Advertisement

Main Ad

Me Time Mencari Ketenangan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!
Jumaat lepas selesai saja urusan hospital ibu keluar me time dengan biras ibu.
Isteri kepada adik ayah Aqil.
Dia datang jemput ibu di hospital.
Kami terus ke Ipoh Parade.
Rancangnya nak pegi tengok wayang.
Cerita seram dari negara seberang.
QODRAT
Sampai saja Ipoh Parade, kami terus ke GSC untuk beli tiket.
Tayangan paling awal waktu kami sampai tu pukul 3.30 petang.
Kira oklah tu ada lagi masa untuk pegi cari makan.
Perut pun dah berkeroncong minta diisi.
Laju saja kaki menapak ke Secret Recipie.


Sampai-sampai terus bergegas beli tiket.
Pertama kali ibu tengok wayang dengan dia.
Dia peminat cerita seram.
Ayah dah cakap awal-awal kalau nak tengok cerita seram jangan ajak ayah.
Ayah tak berapa minat cerita jenis macam ni.
Jadi disebabkan biras ibu tu suka cerita seram dialah yang ibu ajak teman.


Kami berdua bukan tengok betul-betul pun cerita ni.
Sebab dua-dua jenis tutup mata.
Hahahahaha!
Intai sikit-sikit jer celah-celah jari.
Bila sampai bahagian yang agak suspen dua-dua tutup mata.
Lepas tu masing-masing tanya.
Apa jadi?! Apa jadi?! ;)
Kalau tanya ibu antara cerita ni dengan KKN Di Desa Penari.
Ibu lagi suka cerita KKN Di Desa Penari.
Cerita tu lebih suspen lagi.
Sampaikan ibu asyik terbayang-bayang jelingan tajam si Badarawuhi.
Iskkkkkk! Menyeramkan!


Sebelum wayang mula kami isi perut dulu.
Lapar sangat rasanya.


Yang nak makan hanya dua orang tapi korang tengok lah menu yang dia order.
Kalau ikut ibu cukup dengan Thai Fried Rice tu saja.
Tapi setiap kali keluar makan dengan dia macam-macam dia nak order.
Lepas tu ayat dia "Kak Ina bawa balik yer bagi Aqil makan.."
Pandai kan?! ;)


Biras ibu.
Comel jer budaknya.
Beza umur kami 10 tahun.
Dia 30 tahun ibu pula 40 tahun.
Kami dua-dua lahir bulan January.
Dia 3rd January dan ibu pula 28th January.
Maknanya kami ni January Queen.
Patutlah sekepala walaupun beza umur 10 tahun. ;)
Habis saja tengok wayang kami tak terus balik.
Biasalah bila dah sampai mall tu rugi kalau tak shoping.
Bukan beli banyak barang pun setakat sepasang baju dan seluar.
Shoping tu pun salah satu terapi minda juga kan. ;)
Lambat juga ibu balik hari tu.
Lepas Isya baru sampai rumah.
Nasib baik ayah sporting orangnya.
Sebab ayah tahu ibu mencari ketenangan yang boleh buat ibu lupa tentang hal hospital.
Terima kasih ayah sebab memahami.

Korang kalau rasa down apa yang korang suka buat?! Ibu tengok pada keadaan. Kadang-kadang ibu suka bersendiri ada masanya ibu suka mencari seseorang yang boleh buat ibu ketawa dan lupa tentang segala benda yang merunsingkan kepala. Ibu tak suka melayan perasaan sedih lama-lama. Sebab itu hanya akan buat rasa sakit dalam hati ibu ni semakin teruk. Ibu tak suka terlalu melayan emosi. Move On! Kerana perjuangan harus diteruskan.



Post a Comment

24 Comments

  1. semoga dapat ketenangan yang dicari...
    kalau ammi down, ammi prefer duduk rumah tengok movie sorang2 dalam bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ibu pun macam tu juga Ammi.. Layan drama korea.. ;)

      Delete
  2. Sy kalau down, mkn je.. cr comfort food kemudian window shopping.. kalau dpt shopping lg lah x down.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Seronoknya me-time...lepas ni SAa nak me time ngan sape la agaknya...uncle dania nun jauh di Spore, Dania dah masuk kolej...huwaaaa....SA kalau rasa down..dulu..SA kan travel sorang..pi la mana- mana dalam negeri sorang2, pernah gak pi Jakarta sorang- sorang...tapi dah umur2 ni SA lebih suka pi shopping ke, kopi2 sensorang ke...atau lepak tepi laut sorang- sorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cayalah SA berani travel sendirian waktu tengah down pula tu. Ibu ni sejenis orang yang agak penakut sikit. ;)

      Delete
  4. camne ni layan filem seram tapi tutup mata hahahha.. alamak selama ni panggil akak-akak kita sebaya rupanya. Kalau dengar iklan filem ni dekat radio tang dia bagi salam dekat ustaz qodrat tu cam seram. Dana kalau rasa down, suka sendiri-sendiri lepak layan tiktok layan anime. Sebab kalau ada masalah apa2 jenis suka borak dlm grup adik badik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebaya ye?! Hai rakan sebaya. Hihihihi! Memang waktu kena rasuk tu seram lah juga Dana sebab jelingan mata benda tu macam betul2 je menjadi. Hihihi! Mana tak kami berdua bantai tutup mata.. Hahahaha!

      Delete
  5. Muka Lina dengan biras tu macam seiras lah.,...

    ReplyDelete
  6. saya dah lama tak tengok wayang, lagi-lagi cerita hantu sebab takut. kalau down saya suka gi karaoke. takpun makan. sorang atau berteman tu tengok pada mood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karaoke pun best jgk Sal.. Boleh melalak sepuas hati.. ;)

      Delete
  7. biras pun muka mcm seiras je ;-) sy pun kalau tgk cerita seram tgk celah2 jari hehehhe ntah apa2 laa....bkn tkt tp x sanggup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bukan takut tapi terkejut-terkejut tu yang buat lemah semangat tu.. Hihihihi!

      Delete
  8. MY pun rapat dengan biras, adik ipar suami.

    ReplyDelete
  9. lama x tgk wayang. kalu MA pun..suka layan movie kat netflix.. cari movie yg fav..layan..best!

    ReplyDelete
  10. lama tk tgk wyg...last pi tgk wyg akhir ogos aritu...dpt me time mmg bole tenangkan seketika dr keserabutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye mama. Terlupa sekejap pada masalah dan kesedihan hati. ;)

      Delete
  11. gmbr u mcm seiras laaa dgn ur biras...anyway, i sejak kawin, memang tak tgk dh movie seram/hantu kat cinema sbb rasa stress hahahh zmn2 bujang byk kali gak layan movie genre gitu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang cakap muka kami seiras mama. Hihihihi! Ibu pun ni lah 1st time tgk cerita seram dkt wayang selalu tgk dlm hp atau tv saja.

      Delete
  12. Ayah kan sentiasa memahami ibu. Of course la ayah ok. Lagipun sekali sekala. Hihihi. Aku dah lama xtengok wayang. Laki aku je pegi dating tgk wayang dengan si qisya dengan bobot. Aku duk rumah ontok2 dengan ifan. Kalau bawak ifan memang kompom dia la yang buat wayang. Nak berlari je keje. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah bila ko sebut nama si Ifan tu aku tak boleh lupa keletah dia babe. Bijak sungguh budaknya. Handsome comela pula tu. Budak banyak akal. Hihihihihi! Suka aku tengok keletah dia.

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.