Hari ini tiada istilah Monday Blues untuk ibu walaupun hari ni ibu memilih tema biru ke pejabat. Sejak dari malam tadi ibu dah set didalam fikiran tak mahu layankan sangat sindrom Monday Blues. Hari ini ibu kena tunjukkan semangat pada budak Aqil disebabkan hari ini adalah hari pertama Aqil menduduki Ujian Percubaan SPM bagi Batch08. Allah! Berdebar didada ni hanya tuhan sahaja yang tahu. Aqil relaks saja. Sejak lepas dari pejumpaan bertemu waris bersama dengan cikgu kelasnya hari tu. Dia agak fokus dalam ulangkaji pelajaran. Itupun setelah berbakul2 bebelan ibu dan teguran dari ayah.
Agak mengecewakan juga keputusan Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik dia hari tu. Hanya berjaya dapatkan 2A sahaja. A- dalam subjek Bahasa Inggeris dan A dalam subjek Sejarah. Yang lain 3B, 2C+, 2E dan 1G. Subjek G tu adalah Matematik Tambahan. Manalah tak sedih dibuatnya. Katanya soalan semua susah dan untuk soalan peperiksaan mereka rupanya bukan dibuat oleh pihak sekolah kerana soalannya selaras untuk semua sekolah yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Wahhhhh! Tak macam waktu zaman ibu ayah dulu soalan bagi percubaan dan peperiksaan sebenar sahaja yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan. Disebabkan keputusannya menurun dari Peperiksaan Akhir Sesi Akademik waktu Form 4 yang lepas ibu dan ayah risau. Kata cikgu kelas, Aqil agak hilang fokus kali ini terutama dalam Subjek Bahasa Melayu. Alahai! Bahasa Melayu dia dapat B saja dan boleh dikatakan semua Subjek Elektif tidak memuaskan. Keputusan Subjek kegemarannya Kimia pun menurun banyak hanya dapat C+ sahaja. Aqil sendiri kecewa dengan keputusan itu.
Dimana salahnya Aqil?! Mungkin juga Aqil tak beri tumpuan 100%. Masih lagi dalam mood bersenang lenang. Ulangkajinya tidak sepenuh hati dan jiwa. Kata cikgu dia hanya bersungguh2 dalam kelas jika itu Subjek kegemaran dia saja. Waktu kelas Bahasa Melayu dia tak fokus dan pernah dia tidur dalam kelas. Aishhhhh! Kalaulah ibu tak fikir cikgu kamu lelaki dan dalam kelas waktu itu ada ibu bapa pelajar lain. Dah lama ibu cepuk kamu Aqil. Hahahahahaha!
Untuk hari ini Subjek pertama adalah Bahasa Melayu kertas 1 dan 2. Semoga dipermudahkan urusan kamu Aqil. Diberikan ketenangan hati dan ilham dalam menjawab semua soala dengan baik dan lancar. Ibu ayah tawakal saja kepada Allah swt. Kami serahkan segalanya pada Allah. In syaa Allah! Belum terlambat lagi untuk Aqil perbaiki kelemahan Aqil. Aqil belum gagal lagi. Ibu pernah cakap pada Aqil seseorang itu gagal apabila dia berhenti dari berusaha. Chaiyok! Aqil!
Kenapa ibu kongsikan disini keputusan Aqil.
Sedangkan kebanyakkan ibu bapa lain lebih banyak berkongsi tentang kejayaan dan kecemerlangan sahaja.
Bagi ibu keputusan ini bukanlah sesuatu titik akhir untuk Aqil.
Mudah2an berkat doa dari kawan2 blog ibu disini.
Allah makbulkan.
Mohon doakan untuk budak Aqil Naim ye.
Ibu risau.
Inilah perasaan atok opah Aqil dulu agaknya ye. Sedangkan waktu hari peperiksaan dulu ibu sempat lagi berangan sambil ulangkaji baca buku. Hahahahaha!
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.