Advertisement

Main Ad

Terdiam Sepi

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Terdiam sepi tanpa berita dan cerita. Ibu terlalu sibuk dengan kerja seharian, biasalah awal tahun. Sememangnya beginilah ibu lalui setiap awal tahun tidak setenang waktu hujung tahun. Apa nak dikata sudah namanya kerja. Lakukan saja sebaik yang boleh ikhlas kan hati. Semoga Allah swt memberkati setiap rezeki menjadi asbab dan ladang pahala. Kerja itu amanah. Ibu ingat pesan seorang CC ibu dulu. Katanya jika rasa terbeban dengan kerja yang ada ingatlah itu adalah duit gaji yang kamu dapat dan kamu beri anak mu makan jadi buatlah seikhlas hati. Tapi biasalah namapun manusia mesti terlepas juga keluhan sesekali kan?! ;)

Kadangkala bebanan kerja menjadikan badan ibu rasa letih dan lesu. Bila malam letak saja kepala ke bantal, ibu dah tak sedar apa. Kata budak Aqil ibu tidur sampai berdengkur. Hahahaha! Penat sayang ibu rasa macam ibu kerja buruh binaan pula. Mungkin faktor umur dan kesihatan yang tak seberapa ni buat ibu cepat letih dan lesu. Nak makan vitamin tambahan tak digalakkan doktor disebabkan penyakit ibu tu. Takut ada kesan sampingan pada sel darah ibu nanti. 

Semalam hari terakhir persekolahan Aqil Naim sesi 2022/2023 bagi Form 2. Lepas ni Aqil dah naik ke Form 3. Aduhai! Ibu yang overthingking dianya relaks saja main game. Hishhhhh! Ibu doakan yang bebaik saja untuk kamu ye. Tahniah Aqil berjaya menamatkan Form 2 dengan penuh cemerlang. Walaupun tak dapat apa-apa anugerah cemerlang ibu yakin Aqil dah lakukan yang terbaik. Form 3 nanti usaha lebih lagi ye. Tahun terakhir kamu Menengah Rendah tu jadi jangan memain sangat tau. Ibu pulas telinga kamu nanti. Hurmmmmm!

Semalam dia bawa Brownies ke sekolah. Kesian dia hari lahir dia hari tu tak ada kek pun yang ibu ayah beli. Kek dia semua dari opah, atok dan paksu saja. Jadi semalam ibu orderkan Brownies untuk dibawa ke sekolah. Eloklah hari terakhir boleh Aqil makan dengan kengkawan kelas kan?! Katanya bebudak lelaki kelasnya nyanyikan lagu hari lahir untuk dia. Malu saya katanya. Hahahaha! Itupun nak malu. Apolah! ;)

Ibu ringkas kan saja cerita kami, sebenarnya ada lagi benda lain nak ibu ceritakan. Nantilah entry akan datang ibu cerita ye. Ibu kena ambil mood nak menulis balik. Kemana saja lah mood ibu menghilang. Huhuhu!


Bising budak Aqil bila ibu tulis Selamat Hari Lahir atas Brownies.
Itu yang kengkawan dia nyanyikan lagu hari lahir untuk dia.
Dia jadi malu. ;)

Minta maaf pada kengkawan ibu semua. Ibu tak jenguk kome langsung dalam seminggu ni. Apa kabar berita kalian pun ibu tak tahu. In shaa Allah! Nanti ibu ziarah kome ye. Slow and steady kata omputeh. Hihihihihi!

Post a Comment

6 Comments

  1. Sama la ngan SA ni Ibu...tapi nasib baik la boleh updateguna hp kan..so amik la peluang bila agak bz..buat entry pendek- pendek je..hehehe..rasa x lengkap kalau x update blog...alala Aqim..dah pandai malu dah dia ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah SA bz ibu ni sampaikan waktu rehat makan pun ibu skip. Bila dh nak blk kerja baru terasa pedih perut mula masuk angin. Teruk betul penangan awal tahun ni. Macam2 permohonan masuk. Tulah dah pandai malu. Ibu tanya yg nyanyi tu kawan lelaki ke perempuan. Kawan lelaki katanya. Dah tu nak malu apa kan?! Hihihihi

      Delete
  2. ibuuuu jgn pulas telinga aqilll... sakitttt😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi nasib baik kakak anies dia tahan kalau tidak udah ibu piat telinga dia.. Hihihihi!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.