Advertisement

Main Ad

Berdentum Bunyi Mercun

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!

Malam raya lah katakan. Tak kan lah nak senyap sunyi saja kan?! Mereka dan mula main mercun. Berdentum bunyinya sahut menyahut. Disana bakar disini diam. Disini bakar disana diam. Ewah! Macam lagu Ukays pula Disana Menanti Disini Menunggu. Muahahaha!

Ibu layankan saja. Orang tak ada anak kecil ni tak apa lah layankan saja. Cuma kesian pada yang ada anak kecil, mengganggu tidur si comel. Di Malaysia, memana perayaan pun kalau tak ada bunyi mercun ni tak sah rasanya. Ibarat menikah tak bersaksi. Mana nak sah kan?! ;)

Sambil melayan bunyi dentuman mercun, ibu sempat ziarah blog kengkawan semua. Biasalah ibu, hari cuti ni lah baru ada masa nak blog walking. Hari bekerja tu macam payah sikit melainkan kalau ibu tak tertidur awal. Selalunya lepas solat Isya ibu dah berdengkur. Penat sangat seharian di pejabat. Kalau hari cuti ni kekadang lepas makan tengahari tu ibu lelapkan mata sekejap. Jadi bila dah tidur siang, malam segar bugar lah mata ni dibuatnya.

Kome dah tidur ke tu?! Dekat tempat kome malam CNY ni berdentum tak bunyi mercun?! Tiba-tiba waktu taip entry ni ibu rasa lapar lah pula. Perut terasa pedih. Orang yang ada gastrik ni bahaya bila mula rasa pedih perut. Takut kalau dibiarkan boleh masuk angin sampai muntah dibuatnya. Tiba-tiba ibu teringatkan ada stok megi di dapur. Hishhhhh! Malasnya nak turun masak megi. Huhuhu! Lapar tapi malas acane ni ibu?! ,;)


Amboi kemain lagi budak Aqil ni.
Mentang-mentanglah dah habis exam.
Tak lekang dengan hp.
Pegi tolong masakkan ibu megi jap sayang.
Ngeheeeee!

Berterusan mereka bakar mercun. Tak apa kita bagi peluanglah dekat mereka nak berseronok malam raya. Waktu kita sambut raya hari tu pun mereka bagi peluang dekat kita kan. Tapi kami tak bakar mercun pun. Aqil memang tak berapa minat bab mercun atau bunga api ni. Puncanya sebab waktu kecil dulu dia alahan dengan asap sebab Aqil ada Asthma. ;)

Post a Comment

6 Comments

  1. waalaikumusalam. singgah follow sini :) salam kenal! sini pun ada jugak bakar mercun, tapi tak kisah lah hehe nanti kita raya kita pun nak membakar juga XD





    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal dari ibu. Terima kasih sudi singgah dan follow blog ibu. Alhamdulillah! Betul tu kita saling bertolak ansur dan meraikan sambutan perayaan sesama kita. ;)

      Delete
  2. Amboi Aqil...
    ibu layan mercun dia layan hp yer...
    Gud luck Aqil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?!!!! Dia x heran bunyi mercun dentun dentam tu janji hp ditangan. Hahahaha!

      Delete
  3. Berdentam-dentum jugaklah bunyi, tapi dah mengantuk buat tak dengar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ibu pun sama. Memula nak lena tu layankan juga bunyi dentum dentam tu lelama udah x dengar apa sesedar dah Subuh. Hahahaha!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.