Advertisement

Main Ad

Recap Sepanjang Ibu Hiatus

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Amboi tajuk entrynya bukan main lagi ingat ibu ni artis ke apa. Hahahaha! Hallo semua apa kabar. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan baik2 saja. Memang sekarang ni tahap kesibukan ibu mengalahkan menteri. Ada saja benda yang nak diuruskan dan yang masih tak selesai2 pun ada. Bukan saja hal kerja di pejabat malahan hal2 rumah pun buat aktiviti blogging ibu terkandas. 

Bila badan dan otak dah terlampau penat ibu jadi hilang mood nak menulis blog. Kalau ikutkan aktiviti harian tu sentiasa ada. Cuma kemalasan untuk menaip entry dan edit gambar2 yang menghilang dibalik rasa penat seharian. Bukan saja blog ibu malahan blog kawan2 pun ibu tak ziarah. Sorry yer it's my bad. Huhuhu! Sampai Umi Cha Hijau Cantik wasap ibu bertanya kabar. Itupun lama ibu baru reply disebabkan msgnya dah turun kebawah2. Kebayakan msg yang masuk dalam wasap ibu semua berkaitan kerja pejabat. Ada saja benda yang mereka minta dan update. Kadangkala hari cuti pun mereka kacau. Tapi ibu mudah saja kalau hari cuti ibu jarang reply segera. Korang tunggulah sampai ibu masuk kerja baru ibu respond. Melainkan yang call jika benda tu terlalu urgent. Itupun ibu akan selesaikan usai ibu masuk kerja. Sorry! Hihihihi! Sesak pula rasanya bila bercerita bab kerja ni. Hahahaha! Tak nak lah sembang hal kerja tak syok. 

28 Januari 2025

Selamat hari lahir Ibu Aqil. Semoga dilapangkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan ibu. Tahun ni ibu tak war2kan hari lahir ibu dimana2 medsos. Apa status pun ibu tak update. Ibu diamkan sahaja. Jika tahun2 sebelum ini awal2 ibu dah buat pengumuman. Suka sangat berkongsi hari tarikh kelahiran. Agaknya memang ibu ketagih ucapan dari kawan2 pejabat kot. Hahahahaha! Cuma tahun ini hari lahir ibu agak istimewa. Jatuh pada hari ibu jalani rawatan transfusi darah Thalasemia ibu. Kiranya darah yang ibu dapat tu sebagai hadiah hari lahir yang paling bermakna. Alhamdulillah!

29 - 30 Januari 2025

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berbangsa Cina. Meriah kawasan rumah ibu dengan dentuman mercun. Sampailah hari ke-9 pun masih lagi meriah. Ibu layankan saja dah terbiasa kawasan kejiranan ibu ni majoritinya berbangsa Cina. Sebaris rumah ibu ni saja hanya ada 2 rumah orang Melayu dan 1 India. Setiap kali waktu tahun baru memang dah terbiasa dengan kemeriahan dentuman mercun papan mereka. Sampaikan kucing kami si budak Jebat bertempiaran lari macam tak cukup tanah. Hahahahaha! Kesian si budak Jebat. 

1 Februai 2025

Bulan penuh cinta untuk ibu. Ahhhhhhhh! Bulan yang cukup2 bermakna. Bulan ulangtahun perkahwinan ayah dan ibu dan juga ianya adalah bulan kelahiran Intan Payung kami Aqil Naim. Kerana itu ibu gelarkan bulan Februari ini bulan penuh cinta. Bukan disebabkan bulan ni ada hari Valentine tau. Tak ada kena mengena dengan hari Valentine. Hihihi!

Untuk hari ini kami berkumpul dengan keluarga sebelah ayah Aqil. Ibu berhajat untuk adakan makan malam keluarga sebelah ayah. Bila ada rezeki lebih apa salahnya kita berkongsi dengan orang tersayang. Terima kasih pada Pak Ngah Aqil sekeluarga yang duduk di KL sanggup cuti2 perayaan tahun baru cina ni meredah jeam untuk balik Ipoh. Dapatlah kami berkumpul seisi keluarga sebelum kita sambut bulan Ramadhan sebulan saja lagi dan sebelum biras ibu yang seorang tu melahirkan anak sulungnya. Menunggu masa saja dah tu cukup 36 minggu kehamilan. Lepas ni hilanglah partner me time ibu. Tunggu baby besar sikit lah kalau nak dibawa me time sekali. Huk! Huk! Huk!


2 Februari 2025

Tepat jam 2am balik dari melepak dengan family ayah, ibu terima 18 kuntum jambangan mawar merah tanpa puisi dari ayah. Bila masa ayah beli pun tak tahu disoroknya dalam stor. Huhu! Alhamdulillah! 18 tahun kami melalui alam perkahwinan yang penuh dengan turun naik kehidupan. Semoga hubungan yang direstui kedua orang tua kita ini kekal hingga ke Jannah. Selamat ulangtahun perkahwinan Pak Imam. Walaupun bunga itu pasti akan layu namun saya tahu cinta dan kasih sayang awak sentiasa mekar di hati. Chia! Chia! Chia!

Oklah setakat ini itulah recap sepanjang ibu hiatus. Terpaksa ibu ringkaskan saja disebabkan banyak kisah2 seharian yang dah bertindih2 untuk ibu ceritakan secara detail dalam sebuah entry. Cukuplah ini untuk dijadikan kenangan kami. In syaa Allah! Kita jumpa semula dalam entry yang akan datang. ;)


Selamat Hari Lahir Ibu Aqil


Makan malam bersama keluarga sebelah ayah.
Adik beradik ayah 5 orang lelaki kesemuanya.


Semoga selamat melahirkan Syira.
Dah lama keluarga SuIsma tak dengar suara tangisan baby.
Rindunya bau baby.



Selamat Hari Kita

Kenangan adalah taman bunga yang selalu mekar di dalam ingatan. Hargailah setiap saat yang masih berbaki.



Post a Comment

0 Comments