Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Bukan main lagi tajuknya ye. Hihihihi! Dua minggu punya menu tu bukan maksudnya lauk tu ibu simpan sampai dua minggu. Ibu cuma nak share apa yang ibu masak hari cuti minggu lepas dan minggu ini. Ibu ni bukanlah jenis yang hari2 masak. Mengaku ye. Hihihihi! Terus terang ibu hanya masak waktu cuti hujung minggu saja. Sebab tu ibu cukup kagum bila baca entry kawan2 yang sangat rajin berkongsi menu mereka boleh dikatakan setiap hari dapur mereka berasap. Menu2nya pun boleh tahan menyelerakan. Sedangkan ibu ni kalau hari bekerja tu boleh dikira berapa kali saja ibu turun ke dapur untuk masak. Habis kalau tak masak makan apa malam2?! Dekat rumah kami ni ada medan selera yang banyak stall makanan. Pilihan makanan yang ada pun boleh tahan sedap juga. Aqil suka dengan Ayam Penyet dia dan ayah pula suka Nasi Lemak Ayam Goreng. Selalu ibu akan kongsi dengan ayah tak kisahlah apa ayah makan ibu cuma makan sikit saja. Malam kami memang tak banyak makan sangat. Kadang2 tu makan roti saja. Hihihihihi!
Ahad minggu lepas abah ibu minta ibu masakkan kari daging kambing korban. Sebulan dah daging tu beku dalam peti ais dia. Bila emak nak masakkan gulai lemak daging abah tak nak. Katanya tak kena dengan selera dia kalau daging tu masak gulai lemak. Eh! Banyak akal juga atok Aqil ni. Abah nak ibu masakkan kari juga sebab katanya kari ibu sedap. Huh! Nasib baik abah puji. Hihihihi! Makanya jadilah kari daging kambing air tangan Ibu Aqil Ahad minggu lepas. Habis dah pun masuk ke perut masing2. Itupun abah cakap ada lagi daging lembu dalam peti ais dia disuruhnya masak kari lagi. Huhuhuhu! Minggu depan lah pula ye abah minggu ni dah jemu kari memanjang. ;)
Untuk hari ini ibu masak ketam masak lada hitam pula. Mulanya ibu ingat nak buat ketam masak gulai lemak tapi ayah cakap nak makan yang kering2 pula sebab minggu lepas dah makan yang berkuah. Jadi minggu ni ayah tak nak lauk berkuah. Oklah ibu ikutkan sahaja permintaan ayah. Jarang2 masak sekali masak tu kita turutkan saja selera mereka. Aqil request ibu masakkan Salmon Grilled untuk dia. Salmon yang dah ibu perap dengan serbuk lada hitam, cili dan bawang putih yang di kisar. Itupun dah buat Aqil makan nasi bertambah sampai 2 pinggan. Ayah pula bertambah nasinya 2 pinggan juga. Ibu saja maintain 1 pinggan. Hikhikhikhik!
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Apa lagi nikmat yang mahu ibu dustakan. Terlalu banyak nikmat pinjaman yang Allah swt kurniakan. Kalau kita bersyukur dengan nikmat yang sedikit pasti akan digandakan lagi dengan nikmat yang lain. Rezeki Allah swr itu luas kesihatan yang baik juga adalah rezeki. ;)
Kari daging kambing by Ibu Aqil.
Tak boleh lawan kari dekat kedai mamak.
Tapi boleh lah secukup rasa.
Hihihihi!
Ketam masak lada hitam.Ini pun dah licin.
Lauk makan siang dan malam kami tadi.Puas beli ketam kali ni isinya penuh manis pula tu.Alhamdulillah!Salmon Grilled Aqil ibu tak sempat nak ambil gambar.Aqil bising orang sebelum makan baca doa dulu.Tapi ibu sibuk nak ambil gambar.Eh!!!!!
Esok dah Isnin jangan malas2 ye kawan2. Terus bersemangat untuk berjihad mencari rezeki. Semoga setiap pekerjaan kita memberi manfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain. In syaa Allah! Chaiyok!
4 Comments
kari kambing buat cicah roti canai memang meletops
ReplyDeleteBetul tu wak kalau cicah roti gardenia pun sedap
DeleteMemang pandai dan rajin masak untuk keluarga..Bahagia keluarga Puan Salina..
ReplyDeleteAlhamdulillah Syukur! Allah kurniakan kesempatan dan kesihatan ;)
DeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.