السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!Entry beku dari peti ais!!
Hari keempat dalam tahun 2023. Amacam tahun baru kome setakat ni?! Semuanya ok ke?! Berjalan lancar?! Alhamdulillah! Moga sihat-sihat hendaknya ye. Hari ni hari kedua ibu bekerja di tahun baru. Ibu harap mood ibu untuk hari ni masih baik. Semalam hari pertama masuk kerja seperti yang ibu jangkakan meja ibu dah macam apa je. Serabut dengan fail yang dah meninggi macam Burj Khalifa. Tak payah nak pegi Dubai sana jauh-jauh. Jimat tiket flight. Hahahaha!
Ibu santai-santai saja buat kerja semalam, sambil dengar lagu dan mulut terkumat-kamit menyanyi ikut lirik yang ntah betul ntah tidak. Hentam sajalah sekadar nak hiburkan hati sendiri. Siapa lagi nak hiburkan hati kita kalau bukan diri kita sendiri. Yer dak?! Dapat jugalah ibu fokus settlekan fail-fail yang urgent lepas diasingkan mengikut keutamaan yang perlu diambil tindakan dulu. Alhamdulillah! Benar apa yang abah cakap, amalkan solat sunat Tahajjud sebelum memulakan hari baru. Kerana setiap urusan yang kita lakukan akan dipermudahkan Allah swt. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ibu tak dapat nak habiskan semuanya namun tiada perkara berbangkit yang mengganggu konsentrasi ibu semalam.
Semalam biras ibu Syira ajak keluar lunch date. Tapi ibu terpaksa tolak. Kesian birthday girl. Sebabnya ibu nak fokus duduk pejabat saja untuk selesaikan kerja ibu. Bekal nasi pun ibu dah bawa siap-siap dari rumah. Gulai lemak ikan haruan air tangan omak den. Nyummy's! Ayah pun sama ibu bekalkan nasi juga. Jimat sikit duit belanja harian kami. Tahun ini kami kena lebih konsisten untuk mula menabung balik. Chaiyok!
Sebenarnya ibu bukan nak bercerita pasal kerja ibu semalam. Udah melalut bebelan ibu ni. Itulah dia kalau mula menulis ikut suka hati main sedap jari je nak menaip apa yang terluah dari fikiran itulah yang keluar. Selalu lari dari tajuk asal. Huhuhu!
Ibu nak cerita pasal perkelahan kami yang tak dirancang. Isnin minggu lepas [26/12/2022] ibu ajak ayah sarapan di Restoran SH Saleem Jalan Kuala lagi. Kemaruk ibu dengan Tosai dia. Apa yang dia dah letak dalam makanan tu pun ibu tak tau. Muhahahaha! Tengah sesedap makan ibu tiba-tiba terfikir nak ajak ayah pegi 'tangguk" ikan. Aqil dan ayah memang suka 'tangguk' ikan. Adalah juga hasilnya yang boleh dibawa balik. Selalunya mereka boleh dapat banyak ikan Talapia. Ibu cuma goreng garing cicah sambal belacan. Itupun dah cukup sedap bagi kami tiga beranak.
Lepas makan kami terus pecut ke Taman Meru. Destinasi yang merupakan tempat berkubang ibu dan ayah waktu kecil-kecil dulu. Owhhhh! Panjang ceritanya. Ibu pendek kan saja. Sebelum bapa mertua ibu pindah ke Chepor mereka sekeluarga tinggal di Taman Meru. Manakala ibu pula waktu itu, abah dan emak beli rumah pertama mereka di Taman Jati. Jadi taman perumahan kami hanya bersebelahan saja. Bila ibu dan ayah dah nak dekat bertunang baru kami sedar yang kami ni membesar sama-sama rupanya. Kami Tadika di tempat yang sama dan belajar dalam kelas yang sama. Hahahaha! Jodoh lah katakan. Kantoi pun sebab terjumpa gambar kelas Tadika. Eh! Macam ku kenal mamat yang duduk paling depan tu. Ayah Aqil rupanya. ;)
Sebelum gerak ke Sungai Meru ibu bungkus siap-siap nasi untuk makan tengahari. Nasi Briyani lauk ayam masak sambal untuk Aqil. Nasi putih, ikan goreng dan gulai telur ikan kegemaran ayah untuk kami berdua. Sharing is caring. ;)
Elok sampai Sungai Meru orang tak ramai. Kami dapat tempat yang selesa. Plan asalnya nak 'tangguk' ikan dah jadi lain. Ini semua sebab ayah dah tak tahan tengok air sungai yang jernih tenang dan damai. Tunggu apa lagi katanya. Aqil! Jom terjun. Huhuhu!
Tengok lah tu 'The Kampung Boy'.
Habis hati mengalahkan bebudak.
Hahahaha!
Airnya jernih dan bersih.
Memang puas hati ayah dapat terjun berkali-kali.
Teringat zaman kami kecil-kecil dulu.
Balik sekolah salin baju kayuh basikal terus ke sini. ;)
Budak yang tak tahan sejuk.
Menggigil dia kesejukkan.
Ibu dah cakap duduk saja dalam air.
Kalau dah naik kedarat memang menggigil lah jawabnya.
Ibu seronok tengok gelagat mereka.
Aqil tarik ayah.
Ayah tarik Aqil.
Ibu mana?!
Ibu lepak atas batu je siapa suruh tak bawa baju lebih.
Padan muka! ';)
Sakat menyakat dua beranak.
Ayahnya pun melayan. ;)
Suka sangat mencari anak udang.
Seronok sangat lah dia dapat tangkap anak udang.
Bukan nak bawa balik pun saja suka-suka.
Anak udang tu dilepaskannya kembali ke sungai.
Penat mandi manda perut pun berdondang sayang.
Berkelah lah kami hari tu.
Aqil cakap ibu nanti kita pegi camping pula ye.
In shaa Allah!
Nanti kita plan.
Minat pula dia aktiviti macam ni. ;)
Ingatkan lepas makan dah boleh balik rumah.
Mata ibu pun dah makin kuyu.
Matahari dah terpacak atas kepala.
Panas!
Boleh deme sambung cari anak udang lagi.
Di pintu masuk ada banner.
Boleh bermalam di situ sebab ada Chalet untuk disewa.
Memang banyak yang dah berubah.
Kawasan Sungai Meru dah dinaik taraf.
Banyak aktiviti yang disediakan.
Siapkan duitnya saja. ;)
Ini kawasan yang lebih selesa dan berbayar.
Pondok tu pun boleh disewa.
Tempat kami tadi di bahagian bawah.
Tempat ini kena naik ke atas sikit.
Tapi jangan risau kereta boleh masuk.
Tak adalah kena menapak jauh-jauh.
Tenang damai rasa dijiwa.
Setiap kali dengar deruan air sungai yang mengalir. ;)
Inilah yang dikatakan main terjah. Tak rancang pun nak mandi manda. Rancangan asalnya lain. Bila dah sampai lain jadinya. Aqil cakap dia tak puas berendam. Nak repeat lagi. ;)
24 Comments
Bestnyer dapat berkubang kat air terjun
ReplyDeleteMemang best habis hati dibuatnya dapat berendam. ;)
Deletebest nyaaaaaaa kawasan sekitar pun rasa tenang je
ReplyDeletesy pulak yg terasa sejuk menggigil lps berendam😁
Betul ibu yang tengok dari batu pun menggigil rasanya.. Batu tu pun rasa sejuk.. ;)
Deletesweetnya kisah ayah dan ibu rupanya jodoh depan mata je
ReplyDeletecantik tempatnya tu ibu nampak tenang
Hihihi itulah jodoh rahsia Allah swt.. Iye betul cantek tempatnya air pun bersih.. ;)
DeleteAda geng mmg seronok berendam.. tp awas naik je ke darat mst kebuluran
ReplyDeleteBetul Kak memang lapar bila naik atas.. ;)
Deletesejuknya..mandi manda time panas...best!
ReplyDeletelepas mandi..makan, lagi best
Betul Mummy kalau time panas terik dapat berendam memang best.. ;)
Deletenampak di situ yang ayah aqil lagi excited dapat mandi manda siap terjun tiruk bagai heheheh
ReplyDeleteHahahahaha! Kan?! Ayah yang terlebih excited.. ;)
DeleteMenariknya...best la dapat mandi jeram time- time panas..tapi kalau musim hujan jangan pi ye...
ReplyDeleteMemang tak pegi SA musim hujan. Ibu pun risau takut kan sebab dah macam2 kes jadi.. ;)
DeleteOrang lelaki senang kan Ibu. Kalau tak plan pun diorang terjun je sungai bukan macam kita kena cari toilet apa semua. Hehe. Cantik nampak tempatnyya. Semoga kebersihan dan kemudahan yang disediakan terjaga dengan baik
ReplyDeleteIye Sal mereka senang jer.. Salin guna kain pelekat je pun dah ok.. Tak payah susah2.. ;)
Deletejumpa air terus dia lupa dia ada anak bujang dah ye... dia yang mcm budak bujang
ReplyDeleteItulah pasalnya Ammi ayah pulak yg lelebih dari anak. Hihihihi!
Deletemenariknya tempat ni!! MZ jrg dtg tmpt2 gini (zmn bujang kerap gak pegi tmpt2 gini sbb ngekor kwn2)..now dh ada 3 anak ni, setakat staycation jer lah hahahahah
ReplyDeleteSejuk MZ. Ibu tak berendam pun. Ibu penakut air. Hahahaha! Sejenis malas nak bersalin2 pakaian ni. Renyah!
Deletesyok tu mandi kt air terjun....nk plak skarang cuaca panas mmg dpt mandi manda ni best
ReplyDeleteIyer btul tu mama. Memang tgh musim panas terik ni lah best berendam. ;)
Deletemeru kat mana tu mummy.. ipoh ke.. nampak best la air terjunnya
ReplyDeleteAah mama Meru dekat Ipoh mama. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.