Apa kabar semua?! Ibu doakan semua yang membaca blog ibu ni sihat sejahtera sentiasa. Kali terakhir ibu update blog hari Isnin yang lepas hingga lah ke hari ini barulah blog ibu ni bernafas balik. Sebenarnya setiap entry ibu di blog ni bukan lah entry yang "panas dari oven". Kebanyakan entry di blog ibu memang akan ibu draft awal dari tarikh yang ibu publish. Melainkan adalah tersesat satu atau dua entry yang memang panas-panas ibu publish. Kiranya entry ibu ni kebanyakannya jenis "sejuk beku" lah. Hahahaha! Hentam sajalah ibu entry panas ke sejuk ke tak kisah asalkan ibu tetap update. Jangan jadi macam dulu hilang terus tanpa kabar berita bertahun-tahun. Sekejap timbul lepas tu tenggelam tak tahu dah sampai ke dasar laut dalam mana. Sejak dihidupkan kembali blog kami ni, adalah seorang dua atau tiga empat orang yang singgah dan tinggalkan komen. Alhamdulillah! Seronok rasanya bila ada yang sudi membaca dan meninggalkan jejak. Tak adalah rasa terabai saja blog ibu ni jadi macam rumah usang.
Hari Isnin yang lepas ibu tak sihat. Tiba-tiba bangun dari tidur pagi tu ibu rasa badan seram sejuk menggigil. Tekak pun terasa sakit tak selesa. Ibu cuba juga untuk bangun tapi badan terasa melayang-layang. Iskkkkk! Tak boleh jadi ni kalau dipaksa bangun juga boleh tumbang nanti. Akhirnya ibu cakap pada ayah yang ibu nak ambil EL ibu tak larat nak ke pejabat. Ayah cakap tak apa duduk lah berehat dirumah. Kalau paksa diri masuk pejabat nanti jadi apa-apa orang pejabat juga yang susah. Tambah musim kes Covid yang makin meningkat sekarang. Di pejabat tu pula ada ibu-ibu mengandung risau jadi penyebab saja nanti.
Jadi bermula dari hari Isnin hinggalah ke hari Khamis ibu tak masuk ke pejabat. Ibu dapat cuti sakit 3 hari dan sehari ibu ambil cuti rehat. Memang ibu tak larat. Ibu demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Dua kali juga lah ibu buat test kit Covid. Alhamdulillah! Resultnya negatif. Itu yang jadi weekday yang memang weak tu. Fuhhh! Kalian bayangkan lah bila hampir seminggu kita tinggalkan pejabat. Masuk-masuk pejabat semalam, selambak fail atas meja ibu. Tak cukup atas meja dekat belakang tempat duduk ibu ada satu meja kecil. Bersusun fail-fail yang perlu ibu ambil tindakan. Waktu tu ibu terus rasa macam nak demam balik. Hahahahaha! Sejak ibu dah tukar ke Bahagian Pendaftaran Terbuka ni memang kerja ibu setiap hari bergelumang dengan fail yang bertingkat-tingkat. Sampaikan kalau disusun kemas-kemas semua fail tu boleh dijadikan blok appartment. Hahaha!
Semalam pun masuk kerja dalam keadaan badan tak sembuh sepenuhnya. Memang tak dapat nak fokus buat kerja. Tak dapat nak bagi komitmen 100%. Buat mana yang mampu saja. Sebenarnya dalam keadaan badan yang masih tak sihat bila tengok kerja yang melambak macam tu jadi stress lain macam. Kerja kita pula jenis yang "lone ranger" tak ada partner jadi bila tak datang kerja memang tak ada yang cover. Apa nak buat dah tugas. Jalankan saja dengan hati yang ikhlas. Kan?! ;)
Layan picca teh ais meleleh macam ni hilang stress.
Perghhhhhh!
Sedap!
Sakit-sakit macam ni ada hati nak minum ais.
Haishhhhhhh!
Kawan-kawan kalau kalian stress dengan kerja pejabat apa yang kalian buat?!! Ibu semalam tiba-tiba jadi blur. Otak jadi lambat nak memproses maklumat tiba-tiba ibu termenung. Fikiran jadi kosong. Krik! Krik!
Saya kadang-kadang minum je ais walaupun sakit sebab tak minum pun sakit, baik minum je. hehe. kalau stress kerja saya akan buat plan weekend, so ada lah something nak look forward to
Sebenarnya ibu pun curi2 juga minum ais.. Hahahaha! Betul lah tak minum kita tetap sakit juga jadi sedutlah sikit.. ;) Hujung minggu ni kami tak ada apa plan pun yunk.. Badan ibu ni masih lagi rasa lemau.. Doakan ibu cepat sihat yer.. Xoxo
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Segala isi kandungan dan gambar-gambar di blog Dear Salina ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada blog Dear Salina. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
4 Comments
Saya kadang-kadang minum je ais walaupun sakit sebab tak minum pun sakit, baik minum je. hehe. kalau stress kerja saya akan buat plan weekend, so ada lah something nak look forward to
ReplyDeleteSebenarnya ibu pun curi2 juga minum ais.. Hahahaha! Betul lah tak minum kita tetap sakit juga jadi sedutlah sikit.. ;) Hujung minggu ni kami tak ada apa plan pun yunk.. Badan ibu ni masih lagi rasa lemau.. Doakan ibu cepat sihat yer.. Xoxo
Deletemoga hari2 yg mendatang akan lebih baik...
ReplyDeletesesekali ok le, ubat ubat.. he he he...ayat nak sedapkan hati
Aamiin Ya Rabb!
DeleteHari2 makan ubat jemu kak..
Naik lemau badan ni rasanya..
Tapi nak sihat telan jugalah..
Hihihihi!
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.