu akbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah swt maha bijaksana kan Kak Mim.. Alhamdulillah kak.. Semoga kami dapat kekalkan istiqomah.. In shaa Allah! ;)

      Delete
  8. Thanks for sharing Ibu. Bagusnya dah didik anak dari awal. Berdakwah ni memang sebaiknya mula dengan keluarga sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Sal.. Ibu dan ayah cuba yang terbaik.. Semoga kami semua dapat kekal istiqomah hendaknya..

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.