Advertisement

Main Ad

Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis Part 4

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hello! Ibu kembali lagi. Ewah! Kemain lagi pembuka bicara. Hihihi! Alhamdulillah! Pejam celik kita dah sampai separuh Ramadhan dan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak sambut Aidifitri. Macam mana persiapan Aidilfitri kome?! Apa warna tema baju raya sedondon tahun ni?! Beraya dimana tahun ni?! Bagi yang sudah berumahtangga, tahun ni beraya giliran belah siapa dulu?! Hahahaha! Banyak tanya pula ibu ni. Biasalah dah lama tak membebel, bagi peluang lah ibu lepas gian. 

Warna tema Aidilfitri kami tak tahu lagi, sebabnya baju sedondon untuk Aqil dan ayahnya masih tak beli lagi. Baju ibu yang dah beli awal-awal hari tu. Ibu rasa untuk tahun ni baju budak Aqil dan ayahnya, kami cari Kurta saja. Sebab setiap kali beli sepasang baju melayu, sekali tu sajalah mereka pakai. Lepas tu terbiar je lah baju melayu tu tak pakai lagi dah. Stress pula ibu dibuatnya. Kalau Kurta ni deme pakai berulang-ulang tiap kali pegi solat Jumaat. 

Tahun ni raya kami mungkin sedikit meriah sebabnya pada hari raya ketiga adik bongsu ayah nak bertunang. Alhamdulillah! Semoga dipermudahkan urusan majlisnya. Ibu dah siap-siap baju apa nak pakai. Ayah dengan Aqil mereka nak pakai baju kasual saja. Tak nak beria sangat kata ayah biar simple je. Tak ada warna tema yang ditetapkan untuk majlis ni nanti. Pakai je lah baju apa yang kita suka. Asalkan sopan dan tak mencolok mata. Hahahahaha!

Hishhhhhh! Lari tajuk mukadimah entry ibu kali ni. Maaflah ye, ibu menulis santai-santai saja ni. Ikutkan tadi ibu tengah syok layan drama Korea dekat hp. Tetiba sekali bateri hp habis, terpaksa stop sekejap untuk charge hp tu dulu. Itu yang rasa nak bukak laptop lah nak menulis sikit. Konon! 

Ibu nak cerita sikit pasal rawatan susulan Skoliosis Aqil. Minta maaf mungkin blog ibu lepas ni akan banyak cerita berkaitan rawatan budak Aqil. Ibu nak abadikan kenangan dia disini. Sepanjang rawatan dan bagaimana Aqil berusaha melalui fasa rawatan dia. Ibu mohon kengkawan yang membaca blog ibu mendoakan Aqil semoga setiap urusannya dipermudahkan. Mungkin ada diantara doa-doa dari kengkawan semua yang Allah swt makbulkan. In shaa Allah!

Semalam 6/4/2023 adalah hari rawatan susulan Aqil dengan Unit Rehabilitasi, untuk buat acuan tempahan Brace Skoliosis dia. Berdebar-debar juga hati ibu. Tuan punya badan relaks saja. Ibu yang takut lebih. Hihihihi! 

Hampir separuh hari jugalah baru selesai semuanya. Mereka buat dengan cermat. Tak mahu ada kesilapan dalam ukuran Brace tu nanti. In shaa Allah! 9/5/2023 siaplah Brace yang Aqil perlu pakai setiap masa. Selesa ataupun tidak, Aqil kena sesuaikan diri. Itu saja cara rawatan yang ada setakat ini. 

Waktu nak buat acuan tu kesian juga ibu tengok Aqil. Dia perlu tanggalkan kesemua pakaian dia hanya tinggal "seluar kecik" sahaja. Sebab mereka mahukan ukuran yang tepat. Sebelum diletak kapur bagi membentuk acuan, badan Aqil dibalut dengan plastik dahulu. Selesai dibalut plastik, barulah mereka lekatkan kapur basah seperti tisu basah diseluruh badan Aqil daripada paras bahu hingga ke pusat. Selesai mereka balut Aqil, mereka biarkan acuan kapur tu mengeras dalam masa 10 minit. Udah macam Zombie ibu tengok budak Aqil waktu tu. Ngeheeee! Lepas saja dah keras acuannya barulah mereka gunting dan tanggalkan. 

Kata Aqil, waktu kapur tu nak mengeras terasa panas sikit. Tapi dia boleh tahan. Budak perempuan yang masuk sebelum Aqil, sampai menangis sebab tak tahan panas dan mungkin malu pun sama. Aqil tak menangis tapi ibu yang hampir menangis tengok keadaan dia waktu tu. Sedih!

Ibu siap pesan minta mereka tolong buat cantik-cantik dan kemas Brace Aqil. Hihihi! Owhhhh! Lupa nak bagitau, harga Brace tu RM2000. Kami bayar deposit RM800 saja dulu, bila dah siap nanti baru bayar bakinya. 11/5/2023 temujanji Aqil dengan doktor Rehabilitasi lagi. Waktu tu mereka nak tengok keadaan Aqil selepas pakai Brace. Itu sajalah cerita kami semalam, bila dah siap Brace dia nanti ibu update lagi ye.

[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis Part 2
[Baca Juga] : Aqil Naim Dan Masalah Skoliosis Part 3


Inilah dia acuan kapur untuk buat Brace Aqil.
Ketat dan padat.
Itu yang buat dia tak selesa sikit.
Kena biasakan diri.
Udah macam Zombie kan?!
Hahahahaha!


Bila dah keras mereka tanggal.
Nampak tak berbalut badan Aqil dengan plastik.
Dah macam bungkusan nak di pos saja.
Ngeheeeeee!


Inilah accuannya.
Ibu usik budak Aqil.
Amboi meletik kamu ye.
Punyalah dia marah ibu cakap macam tu.
Hahahahaaha!

Inilah perjalanan awal rawatan Skoliosis Aqil. Jauh lagi perjalanan kamu. Masih boleh dirawat kata doktor. In shaa Allah! Kuat semangat ye sayang. ;)




Post a Comment

16 Comments

  1. bukan macam zombie la Ibu, macam mumia. Hehe. Nampak tenang je Aqil. nasib baik staf lelaki. KAlau perempuan malulah anak bujang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaaaa betul2 macam mumia. Mumia plg kacak gitu. Hikhikhikhik! Aah bdk Aqil tenang je. Itu yg buat ibu lg sebak tengok ketenangan dia tu Sal. Sayu! Betul2 nasib baik lelaki kalau staff perempuan mauhnya menangis Aqil dibuatnya. Hahaha!

      Delete
  2. Tak baik gelakkan kata macam zombie... tapi jujurnya uncle pun tergelak juga tadi... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Zombie@Mumia paling kacak dialah uncle. Hihihi! Dia pun gelak bila ibu cakap macam Zombie. Hahahaha!

      Delete
  3. gambar 1st aqil tu trs buat sy teringatkan model bella hadid..

    semoga segala urusan utk pakai brace aqil dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Allahumma yassir...moga dipermudahkan segala urusan rawatan utk aqil...MZ paham sbb my zharfan dh few times masuk OT utk operate telinga dan sinus..memang sedey bila melibatkan kesihatan anak2 kan...yg penting kita cuba buat yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye MZ sayu rasanya tgk keadaan anak mcm tu. In shaa Allah! Kita kuat anak2 lg hebat. MZ doakan ye. ;)

      Delete
  5. moga semuanya dipermudahkan & moga yg baik2 saja utk Aqil ye..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiin Ya Rabb! Terima kasih MA tak putus2 mendoakan.. ;)

      Delete
  6. Lepas buat braces ni apa prosedur seterusnya pulak ibu? nnt update lg ye... semoga dipermudahkan treatment aqil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang doktor Otopedik dan Rehab akan pantau Aqil dari masa ke semasa supaya tahap bengkok tulang belakang Aqil tak semakin teruk. Untuk Otopedik rawatan susulan Aqil 3 bulan sekali kak rawatan dengan Rehad pula sekarang dah 6 bulan sekali. ;)

      Delete
  7. nak baca lagi la ttg Skoliosis ni mama x penah dgr. semoga aqil sentiasa sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah mama. Terima kasih mendoakan Aqil. Ibu pun baru tahun dulu tak pernah tahu pun pasal Skoliosis ni mama. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.