Kalau tidak dirumah sendiri berbuka di rumah emak ibu atau mak mertua ibu.
Selalunya hanya hujung minggu saja kami berbuka di rumah orang tua kami.
Hari bekerja ibu lebih selesa berbuka di rumah sendiri saja.
Setakat ini Aqil Naim masih lagi berpuasa penuh.
Aqil mula berlatih berpuasa sejak umurnya 7 tahun.
Hingga kini dia masih lagi belum pernah tinggal puasa.
Tahun lepas bulan Ramadhan Aqil diuji.
Dia dijangkiti Covid-19 waktu hari pertama kita mula berpuasa.
Ibu pujuk suruh dia tak payah puasa.
Ibu risau sebab Covid-19 ni kan perlu minum air banyak untuk basahkan tekak.
Tapi semangat budak Aqil kuat.
Dia tetap berpuasa dalam waktu dia kena kuarantin.
Yang penting hp sentiasa ditangan.
Haru betul! ;)
Tahun lepas tema baju raya sedondon kami warna Nude.
Tahun ini apa warna tema kami?!
Tunggu lepas raya ibu update ye.
Hahahaha!
Hari ni kami keluar mencari baju raya ayah dan Aqil.
Kurta untuk mereka berdua warna sedondon dengan baju ibu.
Beberapa helai T-Shirt untuk Aqil.
Seluar kata Aqil tak payah beli pakai saja seluar tahun lepas elok lagi.
Bersederhana dalam berbelanja, itulah perangai budak Aqil.
Ayah tak beli baju kasual ayah kata pakai saja baju yang beli tahun lepas.
Kesian pula ibu dengar tapi itulah seorang bapa pengorbanan mereka untuk anak isteri.
Keperluan kami yang dia dahulukan.
Kuih raya tahun ini pun sama macam tahun lepas main tunjuk saja.
Tahun ni ibu tak order banyak jenis.
Order yang kami nak makan dan suka makan saja.
Tahun lepas ibu order macam-macam sudahnya tak bermakan.
Bawa pejabat baru licin kalau simpan dirumah berkulat lah jawabnya.
Ibu tak pernah buat open house.
Bagi ibu siapa nak datang bagitau saja.
Kalau ada rezeki kami di rumah waktu itu marilah singgah.
Sebab selalunya setiap kali raya kami yang suka berjalan.
Sejenis tak suka beraya hanya duduk rumah saja.
Hihihihi!
Macam mana persiapa Aidilfitri kengkawan?!
Semua dah siap sedia?!
Throwback gambar 1st Aidilfitri 2022.
Keluarga kecil sebelah ibu.
Paksu Aqil tak ada waktu ni.
Dia balik beraya di rumah keluarga kandungnya di Melaka.
Owhhhh! Paksu anak kepada kakak abah yang kami bela dari kecil.
Buat peneman ibu.
Kiranya ibu Aqil ni anak tunggal sebenarnya.
Tapi Paksu lagi manja dengan emak.
Memang Paksu anak manja emak.
Ibu selalu cakap emak pilih kasih.
Hakikatnya kasih sayang emak sama saja tak pernah berbelah bahagi.
Sampai sekarang emak layan ibu macam ibu ni anak kecil dia.
Hihihihi!
Esok kami nak berbuka puasa di rumah mak mertua ibu pula. Ramadhan kali ni baru sekali saja awal Ramadhan dulu kami berbuka puasa disana. Hari ni ayah cakap rindu masakan air tangan emak dia. Sambal belacan Cik Su sedap tau makan dengan pucuk ubi rebus. Perghhhhhhh!
Wah,cantik tema raya thn lepas..rich colour.. Oh,Ibu Aqil.anak tunggal,sama macam Aqil.. Dulu zaman kanak-kanak saya selalu berangan nak jadi anak tunggal..🤣
Aah kami berdua sama2 anak tunggal. Hihihihi! Jd anak tunggal ni sunyi sebenarnya. Tp ibu bersyukur sbb emak ibu selalu jd kawan plg rapat ibu sepanjang membesar sampailah skrg. X adalah ibu sunyi jd anak tunggal. ;)
ooo salina anak tunggal yer...dan aqil pun anak tunggal jugak...memang little family rupanya...senang tu nak photoshoot bg cukup korum...MZ plak memang big family sbb ada 7 beradik (sorang dh meninggal)...dan anak2 sedara ramai2 jugak...my late brother anak 6 org, my adik lelaki pun anak 6 org ;)
tahun ni tema apalah agaknya ye... ibu cuti bila? sy dilemma nk mohon cuti dah pulak dah... khabar angin cakap raya mungkin 21hb... xtau dah nk cuti bila...nak save cuti sebenarnya
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
38 Comments
Wah,cantik tema raya thn lepas..rich colour..
ReplyDeleteOh,Ibu Aqil.anak tunggal,sama macam Aqil..
Dulu zaman kanak-kanak saya selalu berangan nak jadi anak tunggal..🤣
Aah kami berdua sama2 anak tunggal. Hihihihi! Jd anak tunggal ni sunyi sebenarnya. Tp ibu bersyukur sbb emak ibu selalu jd kawan plg rapat ibu sepanjang membesar sampailah skrg. X adalah ibu sunyi jd anak tunggal. ;)
DeletePersiapan ala kadar sahaja kami tahun ni
ReplyDeleteAlhamdulillah! Samalah kita SR ;)
DeleteSelamat menyopink raya
ReplyDeleteHihihihi! Beli sikit2 saja. Lebihkan keperluan daripada kehendak. Kalau ikut kehendak hati bahaya. ;)
DeleteTanjak boleh pakai lagi....
ReplyDeleteTanjak tu trademark deme uncle. Tp bleh pakai dgn Kurta ke?! Hentam je lah ek. ;)
Deletebiar saya teka...tema warna raya tahun ini untuk Ibu Aqill ialah hijau hehehehe..harap betul
ReplyDeleteTeng!!!!! Salah!!! Hikhikhik masih boleh cuba teka lg.. ;)
Deletecunnnn bangetttt👍👍👍👍
ReplyDeletetak buat apa2 lg persiapan raya baju pun x beli... mood berata belum mari😁
Kami persiapan simple2 aje dek yg penting budak Aqil punya baju je tu pun beli sikit je ala kadar. ;)
DeleteAnies sekali datang mood, baju raya dia paling kurang 3 pasang. haha
DeleteHahahahaha! Amboi! Kemain lagi dia ye. ;)
Deletetu jaman budak2 jaman skrg 5 psg huwawawawa
DeleteMuahahahaha! Jenuh oiiii 5 pasang.. Hihihihi!
DeleteSaya rasa tahun ni mesti Ibu Aqil tema hitam. Persiapan raya biasa-biasa je. Cadangnya weekend ni baru nak buat kuih raya. Cadangan jelah
ReplyDeleteTengggg! Salah!! Hitam pun bukan. Itu tema tahun 2019. Hihihi! Rajin nya Sal buat kuih raya. Pos lah dkt ibu sikit. Hihihi!
Deletetisya pun baju raya 2 pasang..selebihnya pakai mn ada...lgpun raya kl tkde ke mana sgt...lain la blk kampung klate byk la umh pi ziarah raya
ReplyDeleteBetul2 Aqil cakap baju raya dia tahun lepas pun elok lagi sebabnya kami jarang berjalan. Hihihihihi
Deleteooo salina anak tunggal yer...dan aqil pun anak tunggal jugak...memang little family rupanya...senang tu nak photoshoot bg cukup korum...MZ plak memang big family sbb ada 7 beradik (sorang dh meninggal)...dan anak2 sedara ramai2 jugak...my late brother anak 6 org, my adik lelaki pun anak 6 org ;)
ReplyDeleteUishhhhhhhh meriahnya family MZ. Keluarga besar. Bestnya! Aah kami keluarga kecil je MZ. Aqil cucu tunggal disebelah ibu. Kawan gaduh Paksu. Hahaha!
DeleteSelamat berpuasa dan Selamat shopping baju raya, persediaan org kg biasa-biasa saja setiap tahun.
ReplyDeleteTerima kasih. Tak apa yg penting semangat meraikannya. ;)
Deletecantiksss... sama la MA pun ala kadar jer...
ReplyDeleteAla kadar saja MA risau sbb lepas raya nanti gaji lambat lg nak dpt. Hihihihi!
Deletecantik tema bj raya
ReplyDeleteTema baju raya tahun lepas CikNur. ;)
Deletelawanyer
ReplyDeleteMacih Wak.. Hihihi!
Deletetahun ni tema apalah agaknya ye... ibu cuti bila? sy dilemma nk mohon cuti dah pulak dah... khabar angin cakap raya mungkin 21hb... xtau dah nk cuti bila...nak save cuti sebenarnya
ReplyDeleteTema Brick Red Kak.. Hihihihi! Nanti lah ibu update entry raya pula yer.. Lama menyepi tepu rasanya nak mula menulis ni.. ;)
Deletesementara masih ada ni jaga lah mereka sebaik2nya
ReplyDeleteSama lah kita.. ;)
DeleteTema taon ni, kaler itam kaa..hikhik..Lawo tema last year..nak beli lah next year pulok 😂 Pape pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ...
ReplyDeleteKaler merah bata sis.. Hihihi!
Deletecantik tema salina.. siap bertanjak lagi ensem2 dan cantik2 semua
ReplyDeleteTahun ni tak berbaju melayu beli kurta jadi tak adalah bertanjak deme dua beranak tahun ni. Hihihi!
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.