Advertisement

Main Ad

Gulai Lemak Ikan Haruan Air Tangan Emak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry fresh dari oven!!

Aisehmen! Tetiba pula ibu rasa rajin nak update entry fresh dari oven hari ni. Penangan masuk tahun baru dan mungkin semangat pun baru. Tak apalah layankan saja sementara tengah ada mood nak menulis ni kan. Bila dah terdiam sepi nanti bersawang balik lah blog ni jawabnya. Janganlah!

[Baca Juga] : Sarapan Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong

Lauk apa emak ibu masak tengahari tadi?! Kemain dia pesan banyak kali, nanti datang makan rumah mak ye. Lepas Zohor tadi pun dia call lagi "Kamu datang tak karang mak masak ni siapa nak makan.." Hihihihi! Usai solat Zohor pukul 2 petang kami ke rumah emak. Memang dia dah tunggu, mana anak menantu cucu dia ni tak sampai-sampai lagi. Elok kami sampai lauk semua dah terhidang. ;)


Emak masak gulai lemak Ikan Haruan.
Huhuhuhu!
Siap dia bungkuskan suruh bawa balik.
Bekal bawak pegi kerja esok katanya. ;)


Ikan Keli goreng feberet si Aqil Naim.
Jangan tak tahu si budak Aqil ni dia susah nak makan ikan lain.
Yang dia makan Ikan Keli dengan Ikan Salmon.
Kamu banyak akal kan Aqil.
Ada je ragam kamu.


Ikan Haruan goreng ni untuk sesiapa saja yang suka goreng.
Ayah dua-dua dia bedal. 
Masak gulai lemak pun dia bedal yang goreng pun dia bedal.


Lauk Sardin semalam kata emak tapi dah dipanaskan berkali-kali.
Masih elok lagi dan yang tinggal hanya kentang saja ikannya Sardinnya licin.
Emak nak buang tapi ibu tengok walaupun hanya tinggal kentang ia tetap menyelerakan.
Air tangan emak lah katakan.
Ibu meratah saja kentangnya. ;)


Sebelum balik rumah ibu ajak ayah singgah Pekan Razaki.
Mencari Cakoi femes di Pekan Razaki.
Aduhhhhhh!
Tak kenyang-kenyang lagi ke ibu?!
Ayah kata buat minum petang.
Huhuhuhu!


Untuk kami berdua ibu beli 5 ketul saja.
Aqil Naim?!
Owhhhh! Jangan tanya dia kemana.
Kalau dah pegi rumah emak tu maknanya dia tinggal sana lah jawabnya.
Dia siap cakap nanti atok hantar saya balik.
Banyak cekadak kamu ye.


Sedap!
Lembut saja Cakoinya.
Ibu makan macam tu saja tanpa cicah kuahnya.
Hari ni dari pagi membawa ke petang kerja kami makan.
Alhamdulillah!
Nikmat rezeki kurniaan Allah swt.

Esok sesi persekolahan pun bermula. Seminggu lepas tu Aqil ada Ujian Akhir Sesi Akedemik 2022 (Pentaksiran Sumatif). Semua soalan peperiksaan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Fuhhhh! Rasa macam anak nak ambil PT3/SPM pula. Aqil dah ready ke?! Anak lelaki ibu ni santai orangnya. Relaks saja dia yang menggelabah ibu. Hurmmmm! Tak tau nak cakap macam mana lagi dah. Ibu doakan yang baik-baik saja untuk kamu sayang. ;)


Post a Comment

24 Comments

  1. Jarang2 makan ikan haruan dan keli walau pun selalu dapat

    ReplyDelete
  2. Seronoknya menjamu selera dgn airtangan mak. Hargailah selagi ada :) PH hanya mampu mengulit kenangan. Sesekali rindu airtangan arwah mak, cubalah masak. But definitely takkan sama :(
    PH pasrah je pasal UASA ni...redha je la sbb anak mmg tak bersedia pun dgn format baru ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye PH air tangan emak ni lain sangat. Semoga roh arwah bonda PH dicucuri rahmat Allah swt. Aamiin! ;,( Iye PH ibu pun berdebar rasanya pasa UASA anak ni. Kita doakan yang baik2 untuk mereka ya. In shaa Allah! ;)

      Delete
  3. Sedap kan kalau dari air tangan Mak kita kan..

    ReplyDelete
  4. Betullah air tangan mak memang terbaik sebab dia masak dengan penuh kasih-sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul Sal.. Dia masak dengan penuh kasih sayang dan ikhlas.. ;)

      Delete
  5. Betul air tangan mak ni, walaupun masak simple tapi sedap..

    ReplyDelete
  6. Sedap tu gulai haruan.Kalau mak saya suka buat gulai haruan+ ubi kayu.lauk nostalgia kami.
    Aqil memilih juga yer..keli dgn salmon jer yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap gulai lemak ikan haruan. Kalau yg goreng je pun ibu suka. Iye Cella budak Aqil jenis memilih ikan..

      Delete
  7. Mak-mak mmg mcm tu kan? Kalau dia masak mmg sibuk suruh kita tapau kalau x mkn kt umah.. selalunya weekday masa ambik #theimans kt umah mak ptg2 mesti ada dia tapaukan lauk kalau dia masak lebih... dr kecik sampai ke tua mak layan anak2 mcm budak kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak betul sangat kak. Kadang tu bila ina sakit emak lah yang paling risau. Kadang mak suruh duduk rumah dia kalau ina demam panas. Biar dia jaga katanya. Hurmmmmm itulah dia emak kan kak.. ;)

      Delete
  8. yeayyy ada geng peminat keli goreng! give me 5🖐️😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayyyyyyy kakak anies pun macam Aqil yer peminat keli.. ;)

      Delete
  9. Jarang SA masak ikan haruan..tapi kalau dapat biasanya buat sup, letak halia dan lada hitam...sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 1 SA emak ibu suka masak Gulai Lemak Ikan Parang.. Abah suka bebenor menu tu.. ;)

      Delete
  10. Ammi tak gemar sangat ikan haruan..makan masa dalam pantang dulu pun arwah mama yang kopekkan isinya. Tulang dia ya ampunnnnn...

    Ammi pun kalau makan cakoi biasanya makan gitu je..jarang letak sos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu dulu dalam pantang jenuh makan ikan haruan Ammi sebab ibu bersalin operate. Tu yang mak abah memang suruh makan ikan haruan saja naik muntah dibuatnya. Hahaha! Aah ibu x suka cicah apa2 makan gitu aje. ;)

      Delete
  11. sedapnya.. rindu nak makan air tangan mak huhu.. sambal sardin mmg lambat nak basi lagi la kalau rajin panaskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul mama. Sambal sardin memang sedap lagi dipanaskan lagi sedap kan mama. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.