Setiap pagi on the way nak pergi kerja, ibu dan ayah akan lalu depan sekolah. Ada tiga buah sekolah yang kami kena tempuh setiap pagi. Dua buah Sekolah Rendah dan sebuah Sekolah Menengah. Sekolah Rendah yang pertama adalah Sekolah Rendah Seri Ampang. Seperti biasa kereta akan berbaris panjang menunggu giliran untuk turunkan anak dihadapan pagar sekolah. Tak ada masalah bagi ibu dan ayah sebab kami naik motor. Hanya menyelit dicelah-celah deretan kereta yang berbaris saja. Disebabkan pagar sekolah bukanlah betul-betul dihadapan jalan utama jadi tiada masalah bagi kenderaan yang ingin terus menuju ke pekan Ipoh. Tertib sahaja semua kereta yang berbaris tunggu giliran untuk turunkan anak memasing. Tak ada yang potong barisan ataupun cubaan untuk menyelit. Eloklah macam tu. Sebagai ibubapa kita kena tunjuk contoh dan tauladan yang baik pada anak-anak kita kan. Kalau dari kecil mereka dah tengok orang tua mereka tak patuhi peraturan yang dah ditetapkan, macam mana anak-anak pun nak jaga disiplin dalam mematuhi peraturan kan?! ;)
Sekolah kedua yang kami tempuh pula adalah Sekolah Menengah. Ia juga merupakan antara sekolah yang paling awal dibina di Ipoh, dibuka pada tahun 1961 iaitu Sekolah Menengah Raja Chulan. Setiap kali lalu dihadapan sekolah ni ibu mesti tahan nafas sikit. Sebab pagar utama sekolah betul-betul menghadap jalan utama yang kami lalu. Jadi kena lebih berhati-hati dengan kenderaan ibubapa yang berhenti disisi jalan untuk turunkan anak masing-masing. Ada juga yang jenis tetiba menyelit tak bagi signal. Kusssssssss semangat! Terkojut den! Huhuhu! Setiap kali lalu depan sekolah menengah ni ibu suka tengok di kawasan tempat parking dia. Kalau zaman ibu dan ayah sekolah dulu sekitar tahun 1990an, tempat parking dipenuhi dengan deretan basikal sahaja. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Boleh dikatakan separuh daripada tempat parking dipenuhi dengan deretan motosikal. Perghhhhh! Dahsyat sungguh bebudak sekarang. Bukan calang-calang motor yang mereka bawa ke sekolah, Ysuku dengan RS pun ada. Zaman ayah sekolah dulu yang paling hebat pun takat moto EX5 itupun rasanya dah habis mewah kalau dapat bawa pegi sekolah walaupun motor tu pinjam motor abahnya. Tapi balik dari sekolah memang kena kejar sampai lari tak cukup tanahlah jawabnya sebab bawa motor tak minta izin. Hahahahaha!
Sekolah terakhir yang kami akan tempuhi sebelum sampai ke pejabat ibu di pekan Ipoh adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choy. Betul-betul letaknya ditengah pekan Ipoh, selepas dari bulatan depan rumah Menteri Besar Perak yang lama. Korang boleh bayangkan tak macam mana sesaknya bila lalu depan sekolah tu disebabkan kedudukannya yang betul-betul ditengah tempat laluan kenderaan orang nak ke pejabat. Hihihihi! Belum sampai bulatan lagi dah mula berderet kereta berbaris terutama waktu puncak budak nak masuk sekolah. Kena bersabar banyak lah jawabnya. Macam Sekolah Rendah Seri Ampang tadi juga, ibubapa mestilah nak turunkan anak mereka depan atau berdekatan pagar sekolah. Itupun nasib baik pihak sekolah ada sediakan satu tapak lapang sebelah sekolah untuk kereta yang nak parking, bagi ibubapa yang ingin turun sendiri untuk hantar anak mereka sampai ke dalam pagar sekolah. Hihihihi! Sampai macam tu sekali, mereka hantar sampai ke dalam terus. Ngeheeee!
Itulah kisahnya setiap pagi dihari bekerja kami. Ibu paling suka bila tiba musim cuti sekolah. Sepanjang perjalanan kami ke pejabat tenang saja. Ibu siap boleh berangan lagi duduk membonceng belakang ayah. Hahahaha!
Gambar Google
Kome pegi kerja tiap pagi macam mana?! Jalan sesak tak?! Tinggal dua minggu saja lagi bebudak sekolah kan?! Lepas tu mereka dah mula cuti balik. Yeayyyyy! Jalan clear lah jawabnya. Ibu suka! Ibu suka! ;)
Iye mencelah tanpa memberi signal sgt merbahaya. Terutama pada pemandu motosikal. Kadang sama juga yg bawa motosikal pun boleh tahan gila2nya. Bila tak ada rasa hormat dan adab di atas jalan sesama manusia yang ada cuma selfish. Habislah! Tq ye zaty, awak pun stay safe ye. ;)
SA pi kerja keluar rumah pukul 5.45pm, Pak Zain htr ke terminal bas, then naik bas gerak kul 6.00am sampai KL kul 7.10am kalau x jammed, kalau jammed biasa sampai 7.30am, but still early. SA gerak ke office naik LRT..masuk kerja 8.00am keluar 5pm...itu lah rutin setiap hari bekerja..
Beza dahulu dan sekarang. Masa saya tiada kereta tersusun hantar jadi tiada masalah kesesakan. Tabah ya nasib baik naik motor tapi susah juga kalau hujan.
Iye betul tu NA. Dulu dan sekarang dah berubah. Bila hujan tu yang kami kena redah basah lenjun berdua. Hihihi! Dah macam ala ala lagu memori daun pisang pulak dah. Hahahaha!
seksa betul, Dana perjalanan ke pejabat takde lalu depan sekolah tapi jem tu dengan bandar KL tak dapat dipisahkan. Keluar pagi lambat memang sabarla banyak-banyak
Kenangan zaman kita dulu mahal kan anies. Ibu pegi abah hantar awalnya bila dah pandai naik basikal minta izin nak naik basikal dengan kengkawan. Jenuh jugak nak dpt kelepasan emak. Sebab emak jenis overprotective orangnya. Hihihi!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
18 Comments
kan, ramai tau sekarang pengguna jalan raya yang tak rasional. main celah je diorang T.T stay safe ye sis. <3
ReplyDeleteIye mencelah tanpa memberi signal sgt merbahaya. Terutama pada pemandu motosikal. Kadang sama juga yg bawa motosikal pun boleh tahan gila2nya. Bila tak ada rasa hormat dan adab di atas jalan sesama manusia yang ada cuma selfish. Habislah! Tq ye zaty, awak pun stay safe ye. ;)
DeleteSA pi kerja keluar rumah pukul 5.45pm, Pak Zain htr ke terminal bas, then naik bas gerak kul 6.00am sampai KL kul 7.10am kalau x jammed, kalau jammed biasa sampai 7.30am, but still early. SA gerak ke office naik LRT..masuk kerja 8.00am keluar 5pm...itu lah rutin setiap hari bekerja..
ReplyDeleteMencabar sungguh perjalanan SA demi mencari rezeki. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan SA setiap hari. Aamiinn!
Deletedulu saya mengeluh nak gi kerja, kena tempuh 3 traffic light. kalau nasib baik semua hijau lancar perjalanan.. kalau dibuat semua merah.. haha
ReplyDeletetapi yang ini tiigaa buah sekolah 😱 crowded dgn budak sekolah, ibu bapa, kenderaan lagi ...sangat2 mencabar ni...
semoga Allah terus melindungi dan memudahkan perjalanan Ibu Aqil ke tempat kerja setiap hari ^^
Aamiiin! Terima kasih sis. Semoga Allah juga melindungi sis setiap hari. Memang kena sabar banyak2 setiap pagi. ;)
DeleteBeza dahulu dan sekarang. Masa saya tiada kereta tersusun hantar jadi tiada masalah kesesakan.
ReplyDeleteTabah ya nasib baik naik motor tapi susah juga kalau hujan.
Iye betul tu NA. Dulu dan sekarang dah berubah. Bila hujan tu yang kami kena redah basah lenjun berdua. Hihihi! Dah macam ala ala lagu memori daun pisang pulak dah. Hahahaha!
DeleteDiorang tu bukan tak tau berhemah... tapi degil!
ReplyDeleteItulah uncle kena sabar banyak2 setiap pagi bukan apa takut awal pagi spoiled mood sampai ke petang. ;)
Deleteseksa betul, Dana perjalanan ke pejabat takde lalu depan sekolah tapi jem tu dengan bandar KL tak dapat dipisahkan. Keluar pagi lambat memang sabarla banyak-banyak
ReplyDeleteKL dan jeam memang dah sebati. Fikir2 balik orang KL memang sangat2 penyabar dan kadang2 ibu rasa mereka lebih berdisiplin di atas jalan. ;)
Deleteperubahan masa... dari zaman kita ke zaman anak2...
ReplyDeletesy ddk kg. g sekolah jln kaki je. kalau ada yg sudi tumpang mmg happy esp kalau time hujan. tak ada laa basah kuyup bla tiba sekolah
Kenangan zaman kita dulu mahal kan anies. Ibu pegi abah hantar awalnya bila dah pandai naik basikal minta izin nak naik basikal dengan kengkawan. Jenuh jugak nak dpt kelepasan emak. Sebab emak jenis overprotective orangnya. Hihihi!
DeleteSRJKC yang lama2 memang kebanyakannya terletak di tengah2 bandar/pekan
ReplyDeleteIye betul tu semua tengah2 pusat bandar tu yang sesak sekarang ni ;)
Deleteit's nice to appreciate every single thing in our life, even rutin harian or same route yg kita lalu hari2 kan... :)
ReplyDeleteBetul tu MZ. Semua tu akan jadi satu kenangan satu masa nanti. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.