Advertisement

Main Ad

Kerja Mesti Ada Target

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Siapa sini macam ibu?!
Buat kerja mesti ada target.
Bukan bos yang letak target tu tapi itu target kita sendiri.
Ibu jenis buat kerja mesti ada target.
Target harian ibu untuk pastikan kerja ibu tu berjalan lancar.
Sebab kerja yang ibu buat sekarang ada due date.
Kena siap dalam masa yang ditetapkan.
Untuk pastikan semua berjalan lancar ibu kena letak target.
Apa yang ibu perlu buat dan berapa fail yang perlu ibu selesaikan.
Mana fail yang urgent ibu utamakan dahulu.
Yang mana fail menunggu balasan kuiri dokumen tidak lengkap ibu letak disudut lain.
Wajib ada Diary Planner untuk ibu notakan apa yang ibu buat untuk hari itu.
Tak lupa juga nota untuk kerja yang perlu ibu buat esoknya.
Eh!!! Macam complicated pula.
Huhuhuhu!
Ibu jenis cepat lupa dan mudah lupa.
Untuk asah balik ingatan ibu perlukan nota.
Sebab tu ibu bising bila tengok cara budak Aqil ulangkaji.
Dia tak pernah ada nota.
Tak tahulah macam mana dia boleh ingat semua benda yang dia belajar tu.
Itulah agaknya perbezaan antara lelaki dengan perempuan.
Hihihihi!
Untuk kerja hari ini ibu dapat capai target yang ibu tetapkan.
Alhamdulillah!
Penat tu jangan cakaplah.
Mana ada kerja yang mudah dan tak penat.
Kalau kerja goyang kaki saja pun penat juga.
Penat nak menggoyangkan kaki tu memanjang.
Hahahahaha!


Inipun salah satu target ibu juga.
Nak turunkan Zat Besi yang berlebihan dalam darah ibu ni.
Bulan 9 nanti temujanji ibu dengan doktor pakar Hematologi lagi.
Kalau boleh nak maintain lah Zat Besi ibu bawah seribu.
Makanya setiap hari sebelum mulakan kerja kita cucuk ubat dulu yer kawan2.
Hihihihi!

Macam mana target kawan2 hari ni?! Semuanya tercapai ke?! Tak apalah kalau tak tercapai hari ini esok kita sambung lagi yer. ;)

Post a Comment

18 Comments

  1. Cie pun setiap hari kerja mesti tulis to do list. Dah siap tick. So teratur la sikit tugas harian tu. Settlekan yang ada due date dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lagi satu nak mengelakkan daripada kita terlupa ibu ni sejenis yang cepat lupa bila ada planner ni teratur sikitlah tugas harian tu ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Ibu tiada pilihan nak x nak kena juga cucuk ubat setiap hari ;)

      Delete
  3. Bila ada target baru lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu masuk saja kerja setiap pagi mesti tgk planner dan target apa yang nak dibuat dahulu ;)

      Delete
  4. sama, setiap hari mesti ada target mesti siap sebelum balik. Sally cucuk sendiri ke tu? huhuhu tabahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye saya cucuk sendiri utk rawatan harian ni semua buat sendiri tp jarumnya halus saja tak mcm yang jarum cucuk di hospital tu. Tapi tetap rasa seriau juga lah setiap kali nak mencucuk tu. Hihihihi!

      Delete
  5. Alahamdulillah tips sihat..semoga anak majudalam pelajaran..kena yakin dengan anak ya

    ReplyDelete
  6. Target is a must!all the best utk salina

    ReplyDelete
  7. setuju...MA pun selalunya akan plan nak buat apa dulu, nak buat apa kemudian... baru senang nak buat kerja..kannn?
    have a good day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye mummy takut kalau ada yang tertinggal tambah kalau yg kerja urgent tu. Tq mummy. ;)

      Delete
  8. PH pun masa kerja dulu ada target dan skrg dok rumah pun buat to do list. Syok tengok keja yg dah setel boleh tick done . Rasa satu kepuasan.

    ReplyDelete
  9. Dulu di office lama ms ammi handle bulk files mmg ada target. Tp skrg ammi dan boss ada weekly and daily planner. Kita share di handphone jadi bila dah siap kita tick je and info ni sync dengan phone kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih teratur begitu kan Ammi kita pun jadi tak serabut sgt ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.