Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ni ibu nak update sikit lah apa yang dah berlaku sepanjang ibu menyepi dari dunia blogging ni. Bukannya ibu merajuk hati atau membawa diri. Cuma mood nak menulis tu dah jauh tenggelam ke laut dalam. Tahap malas ibu tu baru buka laptop ingat nak edit² gambar tapi tak sampai setengah jam ibu dah blur bosan. Itu belum nak mula menaip mengarang ayat lagi. Sampai satu tahap ibu nak bercerita tapi tak tahu nak mula dari mana.
Kali ni ibu update entry melalui hp saja. Malas dah nak on laptop yang segedabak tu. Edit gambar pun dari hp ni juga. Lantak lah besar ke kecik ke size gambarnya asalkan ada. Huhuhu! Korang layankan saja lah yer. Kalau ada sikit² typing eror tu maafkan lah ibu ye. Terima kasih buat kawan² ibu yang masih setia dan merindui kami. Ada juga yang rindukan bebelan ibu disini. Masih ada yang sayang rupanya. Ewah! Dah melalut dah ibu ni. ;)
Ini kisah yang berlaku di penghujung bulan Oktober 2023 yang lepas. Memang betul² orang panggil Tragedi Oktober. Genap sebulan usia ayah 41 tahun 1 bulan pada 27/10/2023 pukul 3 pagi sedang ibu lena dibuai mimpi indah ibu terjaga sebab ibu dengar ayah mendegus kuat menahan rasa sakit teramat sangat. Tangan ayah menekan dada. Rupanya hampir 1 jam ayah menahan sakit. Sengaja ayah tak nak ganggu ibu tidur tapi waktu ibu terjaga agaknya sakitnya sudah tak tertahan lagi. Setelah sejam berlalu pukul 4 pagi ibu call atok Aqil. Mujur lah rumah kami berdekatan. Ibu minta tolong atok Aqil bawakan kami ke Kecemasan HRPB. Itupun jenuh ibu pujuk ayah untuk ke hospital. Sejam lebih jugalah sesi memujuk ayah agaknya sakit teramat sangat maka dia pun beralah.
Kami sampai di Unit Kecemasan HRPB pukul 5 pagi. Sebaik saja ayah masuk ke Zon Kritikal ibu tak tahu apa yang mereka buat. Ibu disuruh tunggu di luar sendirian. Atok Aqil tak teman sebab ibu minta tolong atok untuk uruskan Aqil. Aqil tetap ke sekolah hari itu. Sengaja ibu tak ceritakan pada dia apa yang jadi dekat ayahnya. Rupanya opah dah cerita pada Aqil yang ayahnya tiba² sakit perlu dihantar ke hospital. Kesian Aqil dia tengah sedap lena tidur ibu tinggalkan dia dengan opah. Nasib opah ada untuk temankan Aqil waktu tu.
Lama juga ibu berkampung di luar Unit Kecemasan daripada pukul 5 pagi hingga pukul 8 malam hari yang sama baru ayah dapat masuk ke wad. Kata doktor pakar waktu itu ayah kena serangan jantung awal. Nasib baik kami sempat ke hospital kalau dibiar lebih lama boleh mendatangkan bahaya. Tak sanggup ibu bayangkan. Allah swt beri ayah peluang kedua. ;,(
Hampir seminggu juga ayah ditahan wad. Berkampunglah ibu tidur wad temankan ayah. Tak sampai hati nak tinggalkan dia sendirian. Nasib baik dapat bilik yang selesa hanya ada 2 pesakit saja. Cuma yang tak selesa ibu 24jam bertudung sebab itu wad lelaki. Huhuhu! Tak apa lah janji ayah ada depan mata.
Setelah ujian demi ujian yang doktor lakukan pada ayah. Akhirnya ayah dirujuk ke pakar Cardio HRPB untuk buat prosedur Angiogram kerana ada saluran darah di jantung ayah yang sempit. Waktu itu Allah saja yang tahu susahnya hati ibu dengan berita yang doktor sampaikan. Tapi ibu harus kuat depan ayah. Ibu kena kuat. Walau macam mana keadaannya. Tiada penyakit yang tiada ubat. Pasti ada penawar dan rawatannya. In syaa Allah!
Sekarang ayah dah mula makan ubat. Bermacam jenis ubat. Ubat kolestrol, darah tinggi, cair darah dan gastrik. Tak apalah ayah asalkan ayah sihat. Jangan main² dengan serangan jantung ni. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.
Prosedur Angiogram pun dah selesai hari Rabu minggu lepas. Seminggu jugalah ayah dapat MC. Hari ini ibu dah mula bekerja lepas bercuti 5 hari temankan ayah jalani prosedur Angiogram. Alhamdulillah! Resultnya agak baik. Saluran darah yang sempit tu tak teruk ianya boleh dirawat dan dipantau dengan makan ubat, jaga pemakanan, senaman dan gaya hidup sihat. Tak perlu untuk pasang Stent pada jantung ayah. Syukur Ya Allah! 28/2/2024 nanti jumpa pakar Cardio semula. Nanti apa² ibu update ye. Mohon kawan² ibu doakan ayah ye. ;)
Waktu ayah di Unit Kecemasan.
Masa ni ibu masih boleh teman.
Tapi lepas mereka hantar ayah ke Zon Kritikal ibu dah tak dapat teman.
Sesekali saja dapat masuk intai ayah.
Berselirat wayar dekat badan ayah masa tu.
Jantung ibu pula rasa nak terkeluar dibuatnya. ;,(
Lepas pukul 8 malam hari yang sama baru dapat masuk wad.
Punyalah banyak pesakit dalam wad.
Kami terpaksa tunggu katil kosong.
Alhamdulillah!
Wad yang ayah dapat ni selesa.
Ibu boleh teman.
Masa ni keadaan ayah dah makin stabil.
Barulah ibu betul² rasa lega.
Walaupun duduk wad selera makan ayah tetap ONZ.
Hahahahaha!
Makanan yang hospital bagi licin dimakannya.
Makanan yang ibu beli di cafe hospital pun licin dibedalnya.
Tak apa lah ayah janji ayah sihat. ;)
Dah lama² mulalah dia bosan.
Nasib baik ada game.
Kalau tidak rasanya tantrum kot dia.
Muahahahaha!
Tak tau bila masa ayah curi² ambil gambar ibu.
Buat kenang²an katanya.
Kipas tu hospital punya memang dah sedia ada.
Bukan ibu bawa dari rumah tau. ;)
Alhamdulillah!Setelah hampir seminggu berkampung di hospital.Lega dapat balik rumah.Rumah kita Syurga kita.
Bila dah jadi macam ni ibu lebih menghargai waktu² kami bersama. Kalau nak marah atau berkecil hati pun tak nak lama². Cepat²lah pujuk hati. Kerana kita tidak pernah tahu berapa banyak lagi masa kita yang tinggal. Kematian itu yang paling hampir dengan kita sebenarnya.
40 Comments
Hai ibu!! lama sgt menyepi... rindu nak baca blog ibu... nasib baik rumah dekat dgn parents kan senang nk mintak tolong... kalau sy dekat dgn umah adik.... apa² mmg senang... lepas ni ayah kena lebih perhatian tu... dan jgn lupa jaga mkn jugak
ReplyDeleteHai Kak Mim. Ibu pun lama menyepi sekejap tenggelam timbul. Iye Kak Mim nasib duduk dekat dgn mak abah. Boleh lah mnta tlg. Nasib abah masih sihat dan kuat. In syaa Allah! Ayah dah semakin baik. Kena makan ubt on time jer lah.
DeleteAllahu..patut la Ibu menyepi lama...ye lepas ni jaga la segalanya..kesihatan paling utama kan...semoga suami ibu terus sihat
ReplyDeleteIn syaa Allah SA. Alhamdulah keadaan ayah semakin baik ;)
DeleteAlhamdulillah cepat sedar dan masih boleh dikawal. Semoga sihat2 saja semuanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah! Kena on time makan ubat. Terima kasih atas doanya.
Deletesemoga cepat sembuh ayah nya..Linda baru dekat sini...
ReplyDeletetapi lama juga tu ayah menahan sakit...Alhamdulillah, Allah masih izinkan bernafas...semoga terus sihat ya ayah, kena jaga makan lepas nie...
Alhamdulillah! Allah swt masih pinjamkan lagi masa yang ada untuk lebih perbaiki diri. Terima kasih atas doanya. ;)
DeleteSeharian tunggu nak dapat katil, syukur dapat yang selesa.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya dah berlalu. Moga tak ada serangan jantung berikutnya.
Iyer kak seharian menunggu bilangan yang sakit setiap hari memang ramai. Alhamdulillah! Ayah semakin sihat. ;)
Deletesemoga pulih sepenuhnya.. ameennnnnnn
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb!
Deleteshafahullah..aamiin...i feel u, sbb suami MZ pun baru semlm discharge dari ward
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Semoga MZ sentiasa sihat hendaknya. ;)
DeleteMoga Allah permudah semuanya ya....
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb!
Deletesemoga dipermudahkan urusan ibu dan ayah. semoga ayah lekas sembuh. ayah dengan kita beza setahun je kot, i is 40. uhuksss!
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih ummi. ;)
Deletepatut la lama betul menghilang tanpa berita, moga terus sihat walafiat buat suami nya ya
ReplyDeleteIn syaa Allah Aamiin. Terima kasih Dana atas doanya. ;)
Deleteptt la lama menyepi..smoga husband ina terus sihat spt sediakala
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! In syaa Allah mama
DeleteHi awak...
ReplyDeletememang lama menghilang ye.
Semoga suaminya sihat2 lepas ni. Ammi dah pernah rasa wayar berselirat dari atas sampai ke bawah. Semuanya gara2 jantung juga.
Aamiin Ya Rabb! Terima kasih Ammi atas doanya moga Ammi pun sentiasa sihat walafiat
DeleteAllahu Akbar! Semoga kita semua diberi kesihatan yg baik sentiasa 🤲
ReplyDeleteTerkejut PH baca sbb PH pun baru hadapi berita duka awal Jan lepas. Semoga yg baik² saja utk Ibu & Ayah Aqil 🤲
Aamiin Ya Rabb! Semoga kita semua tabah dan kuat hadap ujian2 ini. In syaa Allah! Moga dipermudahkan juga urusan PH ya. ;)
DeleteKalau ahli keluarga jatuh sakit memang semua serba tak kena. semoga suami Ibu sihat selalu. lepas ni kena jaga-jagalah. muda lagi tu
ReplyDeleteSemua serba tak kena Sal. Hati ni jadi tak tentu hala dibuatnya. ;)
Deleteooo patut laa lama menyepi...
ReplyDeletelama juga tu dia tahan sakit...
so mcm mana keadaan suami ibu sekarang?
Iye lama juga dia tak nak kejutkan ibu yang lena tidur. Sekarang nak tidur lena pun jd trauma sekejap2 terjaga nak cek keadaan ayah. Tapi dia yang lena tidur berdengkur pantang letak kepala. Hahahahahhaha!
DeleteAlhamdulillah..saya tumpang gembira juga...semoga beliau terus sihat dan lepas ini jaga betul-betul pemakanan ...in shaa Allah
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih atas doanya.
DeleteYa allah kaak, terasa sangat paniknya pasti saat itu 😣😭. alhamdulillah allah masih panjangkan usia suami akak 🤗. Memanglah sakit jantung itu silent sangat datang. Terkadang kita lihat badan tak gemuk, tapi ternyata jantung tetep ada masalah.
ReplyDeleteKarena itu penting sangat olahraga dan jaga pola makan. Walopun ini juga bukan jaminan 😣
Iyer memang panik waktu tu. Alhamdulillah! Allah lindung segalanya. ;)
Deleteallahu, seram mama baca. semoga ayah aqil kembali sihat seperti sediakala amin. ibu pun kena kuat ye
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb mama. Terima kasih mama atas doa dan kata semangatnya. ;)
Deleteinnalillahi wainnalillahi rojiun., muda lg ayahanda tu, semoga ayah terus sihat, jaga pemakanan tu yg penting., aminn
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih wak atas doanya..
DeleteSemoga encik suami sihat sentiasa. Sakit jantung ni tak kira masa dan usia. semoga kita semua dihindari dari sakit jantung ini amin
ReplyDeleteAamiin Ya Rabb! Terima kasih atas doanya.. Semoga Allah swt pelihara kita semua.. ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.