Advertisement

Main Ad

Tinggal Lagi Beberapa Bulan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Pejam celik hanya tinggal beberapa bulan saja lagi kita semua dah nak masuk ke tahun baru 2026. Semakin hari masa berlalu sangat cepat. Hingga satu masa kita sendiri rasa tak terkejar dibuatnya. Pukul 8 pagi mulakan kerja sedar tak sedar sudah pukul 5 petang waktu untuk pulang ke pangkal jalan. Hahahaha! Sekarang ibu dah jarang balik kerja lewat lagi dan ibu juga elak untuk datang kerja pada hari cuti hujung minggu. Kalau dulu rajin juga ibu ke pejabat hari Sabtu untuk selesaikan fail yang setiap hari akan masuk menimbun. Unit Pendaftaran Terbuka memanglah bermain dengan fail keluar masuk betul tak. Bila dah bertukar ke Unit Pencen ni fail yang masuk bergantung kepada permohonan dari bakal2 pesara. Selalunya kalau permohonan bagi bersara wajib tu kita dah boleh anggarkan berapa untuk setiap bulan. Cuma bagi permohonan bersara pilihan sendiri bagi kes bersara awal dan pencen terbitan bagi kes kematian sahaja yang kita tak boleh nak agak berapa permohonan akan masuk untuk setiap bulan. Kami Unit Pencen yang menguruskan permohonan bagi Negeri Perak hanya tinggal 2 orang sahaja. Maka kena pecutlah kami berdua demi mengejar date line yang dah ditetapkan. Huhuhu! Lagi kami pecut lagi laju masa itu berlari bersaing dengan kami hampir menuju penamat bagi tahun 2025. Sekarang kami dah mula proses permohonan bagi persaraan untuk tahun 2026 pula. Begitulah dia masa berlalu sedar tak sedar nanti ibu pun dah nak pencen. Hahahahahaha!

Hari ini hari kedua peperiksaan percubaan SPM Aqil Naim. Hari ini subjek kegemaran dia Bahasa Inggeris. Malam semalam dia ulangkaji subjek Fizik. Ibu tanya kenapa tak ulangkaji subjek untuk esok katanya dia yakin dia boleh score dalam subjek Bahasa Inggeris. Amboi! Jangan terlalu yakin Aqil ibu takut kalau terlalu yakin nanti Aqil mudah buat kesilapan2 kecil disebabkan kelalaian sendiri. Ibu harap dijauhkan lah semua itu. Aamiin! Semalam seharian hujan turun daripada balik kerja petang semalam membawa sampai ke tengah malam masih tak surut hujannya. Alhamdulillah! Sejuk lah sikit bumi ni. Balik kerja semalam ibu tanya tentang peperiksaan Bahasa Melayu macam mana susah tak. Aqil cakap boleh tahanlah ibu lenguh juga jari saya nak menulis. Aishhhhh! Memanglah lenguh sebab kena mengarang ayat. Itulah kelemahan Aqil Naim dalam bab mengarang ayat. Yang boleh dia cakap "saya dah cuba sehabis baik ibu......" Alahai! Iye ibu nampak usaha kamu tu. Cuma yang ibu tak boleh terima bila kamu tetap nak main juga hp tu sekejap. Katanya saya tak main game ibu saya cuma tengok video saja. Bila ibu intai video live streming orang main game. Ibu tepuk dahi sekejap. Mungkinkah ini cara Generasi Z melepaskan stress bila seharian dah penat perah otak berfikir. Huhuhuhu! 

Bila ibu sembang2 dengan kawan di pejabat yang mana anak lelaki mereka juga seumur dengan Aqil kata mereka sama saja perangai budak2 ni. Ada seorang tu anaknya lagi lah Isnin nak periksa percubaan hari Ahad baru diberitahu esoknya ada periksa. Terkelu lidah emak ayah dia tak tahu nak cakap apa. Hanya boleh pesan buatlah yang terbaik. Hihihihi! Aqil pula ibu susah hati sebab dia asyik dengan hp nya. Ada juga anak kawan ibu selesai saja sesi persekolahan balik rumah rehat sekejap selepas Asar sudah start motor pegi main bola dengan kawan2. Bab itu ibu sedikit lega sebab Aqil memang sejenis kurang suka aktiviti luar rumah. Sebenarnya dia tak berapa ada kawan area rumah kami ni. Kawan Aqil hanya di sekolah bila habis waktu sekolah habislah waktu dia dengan kawan2nya. Iye ker?! Mungkin juga mereka berkumpul dalam group game agaknya selepas balik rumah. Huhuhuhu!


Macam itu lah dia malam semalam.
Masa ni dia baru lepas kelas tuition online.
Sementara nak tunggu pukul 10 mlm masuk tidur.
Dia lepak dulu dalam bilik ibu bentang toto di bawah sambil main hp.
Sekejap saja katanya.
Huhuhuhu!

Daripada pukul 8 pagi sampai 2 petang di pejabat semalam mata ibu melirik tengok jam saja. Sepanjang masa ibu hadiahkan Al-Fatihah untuk Aqil Naim. Semoga diterangkan hati dan diberikan ilham dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik. In syaa Allah! 

Post a Comment

0 Comments