Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ni sekolah Aqil Naim ada aktiviti bagi pelajar2 Tingkatan 5 di bawah Program Pendidikan Negeri Perak "Transisi Ke Arah Perak Sejahtera" (TRAS) yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah. Program "Jom Masuk U" ini telah diadakan di Universiti Institute Teknologi Mara (UiTM) Tapah. Aqil pun teruja bila diberitahu namanya terpilih untuk sama2 turut serta menjayakan program tersebut.
Pada awalnya ibu agak risau bila memikirkan yang mereka akan ke sana dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah. Kebimbangan ibu disebabkan kes2 kemalangan yang banyak berlaku sejak dua menjak ini. Bermula dengan kes kemalangan membabitkan anggota2 FRU yang baru balik dari bertugas menyebabkan kematian beberapa anggota dan disusuli dengan berita kemalangan bas yang melibatkan anak2 UPSI buatkan ibu jadi takut. Tapi itu semua sudah tersurat tiada kuasa kita sebagai hambanya untuk menidakkan apa yang telah Allah swt atur. Ajal maut jodoh pertemuan semua adalah rahsia Allah swt. Dimana2 saja boleh berlakunya kemalangan hatta saat kita tidur sekalipun jika sudah ditetapkan itu asbab ajal kita maka tidak akan cepat atau lambat sesaat pun.
Awal pagi Aqil bangun seperti biasa. Nasib baik budak Aqil ni sejenis yang mudah untuk ibu gerak setiap kali nak ke sekolah. Tak ada banyak drama sekali saja nama dipanggil celik matanya tanpa perlu ibu jerit terpekik terlolong macam kucing hilang anak. Eh! Melalut pulak ibu ni. Hahaha! Setelah bersiap Aqil mengaji seperti kebiasaannya. Habis mengaji dia turun ke bawah untuk sarapan roti alas perut. Aqil jenis yang tak suka makan berat2 diawal pagi risau nanti sakit perut nak membuang katanya. Lagi satu perangai budak Aqil ni dia jenis penggeli. Selagi boleh dia akan elakkan untuk gunakan tandas di sekolah. Kotor katanya dia tak selesa. Jadi sepanjang waktu persekolahan dia kurang makan dan minum. Bila balik rumah baru dia mencari makan dan minum puas2. Huhuhu! Banyak kali ibu nasihat jangan tahan kencing nanti penyakit lain yang datang. Katanya dia tak rasa nak kencing bila mengenangkan keadaan tandas di sekolahnya.
Ayah hantar Aqil ke sekolah sepeti biasa dan dia sampai tepat pada waktunya. Dia diantara pelajar yang paling awal sampai risau kena tinggal dengan bas agaknya. Kalau ikutkan jadual yang diberi rombongan mereka kena sampai di UiTM Tapah pukul 8.30 pagi dan anggaran perjalanan dari sekolah Aqil ke sana lebih kurang dalam sejam. Ibu dah pesan pada Aqil sebelum bas bergerak bila naik saja bas terus msg ibu untuk maklum. Sebolehnya ibu tak nak ganggu Aqil takut Aqil tak selesa ibu kerap msg atau call. Jadi ibu tunggu Aqil saja yang msg ibu dulu barulah ibu reply.
Mereka sampai di UiTM Tapah pukul 9 pagi dan sepanjang aktiviti berjalan Aqil hanya msg ibu sebanyak 3 kali. Pertama waktu naik bas sebelum bertolak, kedua selepas dia sampai sana dan ketiga sebelum dia naik bas nak balik ke Ipoh. Kira oklah tu daripada sebelum ni dia langsung tak reti nak msg ibu melainkan ibu yang call atau msg dia dulu. Jenuh anak bujang seorang ni. Itupun ibu paksa dia selfie gambar dalam bas sebelum bertolak ke sana dan gambar sebelum naik bas balik ke Ipoh. Hahahaha!
Ibu pesan juga dekat Aqil sampai sana nanti jangan lupa ambil gambar waktu program tu berlangsung. Ibu nak buat kenangan untuk disimpan dalam blog. Korang rasa2 gambar apa yang Aqil ambil?! Ibu redha saja lah sememangnya minat ibu yang suka ambil gambar tu tak menurun ke Aqila. Sedih! Huhuhu!
Gambar dia berselfie dalam bas masa nak bertolak ke sana.
Itupun ibu ugut kalau tak hantar gambar ibu buat video call.
Hahahahaha!
Ini pula gambar selfie sebelum naik bas nak balik.
Ibu minta barulah dia hantar.
Kalau tak minta tak adalah dia nak hantar gambar dia.
Ok jom kita layan gambar lain yang Aqil tangkap.
Gambar pertama.
Papan tanda UiTM Tapah.
Motif gambar ni diambil tak tahulah.
Kelabu asap semuanya.
Asalkan ada gambar katanya.
Hahahaha!
Apa yang dia berkenan sangat dekat tingkap ni tak tahulah ibu.
Jenuh ibu zoom.
Tiba2 seram pula rasanya bila tengok dekat tingkap tu lama2.
Hahahahaha!
Mungkin Aqil tertarik dengan permandangan tasik tu.Hentam jer lah Aqil.Ibu sendiri tak merasa jejak kaki masuk kawasan Universiti ni.Semoga program ni dapat memupuk minat semua untuk jejakkan kaki ke menara gading.In syaa Allah!
Aqil sampai Ipoh pukul 7.30 malam hampir waktu Magrib. Masuk2 kereta dia minta belikan Nasi Ayam Penyet katanya saya lapar tadi makan tak puas. Alahai! Ibu dah bagi duit belanja tidak lah kamu reti nak membeli. Apa yang pihak penganjur siapkan makanan itulah yang kamu makan. Tak apalah ini semua pengalaman.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.