السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!Entry fresh dari oven!!
Hari kedua 2023. Awal pagi emak dan call ibu. Ajak pegi sarapan dekat Taman Perpaduan makan Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong kegemaran dia dengan abah. Ikutkan hati ibu rasa malas nak keluar kemana. Hari ni nak bersantai dekat rumah saja, tengahari baru fikir nak masak apa. Semalam lagi ibu dah plan nak masak kari ayam memandangkan stok ayam masih ada lagi dalam freezer. Aqil pula bila dengar ibu nak masak kari habis hati lah dia. Katanya orang lain tak boleh lawan ibu punya kari terpaling sedap. Ewah! Kemain lagi kamu ye memuji ibu. Jangan nak bodek ibu sangat, pegi basuh kain ada sebakul tu dan sidai sekali. Huwawawawa!
Kesian pula bila emak cakap abah kamu ajak sarapan sekali dah lama dia tak keluar sarapan dengan kita. Alahai! Kesian abah. Abah ibu masih lagi bekerja. Kerjanya biasa sahaja cuma jadi pengganti Pengawal Keselamatan di sekolah. Memana staff yang cuti mereka akan panggil abah untuk gantikan mereka. Dapatlah bayaran sekali ganti dalam RM60-RM70. Abah sejenis tak boleh duduk diam di rumah. Merupakan bekas pesara Pegawai Bank [BSN] abah berumur 67 tahun ini. Masih lagi sihat walafiat. Alhamdulillah! Abah bersara wajib umur 60 tahun. Dalam 2 tahun juga abah tak buat apa duduk rumah saja. Lelama dia jadi bosan mula rasa sakit badan sana sini. Tak boleh jadi katanya “Abah kena kerja”. Itulah orang lelaki selagi kuat dan berdaya mana boleh dia duduk saja tambahan pesara swasta ni tak ada duit pencen bulanan. Mujurlah abah dan emak ada sebuah lagi rumah yang mereka jadikan rumah sewa. Adalah sikit duit bulanan yang masuk. Jadi tak nak hampakan abah, kami pun bawa mereka sarapan Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong yang mereka idamkan.
Sampai saja depan rumah emak dah bersiap dengan beg merahnya. Uishhhh kemain warna beg emak dari jauh orang dah boleh nampak. Merah menyala! Katanya dia dah call Makcik Leha tuan punya kedai nak tanya kedai buka ke tidak hari ni. Emak dah serik pernah sekali tekaknya teringin sangat nak makan, elok sampai tengok-tengok mereka tutup tak berniaga. Terus kecewa hilang selera nak makan dekat tempat lain. Hishhhhh! Lain macam emak punya teringin. Mengalahkan orang mengidam pula. Huhuhu! Alhamdulillah emak cakap kedai tu buka hari ni makanya kami terus saja ke destinasi yang dituju. Taman Perpaduan dengan rumah kami tak jauh perjalanan mengambil masa dalam 20 minit saja.
Elok-elok sampai kami pelanggan yang pertama memang tak ramai orang lagi. Mereka pun berniaga di rumah bukan di kedai. Memang meja disusun dalam pagar rumah. Ramai yang datang tadipun jenis call dan order siap-siap nak makan apa dan berapa bungkus. Selang berapa minit mereka sampai untuk ambil order mereka. Mudah saja tak perlu nak susah-susah. Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong Makcik Leha ni agak terkenal lah juga di kawasan Taman Perpaduan. Daripada zaman arwah suaminya masih ada mereka berniaga di kedai hinggalah suaminya meninggal dunia, dia tak larat lagi nak berulang alik ke kedai. Lebih selesa berniaga depan rumah saja dibantu seorang dua kawannya.
Ibu order Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong Paru Goreng. Fuhhhh! Panjang sungguh nama menu ibu. Hahahaha! Ayah dan Aqil order Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng. Manakala emak dan abah order Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong saja. Bukan main seronok tengok emak abah berselera makan. Abah siap cukai nasi emak separuh dan nasi ibu separuh. Sambil makan kami berbual kosong. Hanya kami saja pelanggan waktu tu tapi riuhnya satu meja mengalahkan ada 10 orang pelanggan. Hahahahaha! Ibu tak ambil gambar emak dan abah. Baru nak keluarkan hp untuk tangkap gambar mereka berdua, abah dah bising “Simpan hp tu nak ambil gambar buat apa orang datang nak makan bukan nak bergambar...” Alahhh! Abah ni lah tak sporting langsung tau. Aqil dah tersengeh bila tengok atoknya tegur ibu. Nak gelakkan ibu ler tu macam ibu tak tau. Siap kamu! ;)
Licin 5 pinggan nasi semuanya untuk 5 orang. Alhamdulillah! Lepas makan kami hantar emak abah balik rumah. Nasiblah rumah kami dekat-dekat tinggal dalam satu taman saja. Sebab tu jugalah Aqil suka sangat duduk rumah atok opahnya daripada duduk rumah sendiri. Sebelum bertolak balik emak pesan “Lepas Zohor karang datang makan tengahari sini tau mak masak.....” Alahai! Orang kata rezeki jangan ditolak musuh janganlah dicari. Baiklah emak, Kak Long menurut perintah. Ayah cakap “Suka ler tu mak masak....” Hahaha! Ofkos lah ayah air tangan bonda yang terpaling sedap didunia. Kalau tak datang karang emak merajuk. Tak ada sapa nak makan dah mak masak katanya. ;) Anak tak ramai gitu lah dia. Ibu hanya 2 beradik saja. Ibu dan adik ibu, Paksu Aqil. Anak lelaki ni jiwa dia tak rapat sangat dengan emak macam anak perempuan. Jadi bila ibu datang emak rasa dia ada kawan nak bersembang. Kawan bergaduh pun iye juga. Hahahahaha!
Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong Paru Goreng.
Pilihan hati ibu.
Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng pilihan hati Aqil.
Aqil minta nak bahagian "drumstick".
Kemain lagi meminta budak Aqil ni.
Bahagian lain saya tak nak.
Memilih sungguh.
Ayah pula asalnya minta nak "drumstick" juga.
Tapi kata Makcik Leha dia boleh bagi 1 saja yang lain ada orang dah booking.
Amboi kemain ye deme sesiap booking. ;)
Ayah beralah bagi Aqil dan ayah ambil "thigh".
Nasi Lemak Kukus Kak Leha
The Legend Resipi Turun Menurun
Since 2000
Daripada berniaga di kedai.
Selepas kembalinya suami tercinta ke sisi pencipta.
Makcik Leha meneruskan perniagaan mereka di rumah saja.
Kome sarapan apa pagi tadi?! Ini pun dah nak masuk tengari. Mesti ada yang dah mula masak lauk makan tengahari kan?! Apa pula menu tengahari opah masak hari ni?! ;)
18 Comments
Meriah.. Ibu ambil gambar nasi lemak tu, Abah tak cakap apa-apa ke?
ReplyDeleteAmik gambar mkn dia x bising. Nak amik gambar dia dgn emak tak mahu nya hahahahhahaha
DeleteSelamat bersarapan
ReplyDeletenampak sedapnyer
Alhamdulillah! Sedap nasi dan lauk pauknya. ;)
Deletewah..dap dap.. plan nak masak nasi lemak bungkus jugak semalam, tapi fil dah masak menu lain dulu dah...
ReplyDeleteMemang sedap kak.. Puas hati dapat makan nasi lemak kukus sambal sotong ni.. ;)
DeleteTengok gambor tu nampak sedap nasi lemak dia..Dengan lauk pauk tambahan...Mmg tergoda sis..
ReplyDeleteIye sedap sis.. Kalau ikut ibu banyak lagi lauk nak diambil tapi karang tak habis pula.. ;)
DeleteSedap nampak nasi dan lauknya..Budak-budak suka drumstick 🍗 kan..
ReplyDeleteSaya suka wing🤭
Sedap sis.. Memang pun deme suka drumstick.. Ibu pun sama suka kepak.. ;)
DeleteCantik berkilat warna sambal nasik lemak.. pedas ke x tu ibu?
ReplyDeleteTak pedas sangat kak min.. Sesedap rasa semuanya.. ;)
Deletemak kalau dah bahagia, tak payah minta dia sedia masak apa sahaja... kan?kan?😁
ReplyDeleteBetul anies.. Mak tau je apa kita nak.. ;)
DeleteLaju2 SA scrolll...x tahan godaan..mana plak nak cari kat KL Sentral ni
ReplyDeleteAlahai SA.. Kalau dekat dah lama ibu ajak pekena Nasi Lemak Kukus ni sesama.. ;)
Deleteaduduu sedapnya
ReplyDeleteSedap mama.. Hihihihihi!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.