Advertisement

Main Ad

Ulangkaji Sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!

Sehari dua ni ibu tengok budak Aqil fokus buat ulangkaji. Minggu depan ada Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Ibu tahu Aqil risau walaupun muka dia jenis yang slumber macam tak ada perasaan. Hakikatnya dalam hati tak siapa yang tahu. Anak bujang ibu yang seorang ni jenis susah nak dibaca apa yang bermain difikirannya. Sejenis yang agak Introvert hanya bercakap bila dia rasa perlu dan kalau benda tu penting untuk dia bualkan. Sebab tu tak ramai kawan yang rapat dengan dia. Bila ibu tanya "Tak ada BFF ke?!" Aqil akan jawab "Saya kawan je dengan semua nak rapat sangat buat apa ibu nak bergosip?!" Iskkkkk! Ke situ pula dia. 

Minggu depan adalah minggu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Aqil. Ayah cakap tak tahulah apa keputusan Aqil nanti. Jika nak ikutkan keputusan yang dia dapat waktu Ujian Pertengahan Tahun dulu tak berapa memuaskan hati ibu dan ayah. Bukan markah rendah yang buat ibu terkilan, cuma ibu rasa terkilan sebab ibu tak nampak usaha Aqil sebelum itu. Yang ibu nampak Aqil akan mula ulangkaji bila disuruh saja. Kalau ibu ayah diam tak adalah dia nak ambil inisiatif sendiri untuk buat ulangkaji.

Untuk kali ini, ibu tak payah suruh-suruh. Cukup saja masanya dia tahu bila dia perlu matikan hp dan mula ulangkaji. Tak perlulah ibu terjerit terpekik lagi dah. Tak ada guna lagi pun ibu nak jerit pekik macam nak terkeluar anak tekak. Aqil bukannya budak kecil, semakin meningkat dewasa emosi dia pun dah mula berubah-ubah. Ibu harus pandai ambil hati dia. Tak mahu dia berjauh hati dari ibu. ;)

Ujian Akhir Sesi Akedamik (UASA)
Sumber


Cuti sekolah yang lepas memang ibu suruh dia siapkan semua kerja sekolah yang cikgu bagi.
Semuanya ibu suruh dia buat dalam tempoh cuti sekolah.
Ibu tak mahu bila esok dah nak buka sekolah malam tu baru nak bising.
Ibu! Ada kerja lagi yang tak siap.
Kalau kamu mengadu macam tu 'siaplah' kamu ye.. ;)


Hari tu pen dia habis.
Sementara nak beli alat tulis baru ibu bagi dia pakai pen ibu dulu.
Kemain merungut merangat dia bila ibu bagi pen unicorn warna pink.
Hahahahaha!
Tak suka betul dia dengan pen pink.
Hahahaha!

Apapun keputusan ujian Aqil nanti. Ibu redha dan menerimanya dengan lapang dada kerana ibu nampak kesungguhan kamu itu. ;)


Post a Comment

20 Comments

  1. anak-anak ammi pun periksa minggu depan. Yg sekolah rendah cuma ada subjek teras je...yg kyra kat asrama nampak ada juga elektif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan anak2 kita semua ye Ammi. Semoga mereka tenang menjawab soalan. :)

      Delete
  2. cutenya pen pink hahahah all the best to our boys!!! memang musim exam lah minggu dpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha merungut merangat dia MZ ibu bg pen pink tu. ;) All the best untuk handsome boy kita semua semoga cemerlang hendaknya. ;)

      Delete
  3. baru nak komen cutenya pen aqil rupanya ibu punya hehe
    good luck Aqil insyaAllah berjaya dengan keputusan yg cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aah ibu punya. Memang tak lah dia nak pakai pen tu sebab tak ada pilihan terpaksalah pakai juga sementara waktu. ;) Aamiiiin! Semoga cemerlang hendaknya. ;)

      Delete
  4. sama la ngan Iris, minggu depan exam...anak nak exam,mak2 pun sama risau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye mummy emaknya ni terlebih risau. Sampai tak sihatlah. Hahaha!

      Delete
  5. selamat belajar Aqil & all the best!!!

    ReplyDelete
  6. semoga beroleh keputusan cemerlang ye aqil

    ReplyDelete
  7. All the best Aqil! OK lah tu kalau anak boy tak suka pen pink. Kalau anak girl rasanya akan jadi hak milik dia terus, si emak kena beli lain

    ReplyDelete
  8. Amani exam minggu lagi satu.. Minggu depan ini sekolah dia pulun buat tuisyen untuk bantu anak-anak nie.. Ye lah, matematik dah tak ada objektif kan.. Nak bagi anak-anak nie faham bukan mudah.. All the best buat Aqil dan anak-anak yang ambil periksa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Sha nak tlg bantu ajar pun ibu tak tau. Doa yang baik2 saja untuk anak2 kita kan?! Good luck Amani.. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.