Advertisement

Main Ad

Kesian Dia Terabai Ibu Rindu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Zaman kegemilangan ibu menulis blog dulu sekitar tahun 2011, 2012 dan 2013. Amboi kemain lagi zaman kegemilangan konon. Hahahaha! Tak adalah gemilang sangat. Tapi boleh dikatakan waktu tu setiap hari ibu update blog. Setiap cerita dipenuhi dengan gambar budak Aqil. Ada saja keletah dia setiap hari. Waktu itu sidia ni memang sentiasa melekat dengan ibu. Ibu bawa kemana saja ibu pergi. Elok je dia duduk dendiam dalam beg ibu. Pegi pejabat pun ibu bawa.

Cuma sejak ibu dah agak slow kurang update blog sekitar tahun 2014, dia pun terabai sama. Bukan dia saja yang terabai dengan blog ni pun ibu abaikan. Waktu itu kami baru pindah masuk rumah sendiri. Rumah yang serba kekurangan dan tiada wifi internet. Jadi menjadi masalah untuk ibu terus menulis blog.

Tadi usai solat, ibu tetiba teringatkan dia. Ibu suruh budak Aqil panjat ambilkan dia. Ayah simpan dia tinggi di atas almari. Nasib baik budak Aqil pun dah tinggi jadi bolehlah ibu suruh Aqil turunkan dia. Kesian dia mesti dia sunyi duduk sendirian dekat atas tu. Mesti dia gayat kan?! Ibu rindukan dia. ;)


Berhabuk dah dia.
Sihat lagi ke dia.
Ataupun dah merajuk hati.


Mr Nikon
Lama sungguh dia terabai.
Nikon DSLR edisi pertama.
Ikutkan sekarang dah banyak edisi yang keluar.
Lagi canggih-canggih.
D3100 ni dah ketinggalan zaman.
Hihihi!
Tapi banyak jasa dia tau.
Terlalu banyak kenangan gambar budak Aqil yang dia tangkap.


Sempat jugalah ibu beli koleksi lens.
Bokeh lens dengan lens jarak jauh.
Alahai! 
Rindunya zaman nak berfoto gedik macam dedulu.
Bila tengok DSLR ni teriba pada seorang teman.
EB


Ibu tak tahu kondisi Mr Nikon ni masih elok lagi atau tidak. Kerana kali terakhir ibu guna dia masa tu flashnya rosak. Sejak dari itu ibu jadi tawar hati sebab flashnya bermasalah.

Post a Comment

30 Comments

  1. Boleh hantar repair kut awak, nanti boleh lah ber bokeh lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kena pegi tanya di kedai boleh repair ke tidak flash dia tu. Syg banyak kenangan kamera ni. ;)

      Delete
  2. wow bestnya. dulu dulu teringin sangat nak ada seketul dslr. sekarang dah ada, tak guna pun sebab guna henpon lagi senang...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun MY zaman DSLR dulu ibu usung kemana pegi. Sekarang ni ada hp je pun dah cukup. ;)

      Delete
  3. fuhhhh antara kamera idaman sy dgn lens besar mcm tu... ni kalau jual boleh dpt brape ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau ler anies boleh dapat berapa nilainya skrg ni. ;)

      Delete
  4. wah ibu minat fotografi ya...patutlah gambar ibu cantik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu minta Cuya. Suka tengok bila dapat hasilkan gambar cantik2. Ibu paling suka gambar candid. ;)

      Delete
  5. Barang antik ni... Kesini pertama kali saya follow, salam dri org kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dah kategori antik kan. Terima kasih sudi follow ya. ;)

      Delete
  6. Hebat sesiapa ada DSLR ni suatu masa dulu :)

    ReplyDelete
  7. Hebat sesiapa ada DSLR ni suatu masa dulu :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Itulah kesayangan ibu dulu tp skrg udah terabai sian dia. ;)

      Delete
  9. Zaman dslr dah berlalu
    Sekarang orang main kamera hp aje.
    Wak pun ada sebiji dslr sony, dah simpan jadi tukun walau masih boleh digunakan

    ReplyDelete
  10. saya tak sempat beli alah begini kerana dulu lebih minat camcoder berbanding kamera...bila hilang minat dengan video walaupun video lebih menghasilkan duit berbanding menul;is...salah siapa tu ? BTW...cantik la kamera tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syg dgn kamera ni banyak kenangan dan jasa di pd kami. Pegi Umrah tahun 2014 dulu pun kami bawa dia sekali. ;)

      Delete
  11. Hui..SA memang bercita- cita nak ada DSLR tau..tapi x mampu lagi la nak beli...ingat lagi dulu nekad nak beli kat Courts Mammoth..nasib x beli..hahahha...dulu sape yang ada DSLR ramai yang salute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kenangan kamera ni SA syg betul ibu pd dia tp makin lama makin terabai malas dah nak angkut dia sana sini. ;)

      Delete
  12. Replies
    1. Suka sangat bunyi ketip ketip dia tu tiap kali kita snap gambar. ;)

      Delete
  13. blogger tegar dulu2 mmg ada DSLR...ammi pakai je camera cap ayam..sebab blogger sendu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon dulu tegar sangatlah ibu ni Ammi last2 menghilang entah kemana terus jadi sendu. Hihihi!

      Delete
  14. Wah.. Banyak kenangannya tu.. Lepas sihat nanti bolehlah dia kembali beraksi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu pun tak tahu Sha boleh repair ke apa rasa macam lagi mudah pakai kamera hp je sekarang ni kan. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.