Advertisement

Main Ad

Update Ringkas

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Apa kabar kengkawan semua?!
Update ringkas dari ibu.
Cuma nak bagitahu.
Kami sihat-sihat sahaja.
Menjalani rutin harian seperti biasa.
Alhamdulillah!
Budak Aqil dah mulakan sesi Kokurikulum di sekolahnya.
Sejak cuaca panas terik sebelum ni aktiviti luar bilik darjah dihentikan seketika.
Bila dah mula ada Kokurikulum ni cabaran untuk Aqil.
Ibu tak izinkan dia pakai Brace ke sekolah pada hari tersebut.
Bayangkanlah macam mana keadaannya kalau dari pagi sampai ke petang kena pakai benda tu.
Berpeluh-peluh dibuatnya nak buat aktiviti pun dia tak selesa.
Jadi terpaksalah Aqil skip pakai Brace dalam tempoh beberapa jam.
Tak apa balik rumah pakai balik seperti biasa. ;)
Ibu sekarang ni sibuk.
Bukannya sibuk apapun.
Sibuk melayan drama Korea.
Baru saja habis Marathon drama Bad Good Mother.
Memang ibu tunggu habis kesemua episod baru nak Marathon.
Sekarang tengah Marathon drama Dr Cha pula.
Muahahahaha!
Sesekali tu selit sekejap drama Melayu yang tengah panas sekarang ni.
Perempuan Itu!
Fuhhhhh!
Emo ibu dibuatnya.
Jarang ibu suka melayan drama Melayu ni.
Setakat ini baru 2 drama Melayu yang berjaya buat emosi ibu kacau bilau.
Teduhan Kasih dan sekarang Perempuan Itu.
Tak sabar nak tunggu ending dia.
Eh! Update ringkas apanya ni?!
Udah melalut jadinya.
Hihihi!
Terima kasih sudi baca bebelan ibu sampai habis.


Pertama kali ibu tengok lakonan Mimi Lana.
Selalu tau pasal dia sebab dia awek si Syafiq Kyle tu saja.
Tak pernah nak tengok pun lakonan-lakonan dia.
Lakonannya meninggalkan kesan di hati ibu.

Semoga update ringkas dari ibu ni dapat melepaskan rindu kengkawan semua. Jangan risau ibu sihat walafiat hendaknya. In syaa Allah! Terima kasih pada kengkawan yang risaukan ibu sepanjang ibu menyepi dari bulan April hingga Jun. Terharu ibu dengan keperihatinan kalian. ;)

Post a Comment

0 Comments