Advertisement

Main Ad

Black And Mustard

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hello!
Mood menulis tengah rajin.
Jom kita tulis lelaju.
Muahahaha!
Untuk hari raya kedua tahun ni tema kami campur dan tolak.
Ayah dan Aqil sedondon berbaju Hitam.
Manakala ibu the only one gugurl dalam keluarga berbaju Mustard.
Asyik sedondon sama warna jer 3 beranak.
Kali ni biar ibu lain sikit.
Baru naik seri kata orang.
Hahahaha!
Perasan!


The only one gugurl haruslah berdiri di tengah.
Baju ibu ni ibu beli memang dah ready made melalui online.
Ibu beli di laman web Rayas Plaid.
Ibu berkenan sebab dia jenis kebaya labuh.
Nampak ayu dan manis pula bila ibu pakai kebaya labuh.
Arghhhh perasan lagi.
Hahahaha!


Sesekali bagi peluang lah ibu OOTD dengan ayah.
Terima kasih adik ipar sudi ambilkan gambar kenangan ibu dan ayah.
Nak harapkan budak Aqil.
Hancur gambar setiap kali kalau dia yang ambilkan.
Memang tak ada skill betul.
Huk! Huk!


Anak bujang ibu seorang.
Semakin tinggi dia.
Tenggelam ibu dibuatnya.
Doktor pun cakap dia boleh tinggi lagi ni.
Huh!
Melangut lah ibu tiap kali nak tatap mata kamu nanti Aqil.
Raya kedua ibu beraya bersama family mertua.
Kami beraya sampai ke Kuala Kangsar.
Seronok beraya bila nampak saja hidangan atas meja sampai lupa nak bergambar.
Hahahaha!

Tahun ni raya yang agak kurang kami semua bergambar dengan family sebelah ayah. Mood raya kali ini pun tak sama bila terkenangkan arwah anak saudara ibu yang meninggal dunia disebabkan kemalangan tahun lepas. Hari ini hari lahirnya yang ke-19 jika masih ada. Al-Fatihah dibaca buat arwah.

Post a Comment

26 Comments

  1. Walaupun tak sedondon hitam, tapi padanan warna ngam - hitam dan kuning mustard. Memang naik seri lah gegirl sorang tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi! Itulah kak ini main bedal je ni padanan warna ni sebab Kurta hitam ayah dengan Aqil tu Kurta lama kak. Ayah cakap tak payah beli baru lah membazir. Baju ibu jer baju baru. Hahahaha!

      Delete
  2. Sakan bergaya.
    Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakan untuk sehari tu NA. Hihihi! Al-Fatihah! Terima kasih NA..

      Delete
  3. Queen in the family mst lain dr yg lain... hehehe

    ReplyDelete
  4. Seronoknya diapit bodyguards kiri kanan :D
    Kebaya ibu lawa 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu rasa selamat berada ditengah mereka. Hihihi! Sesekali berkebaya labuh.. ;)

      Delete
  5. morning disini... memang menyerlang sgt la ibu nya kan... ayu & manis je berkebaya

    ReplyDelete
  6. Serasi kak baju kuning di apit baju hitam...salam kenal yaa..

    ReplyDelete
  7. lama tak tengok ibu...tertanya2 juga sendiri mana ibu ni,sihat ke dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Afzan ibu sihat. Terima kasih ambil berat dan risaukan keadaan kesihatan ibu. ;)

      Delete
  8. waaahhh.... memang betul betul naik warna baju ibu aqil

    ReplyDelete
  9. Cantik Kak baju kebaya labuh Gini..Nona ritu pun cari yang labuh Gini..sebab tang punggung Nona besor.. 😂 Nanti nak ushar la kedai tu...Lawa polkadot gitu ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha! Nanti Nona pegi cuci mata dekat web deme ye. Memang jarang jumpa kebaya laguh camni kan.. Harganya pun berbaloi.. ;)

      Delete
  10. welcome back heheheh nii baru ada masa nak ziarah u niiii

    ReplyDelete
  11. kena warna lain lain supaya tumpuan senang terfokus pada seorang jeee😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Next time nak buat padanan warna tema macam ni jgk lah. ;)

      Delete
  12. wah ada 2 bodyguard laa.. mcm princess sebab warna kuning

    ReplyDelete
  13. Ibu badan mantain walaupun ada anak, pakai apa pun nampak serinya

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.