Advertisement

Main Ad

Demam ler pulok..

Waktu aku tulis entry kali ni, Aqil dah makin sihat. Cuma si batuk dan si kahak saja yang masih degil tak mahu lepaskan Aqil. Kesian anak ibu. Jahat sungguh mereka berdua, berkomplot untuk menyusahkan anak ibu ye. Macam yang Uncle Nuar aku cakap "Budak2 ni dilindungi oleh para malaikat.." iyer ke Uncle?! Kalo macam tu, senang sikit hati ibu mendengarnya. Ibu doakan Aqil sentiasa sihat dan dilindungi. Entry yang lepas keterujaan aku menceritakan kisah suprise Anniversary aku yang menjadi. Terkejut abang dibuatnya. Seronok juga sesekali buat kejutan. Tapi kejutan yang aku terima di sebelah tengahari yang buat aku tak keruan. Mama Wati call hp aku. Dia katakan Aqil muntah."Dah dekat 3 kali dia muntah, nafaspun berbunyi" katanya. Alahai anak ibu. Makan langsung tak dijamahnya. Mungkin mulut rasa tak sedap. Pahit2 payau. Orang demam kan memang macam tu. Aku call abah, mujur abah tak sibuk. Bila berjauhan dengan abang, abahlah tempat aku mintak bantuan. Nak bawa kereta sendiri, lesen dari 10 tahun lepas dah ada. Hidupnya tiap2 tahun, cuma bawa kereta je entah tahun bila.. Hehehehe aku memang penakut. Kurang keyakinan diri. Bad personality.. Huhuhu Tepat pukul 1pm abah sampai. Terus jemput Aqil bawak ke klinik. Dan hari tu aku ambil halfday. Nasib orang atasan memahami masalah aku. Dah anak sakit, nak buat macam mana kan. Keesokannya aku ambil cuti kecemasan sehari. Tak sampai hati nak tinggalkan Aqil. Bukan tak percayakan mamanya, tapi hati aku sendiri tak tenang nak buat kerja bila kenangkan dia tak sihat. Sehari je aku emergancy. Jumaat terpaksa kembali bertugas. Marah orang kalo cuti lama2 ni, tambahan kerja tengah melambak. Aqil demam teruk dalam 2 hari, masuk hari ke-3 dia hanya batuk berkahak saja. Sampailah saat aku tulis entry ni. Kesian anak ibu.. Tak apa, Aqil Naim kuat melawan sakit macam ibu kan? Dan hujung minggu ini, aktiviti kami penuh dan sangat mengembirakan sebab ayah Aqil balik. Untuk plan minggu akan datang pulak. Mesti lagi best sebab minggu sambutan 'Hari Lahir Aqil' yang ke-2. Happy Birthday sayang... Apa rancangannya??? Suprise!!!! For Aqil Naim pulak, asyik ayah ibu je dapat suprise.. ;o)))))




Ni muka budak tak sihat.. Tapi dapat senyum depan camera.. Sampai ke telinga senyumannya.. Cute!!






Ni bila dah sihat.. Sama je senyum dia.. Sampai ke telinga.. Huhuhu

Post a Comment

1 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.