Advertisement

Main Ad

Penantian Itu Indah

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Allah swt makbulkan doa kita bila tiba masa yang sesuai.
Kadang2 kita minta tapi masih lagi permintaan kita tidak dimakbulkannya.
Kerana Allah swt tahu ianya tidak baik untuk kita waktu itu.
Dan kadang2 Allah swt tarik sesuatu dari kita semuanya bersebab.
Kerana Allah swt maha mengetahui apa yang hambanya tidak tahu.



Biras ibu yang terpaling sempoi.
Yang paling rapat.
Yang sekepala.
Beza umur kami 10 tahun tapi tak nampak beza kan?!
Alhamdulillah!
Selepas 8 tahun menanti.
Akhirnya Allah swt kurniakan beliau satu amanah yang paling indah.
8 tahun beliau dan suami sabar menunggu.
Berdoa dan berusaha.
Akhirnya mereka redha.
Ibu ingat lagi kata2nya beberapa minggu yang lepas.
"Syira dengan Iwan redha Kak Ina kalau Fitri dengan Shila yang dapat baby dulu."
Memandangkan adik ipar bongsu ibu akan berkahwin bulan 9 nanti.
Sebak hanya Allah swt yang tahu.
Walaupun tanpa air mata namun naluri ibu tersentuh melihat riak wajahnya.
Ibu yang menanti budak Aqil 3 bulan lepas kawin pun dah mula rasa sesak bila diasak pertanyaan tentang zuriat.
Inikan mereka suami isteri 8 tahun bukan satu jangka masa yang singkat.
Alhamdulillah!
Minggu lepas ibu dikabarkan dengan berita gembira.
Kandungan beliau sudah masuk 8 minggu.
Ibu mohon sahabat ibu doakan beliau dan kandungan sihat dan kuat.
Syukur Ya Allah!

Allah swt genggam doa kita. Sampai satu masa yang sesuai akan dilepaskannya satu persatu. In syaa Allah! ;)


Post a Comment

16 Comments

  1. Moga-moga sehat selalu, di beri kelancaran dan selalu dalam perlindungan Allah SWT..amiin🤲

    ReplyDelete
  2. Inspiring....bila dah redha dapat rezekinya ya...moga selamat melahirkan anak yang cukup sifat dan soleh/solehah buat ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  3. moga baby terus sihat dan selamat semuanya..aamiin

    ReplyDelete
  4. Saya berkahwin pun selepas 11 bulan baru ada isi... Tapi buat buat tenang jer la.. walau dah mula ada suara suara yg kedengaran.. alhamdulillah dah 4 org anak skrg syukur.. rezeki dan ujian masing2..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..syukur. seronokyna.. adik lelaki MA dulu pun..after 7 years... now dah 5 tahun dah hero tu....
    ni tunggu adik perempuan MA plak.. dah 7 tahun jugak. harap ada la berita gembira..in sya Allah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... tumpang gembira utk shira & iwan...

    ReplyDelete
  7. jaga diri syira. semoga dipermudahkan urusan smpi bersalin nnt. aminnn

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.