Advertisement

Main Ad

Cuti Panjang Lagi Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Cuti panjang CNY ni nak buat apa?! Ibu ajak ayah ke Penang. Memang tidak lah jawabnya. Alasan ayah malas nak hadap jeam teruk. Kalau gitu memang tak kemana lah kita jawabnya. Hukhukhuk! Sedih!

Hari ni ibu mula bercuti sampailah Selasa minggu depan. Ayah masih kerja lagi hari ni tapi separuh hari saja. Dari malam tadi kawasan rumah ibu dah meriah dengan dentuman bunga api mercun segala. Raya! Raya! Raya! 

Kelmarin jiran sebelah rumah kami bagi sekotak buah limau. Setiap tahun begitu bila menjelang perayaan mereka, mesti ada sekotak limau untuk kami dan angpau untuk budak Aqil. Disebabkan dalam rumah ni kami bukan peminat buah limau, jadi ayah bagi pada emak dan abah. Emak dan abah peminat setia limau. Kalau musim CNY memang berkotak-kotak limau abah beli. Sampai cirit lah dibuatnya asyik makan limau selagi tak habis. Huhuhu!

Esok ada jemputan kenduri dari kawan pejabat. Keduri aqiqah doa selamat anaknya yang pertama. Elok pula rumah mereka dekat dengan rumah mertua ibu. Ayah cakap lepas makan kenduri kita terus lajak ke rumah emaknya. Baik Boss. Hihihihi! Balik kampung lah kami esok. Eleh! Kampung macam lah jauh sangat sekangkang kera je pun. Ahaks!

Kome bercuti ke mana CNY ni?! Hati-hati dijalan raya ya. Semoga selamat sampai ke destinasinya. Happy Holiday!

Google

Selamat Tahun Baru Cina.
Meriahnya Malaysia berbilang kaum.
Hidup harmoni dan saling menghormati.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. - Surat Al-Hujurat Ayat 13

Post a Comment

14 Comments

  1. Tak bercuti ke mana pun. Balik kampung je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Balik kampung waktu cuti panjang ni pun best kan. ;)

      Delete
  2. Jangan tersangkut kat jem di hiway sudah la ye...?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Bestnya balik Taiping.. Hati2 CikNur semoga selamat sampai ke destinasinya.. ;)

      Delete
  4. So far xde plan lg.. nk balik umh mak/mertua mmg setiap hari pun ulang alik ke sana so kita duduk rumah dulu utk hari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kak mim. Umah mak nye sekangkang kera duduk dalam 1 taman je jadi lepak2 dkt rumah sendiri je lah. Hihihihihi!

      Delete
  5. tak kemana mana juga cny ni. malas nak hadap jem haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Tadi kami ke Kuala Kangsar nasib baik kereta x banyak x ada lah hadap jeam. Tapi malam tadi keluar makan tengok highway dari Ipoh nak ke KL dah mula sesak kete x bergerak. Naya Pak Karim! ;)

      Delete
  6. Sekitar KL ja cuti CNY kali ni...bg peluang kat depa meriahkan hiway PLUS kali ni..🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi! Bagi peluang mereka balik beraya. Hihiihihihi!

      Delete
  7. BW sambil melayan perut lapar dan jalan jam otw balik KL ni. Selamat bercuti! Tinggal satu hari lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeam teruk ye Sal?! Esok last day cuti lepas tu bersilat lah balik kita di office demi mencari rezeki. Hahaha!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.