Advertisement

Main Ad

Suka Update Status

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Siapa jenis yang suka update status?!
Tak kisah lah status Whatsapp, Facebook, IG mahupun TikTok.
Sekarang ni ada yang baru Threads pula.
Setiap medsos ada penggemarnya masing-masing.
Setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya.
Ibu hanya ada 3 medsos saja.
Facebook, IG dan TikTok.
Whatsapp tu semua orang ada kan?!
Kalau mula-mula dulu Whatsapp tak ada fungsi untuk update status.
Cuma sekadar untuk kita bermsg saja.
Ibu pun tak pasti sejak bila yang Whatsapp pun ada fungsi untuk membolehkan penggunanya update status yang bertahan selama 24jam.
Itupun kalau tak dipadam lah.
Ada pula jenis manusia yang bila dah update status Whatsapp tak sampai 24jam pegi padam pula.
Selalunya ini jenis yang nak update status tak puas hati.
Bila orang yang dituju tu dah baca status tersebut terus dipadamnya.
Misi dah tercapailah tu konon.
Hahahahahha!
Ibu suka juga update status.
Cuma sejak kebelakangan ini ibu dah agak kurang nak update status.
Tak kisah lah status Whatsapp, Facebook ataupun IG.
Kalau di TikTok memang tak lah sebab semua video TikTok ibu privatekan Only Me.
Lebih kepada status Whatsapp.
Dari sekecil2 perkembangan semua nak di post.
Ayah Aqil pula seorang yang privasi.
Kadang-kadang ibu rasa ada bagusnya juga jadi macam ayah.
Kurang sikit orang nak jadikan kehidupan seharian kita sebagai isu perbualan.
Lebih sedikit yang mereka tahu tentang kita lebih sedikit benda yang boleh mereka perkatakan tentang kita.
Blog pula macam mana?!!!
Orang kata bila jauh ni bau nya wangi.
Kalau dekat tu busuk cepat saja dapat di hidu.
Ibu busuk ke wangi?!
Hahahahahaha!
Apapun lebih baik kita berhati-hati dalam update apapun perkembangan kita.
Tak semua orang yang kita kenal dihadapan memang manis.
Tapi dibelakang kita menjadi topik perbualan mereka.
Mungkin mereka peminat fanatik kita.
Ingatkan artis saja ada Fan.
Huhuhuhu!

Berapa hari saja lagi kita nak masuk ke tahun 2025. Ibu rasa untuk tahun baru nanti ibu nak kurang-kurangkan update status Whatsapp. Di FB dan IG ibu dah dapat bendung di Whatsapp ni saja macam payah sikit. Cepat saja jemari ni nak menaip status. Huhuhu!


Post a Comment

24 Comments

  1. Uncle malas update status.... baca status rajin... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Ibu sekarang jangan kata update nak baca status orang pun malas. Tak tau lah kenapa.

      Delete
  2. Medsos saya cuman satu.. Instagram,tapi tu dh lama gk aktif..mungkin sekitar 3 bulan lalu, entahlah..kadang mood tu lgi gak ok, naik turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu rasa sekarang ni ibu nak aktif di blog sajalah. ;)

      Delete
  3. MZ tak suka update status..konon2 privacy laaa😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm ayah Aqil memang susah dia nak up status nak tgk status org pun payah kadang² status isteri dia ni pun dia tak tgk MZ Hahahahaha

      Delete
  4. saya ada tiga medsos, tiktok (utk fmly)-private, instagram (utk art)- public dan blogspot (public). semua jenis update ikut sukati. status wA update sebab asben boleh tgk apa saya buat. tapi tak selalu update juga, hahaaa. tak suka baca status orang lain, semua saya mute. i triggered!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu rindu nak baca blog umi. Bila² rajin nanti tulis lah blog ye.

      Delete
  5. Update status ni masa awal2 dulu ya selalu update kat FB. La ni suka guna IG je itupun kurang juga updatenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ibu pula yg dah mula rasa malas nak update status tiba² rasa dtg mood nak menulis di blog pula

      Delete
  6. Saya pun agak menjaga privasi, jadi sangat jarang update status di mana-mana medsos.

    Blog je tempat saya update cerita untuk memori dan rujukan akan datang. Itu pun tapis-tapis, tak cerita habis 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di blog lebih selesa utk kita bercerita melalui penulisan kan sis ;)

      Delete
  7. SA suka gak update status..tapi 2-3 hari ni jadi malas..hehehe...

    ReplyDelete
  8. dulu masa diawal join FB rajin gila share status. ntah apa2 je status. bila keluar memori jadi macam "ehhhh apa benda aku share dulu ni?" ahhaha.

    skrg ni jarang2 ammi share status di mana2 medsos. lebih banyak berkongsi di blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Ammi betul tu skrg bila naik blk status lama² jd termalu sendiri ;)

      Delete
  9. Betul, the less is more. makin tua makin kurang minat nak update status hehe

    ReplyDelete
  10. saya jarang-jarang dan ikut mood saka untuk update di media sosial...dalam blog pun jarang ada kisah atau cerita peribadi

    ReplyDelete
  11. lady jenis mcm ayah tu.. x update status.. hihihihi.. sepi sunyi menyendiri..

    ReplyDelete
  12. Suka update masak-masak atau rutin on the road di status whatsapp 🤭 ig dah kureng, fb kureng, thread kekadang bila malas nak menaip panjang di blog 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu banyak tapis status skrg ni sbb wasap ibu x selamat kak. Org yg terdekat suka stalk dan dijadikan bahan topi perbualan mereka.

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.