Advertisement

Main Ad

Celebrate Birthday Syira

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Hello Sunday! Sorry ye semalam ibu tak update blog. Eleh! Acah-acah konon macam lah ada yang menunggu ibu Aqil ni update blog ye dak?! Ngeheeeee! Macam lah best sangat blog dia ni. Ahaks! Alah tak kisah lah kan syiok sendiri sesekali. Huhuhu! 

Oklah tak nak mukadimah panjang sangat. Ibu nak cerita kejadian Jumaat lepas. Dalam entry sebelum ni ibu ada bagitau yang ibu ada lunch date dengan seseorang Jumaat lepas. Si birthday girl budak Syira tu lah siapa lagi. 

[Baca Juga] : Jumaat Minggu Kedua 2023

Pukul 12 tengahari Syira datang jemput ibu di pejabat. Nasib baik jalan tak sesak sangat. Ibu keluar awal sikit sebab nak lari dari kesesakkan kereta yang parking luar pejabat. Pejabat ibu betul-betul berdepan dengan Masjid Negeri. Jadi setiap hari Jumaat akan sesaklah orang parking kereta untuk Solat Jumaat. Nak mengelakkan sangkut dalam kesesakan ibu suruh Syira datang jemput ibu awal sikit. 

Kami pilih restoran dalam pekan Ipoh saja. Tak nak pegi jauh sangat dari pejabat sebab risau bila dah jumpa nanti masing-masing mula lupa diri. Menyembang tak ingat dunia sampai tak tengok jam. Nanti tak pasal-pasal lambat ibu masuk pejabat balik. Kami makan di Cun Cun Cafe yang letaknya di Jalan Sultan Idris Shah berhampiran dengan Gerbang Malam. Siapa pernah datang Gerbang Malam Ipoh?! Kalau datang Ipoh nanti jejak lah kaki ke sana ye. ;)

Ibu pesan awal-awal pada Syira, hari ni dia boleh order apa saja yang dia rasa nak makan. Ibu belanja. Keluar dengan dia ibu kena siap sedia kosongkan perut. Sebab jenis ibu ni makan satu jenis makanan atau lauk saja. Ibu tak pandai nak makan menu yang banyak atas meja. Tapi si budak Syira ni jenisnya pandai memesan makanan. Daripada menu utama sampailah ke menu sampingan. Lepas tu bila dia tak larat nak habiskan dia akan suruh ibu bungkus bawa balik bagi Aqil katanya. Pandai kamu ye. ;)

Bila keluar dengan dia ibu tak sedar cepatnya masa berlalu. Daripada penuh cafe tu sampai tak sedar akhirnya hanya kami berdua saja pelanggan yang tinggal. Bersembang tak ingat dunia. Seolah-olah macam tempat tu kami yang punya. Harap tak ganggulah ketenangan meja sebelah. Macam-macam topik kami bualkan. Kadang-kadang ibu tak rasa beza umur kami 10 tahun. Ibu rasa macam dia lebih kurang umur ibu saja. Ataupun ibu rasa macam umur ibu masih awal 30an. Muahahaha!


Ibu pilih Chicken Chop Black Papper.
Sos dia sedap.
Ibu suka sangat.


Syira pilih Fish And Chip.
Itupun tak habis.
Disuruhnya bungkus bawa balik bagi Aqil makan.
Masa order tadi kemain lagi kamu ye. ;)


Ini kegemaran dia.
Setiap kali makan disini dia wajib order.
Sekeping dia punya dan sekeping dia paksa ibu makan.


Hotdog pun dia order juga.
Dipaksa juga ibu makan.
Ibu confius sekejap ibu celebrate dia ke dia yang celebrate ibu ni?!
Semua kena paksa makan habiskan.
Iskkkkkkk!


A&W Float tu ibu punya.
Nyummy's ;)


Birthday girl.
Happy go lucky.
Ada je lawak spontan dia.


Wajib selfie sebelum balik.
Ramai yang cakap muka kami seakan seiras.
Maknanya jodoh keserasian tu kuat lah. ;)

Google

Cun Cun Cafe betul-betul terletak di tepi jalan.
Mudah saja nak mencarinya.
Cuma masalahnya tempat nak parking kereta.
Kalau nasib baik dapatlan parking betul-betul depan kedai.
Kalau tidak kenalah berpusing mencari parking. ;)
Balik pejabat mengelupur ibu cari penimbang.
Pengsan kejap tengok berat badan sendiri.
Tak boleh jadi cuti hujung minggu tak boleh nak makan over sangat.
Masalahnya tengahari semalam pun emak dah masak gulai lemak ketam.
Rugi oiiiii tak makan air tangan emak tu. ,;)
** Ibu tak sempat nak BW lagi blog kengkawan. Semalam duk pulun layan drama Thai pula “Bad Romeo” kenan pulak ibu dengan hero dia si Mario Maurer tu.. Ahaks!**

Rasa tak puas keluar dengan budak Syira ni. Ada saja topik perbualan kami. Seronok rasanya bila ada adik perempuan ni ye. Macam-macam boleh jadi bahan nak bergosip. Dapat gelak masing-masing lupa diri. In shaa Allah! Nanti kita plan dating me time berdua lagi ye. Happy Birthday Syira. ;)

Post a Comment

12 Comments

  1. saya dengan adik perempuan pun beza 10 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beronoknya MY ada geng bersembang. Ibu ada seorang je adik lelaki. Hihihihi!

      Delete
  2. nape x ajak aqil ikot makan Western pon yg sedap tuuh.. siann aqil makan baki2 syira.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aqil sekolah Wak. Kami pergi waktu lunch time. Balik tu ibu tak bagi pun Aqil makan fish & chip tu sebabnya Aqil nak makan beger Wak jd ibu jgk lah yang menghabiskan makanan tu Wak. Hihihi! Wak jgn risau Syira setiap kali dia nak suruh bgkus utk Aqil dia akan siap2 minta pinggan kosong lain dan dia asingkan siap2 sebelum dia mula makan. Bijak kan dia?! Jadi tak adalah Aqil dapat baki dari mkanan Acik Syira dia. ;)

      Delete
  3. Bestnya makan sedap...elooo...best jer blog Ibu..SA suka baca...kena kerap lagi update la kisahnya...so..xde la SA ternanti2 ...ehh...hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah! Alah! Terharu ibu dengan komen SA ni. Terus semangat nak update blog lain macam. Hihihihi! Tq SA atas semangat dorongannya. Alhamdulillah! ;)

      Delete
  4. Mmg ada sejenis org yg mcm ni... order byk² pastu paksa org mkn.. sy selalu jugak mcm tu.. haha... seronok tgk org mkn... kaler kerusi tu rare pulak... jarang nmpk kaler pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sama ye mcm Syira? Hihihihi tulah kak kaler pinky2.. Hihihihi!

      Delete
  5. Next time ke Ipoh lagi boleh cari cafe ni. Tahu Gerbang Malam tapi tulah last time gi Ipoh, malamnya hujan so tak pergi. Terliur tengok toast dengan pisang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha nanti cari ya. Kalau Sal turun Ipoh nanti bagitau lah ibu. Hihihi

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.