Advertisement

Main Ad

Recap Sepanjang Ibu Hiatus Part 2

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hello semua apa kabar?! Semoga sihat2lah hendaknya. Alhamdulillah kami sekeluarga dalam keadaan baik2 saja dan sihat semuanya. Jangan risau ibu ok saja. Cuma masa nak menulis blog tu yang semakin kurang. Bukan kurang lagi dah memang tak ada masa nak menulis blog. Ditambah pula tahap ketepuan otak ibu nak menulis pun dah makin membeku. Maklumlah sekarang ni hal berkait dengan kerja di pejabat pun dah minta ibu perah sel2 saraf otak ibu ni untuk berfikir. Penat bila kerja gunakan otak ni. Lain macam stressnya jika nak dibandingkan dengan kerja ibu yang dulu kebanyakannya gunakan kederat. Kadang2 kerja tu sampai ibu bawa balik ke rumah untuk disiapkan sebelum tarikh akhir yang dah ditetapkan. Tapi iyelah dah namanya kerja mana ada kerja yang senang mesti semuanya ada pro dan kontra masing2 betul tak?! Tapi ada kelebihan juga bila sel2 saraf otak ibu ni diasah setiap hari kuranglah sikit risiko nak hidap Alzheimer awal kan. Huhuhu!

Oklah nak recap lagi sepanjang hiatus ibu dalam beberapa bulan ni. Macam entry terakhir ibu sebelum ni apa yang jadi dalam tempoh 4 bulan ibu hiatus?! Eh! Tak ada apalah sangat pun setakat benda2 biasa saja. Tak ada benda yang luar biasa pun berlaku dalam tempoh 4 bulan menghilang ni. Kehidupan masih berjalan seperti biasa.

14 Februari 2025

Genap usia budak Aqil Naim 17 tahun semakin tinggi dengan jayanya. Tahun ini Aqil akan menduduki SPM. Doakan yang baik2 untuk Aqil Naim ya. Daripada awal penulisan blog ibu ni usia Aqil waktu itu nak masuk 2 tahun dan sekarang dah meningkat remaja. Alhamdulillah! Aqil membesar menjadi anak yang menyenangkan ibu dan ayah. Nak cerita pasal sekolah dia semuanya biasa2 saja. Kita tunggu sajalah nanti bila keputusan SPM dia keluar macam mana. Untuk meletakkan harapan setinggi gunung ibu takut ianya akan membebankan Aqil. Ibu cuma mampu menyokong dan terus bagi semangat motivasi pada Aqil. Cukup ibu tahu yang Aqil masih lagi berminat ada target untuk terus sambung belajar lepas SPM nanti. Aqil fokus dan berusahalah sedaya upaya yakinlah akan ada hasilnya nanti.

14 Mac 2025

Majlis Baiah Sasaran Cemerlang & Calon SPM 2025 di sekolah Aqil Naim. Hari yang penting untuk Aqil. Ibu dan ayah ambil cuti untuk hadirkan diri. Selalu sebelum2 ni ibu hanya tengok video ibu bapa yang hadir bagi meraikan dan memberi semangat pada anak2 mereka yang bakal menduduki SPM. Untuk tahun ini Allah izinkan ibu sendiri menghadirkan diri. Perasaan waktu itu sukar untuk ibu gambarkan. Mungkin kerana ianya pengalaman pertama dan ia juga pengalaman terakhir kerana Aqil satu2nya anak ibu. Awal2 ibu dah janji dengan diri sendiri yang ibu tak akan menangis di hari kejadian. Tapi kalau dah namanya ibu Aqil mustahil kalau tak ada apa2 drama. Ibu kan Drama Queen. Hahahaha! Waktu Aqil Naim baca akujanji dan angkat sumpah bagi calon SPM 2025 dihadapat cikgu kelas dan ibu ayah. Allah saja yang tahu debar jantung ibu ni. Semoga Aqil dapat capai sasaran yang disasarkan oleh semua cikgu2 yang telah mendidik Aqil sejak dari Tingkatan 4. Tinggi harapan mereka malah sasaran mereka pada Aqil lebih tinggi dari apa yang ibu dan ayah harapkan.

1 April 2025

Kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari raya kami biasa2 sahaja dan tahun ini giliran raya pertama di sebelah ibu raya kedua baru beraya bersama keluarga sebelah ayah. Alhamdulillah! Kami beraya dengan ahli keluarga baru. Biras ibu yang selalu keluar Me Time dengan ibu telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Orked Nayla. Syukur! Setelah 9 tahun menanti Allah makbulkan doa dan impian mereka untuk memiliki zuriat sendiri. Orked Nayla seindah nama yang diberikan semoga membesar menjadi anak yang solehah dan membahagiakan mama papanya. Aamiin Ya Rabb!


Budak ni dah 17 tahun jerawat pun dah penuh di muka.
Ibu selalu usik dia jerawat gatal.
Marah sangat dia bila ibu cakap macam tu.
Seperti biasa bukan senang nak ambil gambar dia dengan senyuman.
Macam tu saja lah reaksi dia.
Huhuhu!


Di hari Majlis Baiah bagi pelajar SPM 2025.
Masa ni ayah berjaya candid gambar dia senyum.
Manis sebenarnya senyuman dia cuma mahal sangat.


Selamat Hari Raya dari keluarga kecil kami.
Gambar waktu Hari Raya Aidilfitri dulu.
Selepas Raya Aidiladha baru nak update.
Adoiyai!

Rindu dengan kawan2 semua. Rindu nak marathon blog kawan2. Apa kabar semua yer. In syaa Allah! Nanti ibu datang singgah ye. ;)

Post a Comment

14 Comments

  1. Manis senyuman abg aqil.. bz dia thn ni sbb nk spm kn? Rasanya bln 8 ni dh trial dh.. good luck abg aqil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis tp payah betul nak senyum. Tq kak mim atas ucapannya.

      Delete
  2. Hahaha... dah lama tak dengar istilah jerawat gatal... hehehhe

    ReplyDelete
  3. All the best utk Aqil. Sama² kita doakan kejayaan utk anak Batch 08 ni dlm SPM nanti.... PH pun nervous dan stress juga sbb first time anak nak ambil SPM ni. Semoga abang dan Aqil sama² lulus cemerlang nanti 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Ya Rabb! In syaa Allah! Mudahan Allah swt mudahkan dan beri ketenangan utk mereka menjawab nnt.

      Delete
  4. Samalah ibu dgn ammi, ratu airmata. Anak masuk sekolah hari pertama kene ikrar pun ammi nangis. Motif???

    Anak masuk asrama, parents berikrar pun ammi nangis. Aduhaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?!! Emak² marah suaranya mcm petir tapi ratu air mata. Hihihi

      Delete
  5. Dah kian membesar tinggi.. tahun ni SPM all the best aqil.. insyallah usaha terbaik pasti result terbaik...

    ReplyDelete
  6. All the best abang. Next year Auni's turn pula.
    Welcome back ibu!

    ReplyDelete
  7. MZ singgah sini!! epi belated besday utk aqil! dan all the best utk spm jugak

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.