Advertisement

Main Ad

Rutin Bulanan Ibu Aqil 1st Disember

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Alhamdulillah! Pembukaan bulan baru, Allah swt permudahkan segala urusan ibu. Awal ibu dapat bekalan darah kali ni. Hari ni ibu nak cerita sikit pasal penyakit ibu Thalasemia. Untuk rawatan bulanan transfusi darah ibu selalunya mesti ada sedikit masalah. Masalahnya untuk dapatkan darah yang betul-betul sesuai dengan ibu makan masa sedikit. Bukan maknanya bekalan darah tak ada. Cuma dalam kes ibu ni, ibu punya masalah antibodi dalam darah. Ianya terjadi disebabkan kekerapan ibu masuk darah sejak dari umur ibu setahun lagi. Jadi dalam tempoh 39 tahun bermacam jenis darah orang lain yang masuk ke dalam badan ibu. Oleh kerana itulah ibu punya masalah Autoimmune Hemolytic Anemia (AIHA)

Setiap kali sebelum masuk darah, ibu harus datang seminggu awal ke hospital untuk diambil dahulu sample darahnya. Selalunya proses mendapatkan darah yang betul-betul sesuai makan masa seminggu dan paling lama dua minggu dari tarikh sample diambil. Pernah jugalah sampai dua kali ibu kena datang balik hospital sebab sample darah yang diambil tak cukup. Jadi kenalah ambil sample baru. Begitulah rutin bulanan ibu. Tempoh kekerapan transfusi darah ibu adalah setiap empat minggu sekali. Setiap kali masuk darah ibu memerlukan dua pack darah. 

Jadi untuk bulan ini awal bulan ibu dah dapat bekalannya. Syukur Alhamdulillah! Itupun ada cerita sebelum nak masuk darah. Ngeheeee! Punyalah ibu tak jangka boleh dapat dalam minggu itu juga. Ikutkan ibu hantar sample darah pada hari Selasa 29/11/2022. Kalau nak ikut pengiraan ibu dalam seminggu lagi baru dapat darah yang sesuai. Tapi nak dijadikan cerita awal pagi Khamis 1/12/2022 waktu tu ibu dan ayah tengah sarapan sebelum ayah hantar ibu ke pejabat. Ibu terima panggilan dari pihak hospital. Kata mereka darah ibu dah ready dan boleh masuk hari itu juga. Ya Allah! Korang bayangkan dengan berbaju kurung ibu masuk darah hari tu. Dapat saja panggilan dari hospital ibu terus call bos ibu untuk maklumkan pada beliau ibu dipanggil untuk masuk darah hari itu juga. Ibu beruntung kerana dari awal ibu masuk kerja, mereka sangat memahami masalah kesihatan ibu. Walaupun sudah berapa kali ibu bertukar bos, ada yang dah berpencen dan ada juga yang dah tukar ke tempat lain. Mereka semua sangat memahami ibu tanpa banyak soal dan pertikaikan masalah kesihatan ibu. Asalkan kerja ibu selesai mengukit masa yang ditetapkan sudah.

Selesai sahaja sarapan ayah terus hantar ibu ke hospital. Itupun awalnya ibu saja cuba nasib pujuk ayah untuk hantar ibu balik rumah salin pakaian. Rasa tak selesa pula nak masuk darah dengan berbaju kurung segala. Bayangkan nak masuk dua pack darah dan setiap pack memakan masa dua atau tiga jam. Memang dari pagi sampai ke petang lah ibu kena duduk dalam wad rawatan harian tu. Nasib tak perlu tidur wad selesai sahaja masuk darah dah boleh balik. Tapi cadangan ibu ditolak mentah-mentah oleh ayah. Alasannya ayah malas nak patah balik ke rumah sebab kami pun memang dah ada di tengah pekan. Tak apa lah ayah, ayah dah sudi hantar ibu tu pun satu rahmat bagi ibu. Ayah tak suruh ibu pergi sendiri. Hihihihi!


29/11/2022 @ Selasa
Sample darah yang diambil dari ibu.
Berbotol-botol kan?!
Selalunya ambil tiga botol saja.
Tapi memandangkan hari Jumaat 2/12/2022 ibu ada temujanji doktor pakar.
Mereka ambilkan sekali untuk cek rutin tiga bulan sekali.
Untuk cek kandungan zat besi, kolestrol, fungsi buah pinggang, HIV dan kencing manis.
Itu saja rasanya ibu pun tak tanya banyak sebab tengok berbotol darah tu pun ibu dah pening.


1/12/2022 @ Khamis
Bukan main lagi berselfie ibu ayah pagi tu.
Tujuannya saja jer nak update status whatsapp macam biasa.
Elok lepas tu ibu dapat panggilan daripada pihak hospital.
Rasa macam nak melompat gembira setiap kali ibu dapat bekalan darah.
Penyambung nyawa tu. ;)


Dah kena gari.
Tak boleh dah nak kemana-mana.
Duduk jer lah dekat wad tu diam-diam. ;)


Bekalan darah ibu untuk bulan ini.
Alhamdulillah! ;)


Menunggu lah ibu sampai habis dua pack darah.
Setitik demi setitik dia turun. ;)


Licin tak tinggal walaupun setitik.
Rugi oiiiii membazir.
Setitik darah ibarat setitik peluh penderma. ;)


Tak nak susahkan ayah datang ambil ibu.
Jadi ibu order grab saja balik ke rumah.
Grab pun bukan main lagi kome Volkswagen. 
Huhuhu!


Selfie dulu sebelum balik.
Muka happy dapat masuk darah. ;)

Hari tu nurse tegur "Amboi Cikgu Salina! Lawa masuk darah hari ni selalu pakai tshirt dengan seluar jeans." ;) Cikgu Salina dipanggilnya. Ibu ni kerani saja bukannya cikgu. Hahahahahaha! Malu-malu kucing ibu. Bersolek segala bagai sebab rancangnya bukan nak masuk darah tapi nak masuk pejabat. Yang nyatanya perancangan Allah swt itu juga yang terbaik. Alhamdulillah! ;)


Post a Comment

22 Comments

  1. Wah..Ibu Salina pejuang Thalasemia ye...semoga allah permudahkan juga buat Ibu Salina...memang ini la rutin pesakit Thalasemia, perlu masuk darah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah SA. Terima kasih atas doanya. Semoga doa yang baik2 juga dikembalikan untuk SA. Xoxo!

      Delete
  2. Oh rupanya ibu thalasemia.. mmg kena masuk darah setiap bulan kan? Sy pn ada anak buah yg thalasemia.. mmg dr kecik keluar masuk wad.. dlm 6 beradik 3 org dpd diorg yg thalasemia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer Kak Mim, ibu ada Beta Thalasemia Major. Sejak umur setahun ibu ulang alik sebulan sekali untuk rutin transfusi darah. Owhhhh rupanya anak buah akak juga ada masalah kesihatan yang sama macam ibu yer?! Semoga Allah swt permudahkan urusan mereka adik-beradik juga yer dan semoga mereka juga kuat semangat. Teruskan perjuangan sebagai Thala Fighter! In shaa Allah! ;)

      Delete
  3. Semoga terus sihat2 sahaja ya ibu, tabah dan cekal menghadapinya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah SR.. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari SR.. ;)

      Delete
  4. Dah jadi rutin bulanan yer...moga semua urusan dipemermudahkan and moga Ibu terus sihat... aamiin...

    ReplyDelete
  5. Salam ina..tq ingat lg kat blog kita..sian blog lama terabai..hihi..nway, semoga segala urusan ina dipermudahkan Allah ya..lama tk tgk anak bujang ina mesti makin hensem dah kan..❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam yunk.. In shaa Allah! Lepas ni kalau ada update ina datang singgah ye.. Anak bujang tu dah tinggi melangit dah.. ;)

      Delete
  6. wahh...hebat betul dugaan ibu. MY kena ambil darah untuk ujian hba1c 3 bulan sekali pun dah mengeluh

    ReplyDelete
  7. Bilalah agaknya ammi ni nak jadi salah sorang penderma darah? Pernah dulu nak pergi dah standby semua sekali kene rejek sbb baru baik dari demam campak less than 6 months. kali kedua...kene rejek juga sebab low BP. sekarang nak cuba pun takut dah.

    Tapi kan Ibu...ibu punya tahun cepat nau ke 2023 ye...tak sabar nak masuk tahun baru dah ke? ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke?! Tak apa dah pasang niat nak menderma tu pun dah Alhamdulillah! ;)

      Yelah ibu dah betulkan dah tahun tu nak cepat sangat masuk tahun baru yer.. Hihihi! Terima kasih sebab betulkan ibu yer.. ;)

      Delete
  8. sakit tak ibu masuk darah?selalu dgr citer masuk darah ni sakit..
    apa pun moga ibu snts kuat dpermudahkan semua urusan sihat2 selalu ye ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit seluruh badan dan sendir setiap kali lepas masuk darah.. Waktu transfusi darah tu pun terasa juga sakit berbanding kalau kita drip air.. ;)

      Delete
  9. Allahu, berat dugaannya. Alhamdulillah ada keluarga dan rakan sekerja yang memahami. Sebab ni lah kan, kita digalakkan menderma darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Sal.. Merekalah kekuatan ibu.. ;)
      Iyer Sal penderma darah adalah Hero kami.. ;)

      Delete
  10. mata sy terus berpinar bila tgk darah tu aduhhh... tu laa kelemahan sy... apa2 pun semoga urusan sis dipermudahkan dan terima kasih kpd mereka yg menderma darah tu...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.