Advertisement

Main Ad

Upgrade Juga Akhirnya

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

[Baca Juga] : Boleh Pakai Lagi Rupanya

Akhirnya ibu upgrade juga laptop Toshiba NB250 ibu. Hahahaha! Di pejabat ada seorang budak yang mahir bab2 komputer ni. Kalau ada yang bermasalah dengan PC masing2 mesti akan panggil dia minta tolong tengok2kan. Kadang2 masalah dengan line internet pun kami panggil dia. Bila dia godek2 saja selesai lah masalah kami. Orangnya pun tak kedekut ilmu kalau ada yang tak faham berkaitan perisian atau setting PC panggil saja dia akan diajarnya satu persatu.

Minggu lepas ibu bawa laptop Toshiba ibu ni ke pejabat. Sebelum itu ibu dah tanya pada dia dulu dan ibu terangkan apa masalah laptop ibu ni. Dia SLOW yang teramat SLOW. Macam dalam entry sebelum ni ibu ada bagitau nak loading buka blog pun boleh siap gosok sehelai baju. Hahahaha!

Bila dia cek katanya RAM laptop ibu ni hanya 1GB saja. Alahai! Jadi untuk upgrade laptop ni dia tolong orderkan RAM yang baru 2GB. Pada mulanya dia ingat nak upgrade 8GB. Bila barangnya sampai rupa2nya laptop ni tak boleh terima yang 8GB. Iyelah inikan laptop lama memang paling besar yang boleh upgrade pun hanya setakat 2GB sahaja. Tak apalah 2GB pun 2GB lah asalkan boleh loading laju sikit dari yang sebelum ini. 

Alhamdulillah! Pagi tadi dia kembalikan semula laptop ibu yang sudah di upgrade ke 2GB. Itupun katanya janganlah mengharapkan yang laptop ni akan laju macam laptop Aqil sebab RAM laptop Aqil besar dan itu laptop baru. Ibu tak mengharapkan yang laptop ibu ni akan selaju kilat memadai lah ibu dapat menaip dengan lancar tanpa tersangkut2 lagi dah macam dulu2. Menyampah bila taip sangkut2 ni. Kita dah lah bersemangat nak menaip blog tapi sangkut2 dan loading pun slow memang tutup laptop lah jawabnya. 

Untuk entry kali ini ibu taip dengan merasmikan laptop baru ibu. Aishhhhh! Konon laptop baru padahal dah 15 tahun umur dia. Huhuhuhu! Muda 2 tahun dari Aqil Naim. Hahahahaha! Ibu sayang sangat laptop ni dulu. Kalau nak cerita asal usul kenapa ibu beli dia panjang ceritanya. Biarlah ibu ringkaskan sahaja. Ibu beli sebab waktu tu PC pejabat ibu rosak dan untuk dapat PC baru sebagai ganti memang lambat. Disebabkan nak buat kerja terpaksalah ibu beli laptop mini ni untuk memudahkan kerja2 ibu. Tak sanggup rasanya nak menumpang buat kerja dengan meminjam PC orang. Mereka pun sibuk juga dengan kerja mereka tak kan kita nak mengacau kan. 


Mini laptop ibu.
Lepas ni ibu boleh lah pakai dia selalu.
Dia dah laju.
Cuma skrin dia kecil.
Tak apalah kan daripada tak ada.
Ibu dah kena pulangkan balik laptop Aqil.
Aqil mesti perlukan laptop untuk sambung belajar nanti.
Aamiin!
Mohon doakan budak Aqil semoga ada rezeki dia sambung belajar lepas SPM nanti.
Bulan depan dah trial kome.
Ibu risau.
Tapi dia relaks sahaja macam tak ada apa.
Haishhhhhh!


Inilah benda yang budak tu tukar.
Ini yang lama punya hanya 1GB saja.
Yang baru dia dah pasangkan 2GB.
Lajulah sikit dari yang sebelumnya.

Bila Aqil tengok laptop ibu ni dah ok tak menyempat diambilnya balik laptop dia. Bila ibu tanya nak buat apa dengan laptop tu. Main game lah ibu apa lagi jawabnya sambil senyum2 kambing. Eh! Sakit pula hati ibu dibuatnya.

Post a Comment

0 Comments