Advertisement

Main Ad

Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik 2024/2025

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Apa kabar semua?! Semoga kawan2 ibu dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah! Kami sekeluarga sihat2 saja. Lama ibu menghilang kan?! Itulah dia sekejap ada sekejap tak ada. Sibuk dengan hal seharian. Lepas penat seharian dekat pejabat balik rumah sambung pula dengan kerja rumah. Kerja yang tak akan pernah habis. ;)

Cerita di pejabat. Hampir 3 bulan ibu dah bertukar ke Unit lain. Ibu dah tak buat kerja2 Pendaftaran Fail Terbuka lagi dah. Jadi tak adalah fail yang menimbun setiap hari dekat meja ibu. Ibu dah ditukarkan ke Unit Pencen. Kerja menguruskan persaraan orang pula. Huhuhuhu! Hampir 9 tahun ibu buat kerja Pendaftaran Fail Terbuka bila dah masuk ke Unit baru ni mula lah merangkak nak kena belajar balik. Seronok juga buat kerja baru ni kita jadi lagi fresh belajar benda2 baru. Setakat ni semuanya baik2 belaka.

Isnin depan budak Aqil dah mula Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik. Sebelum ni sekolah ada buat ujian penilaian untuk matapelajaran Add Math, Fizik, Kimia dan Biologi saja. Daripada result yang Aqil dapat nampak dia boleh bawa aliran STEM yang dia sendiri pilih. Tahapnya masih biasa2 saja. Kena lebihkan usaha lagi. Cuma yang ibu nampak dia memang minat aliran yang dia pilih ni. Suka sangat dengan Kimia. Yang merisaukan ibu subjek Add Math. 

Sejak bulan 3 yang lepas Aqil dah mula Home Tuition bagi subjek Add Math. Ibu tak boleh biarkan dia sendirian. Ibu nak ajar pun ibu pening. Mana pernah ibu ambil subjek Add Math waktu sekolah dulu. Ibu ni budak Sastera. Kalau bab berpuisi bersajak boleh lah serah dekat ibu. Ini bab nombor2 boleh petak kepala dibuatnya. Hahahaha!

Tak apa lah yang penting ibu nampat usaha Aqil. Dalam dia berusaha ulangkaji hp tetap ditangan. Ibu pun tak faham lah budak2 generasi sekarang ni belajar macam mana. Sambil belajar sambil dengar lagu. Aishhhhhh! Entahlah Aqil oiiiii. ;)


 Dekat nak periksa baru nak ajak cari buku.
Itulah dia budak Aqil.
Persiapan last minit memang jadi amalan dia.
Ibu dah tak larat nak membebel.
Penat tau bercakap benda yang sama hari2.

Anak yang nak periksa ibu yang risau lebih, Aqil relaks macam tak ada apa2. Santai sungguh dia. ;)

Post a Comment

26 Comments

  1. tukar ke unit lain kira naik pangkat laa ya😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak naik pangkat Anies. Pejabat buat pusingan tugas saja antara staff yang ada. Supaya semua boleh tahu kerja lain juga. ;)

      Delete
    2. kiranya nanti semua multitask laa ya...kalau cuti ada yg boleh ganti... mcm tu kan?

      Delete
    3. Aah betul lebih kurang mcm tu lah Anies

      Delete
  2. Bila dapat buat kerja baru nie... Rase fresh sikit... Takdelah dengan rutin yang sama...
    Good luck abg aqil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau tak bosan jer buat kerja yg sama setiap hari.

      Delete
  3. Alhamdulillah ibu sekeluarga sihat² aja ye 👍
    Good luck Aqil. Si Abang pun tengah PPT sekarang.
    Sama je perangai diorg, study tapi phone jadi peneman :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Sihat hendaknya. Betul tu PH hp kena ada. Tak tau lah mcm mana nak kawal lg dah. ;)

      Delete
  4. Salam Kenal .. Done Follow yang ke 636

    ReplyDelete
  5. Kdg2 bila tukar tempat kerja minda kita pun jadi fresh.. lagi lagi kalau menyebabkan perkara baru yg perlu dipelajari.. Btw all the best for Aqil.. !!!!!

    ReplyDelete
  6. tkde dh la fail2 menimbun kt atas meja dh tukar unit baru....ank2 exam start smlm...tisya pn ada subjek add math...riso btul sbb bab kira2 dia lemah...all the best utk ank2 kita smua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah x ada lagi dah fail yg menimbun tiap2 hari masuk. Lega sikit. Hihihi! Tulah risau dgn subjek Add Math.. Aqil pun lemah Math dgn Add Math ni.. In syaa Allah! Semoga yg baik2 saja utk mereka..

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.