Advertisement

Main Ad

Pelangi Petang..

Petang ni tiba2 hati aku tersentuh. Cerita drama melayu yang aku tengok buat naluri kecil ku terdetik. Aku tak mengikuti cerita itu dari awal. Tapi di penghujung cerita, seorang anak kecil sedang menangis teresak2 di tanah perkuburan dan datang seorang nenek merangkul erat si anak kecil itu. Mereka sama2 menangis. Dalam fikiran ku mungkin yang pergi untuk selamanya itu ibu ataupun ayah kepada si anak kecil tersebut dan sudah tentu ia juga seorang anak kepada si ibu tua itu. Ingatan ku terus melayang teringatkan Aqil Naim. Wahai anak ibu, andainya satu hari nanti sudah tiba masanya ibu dijemput pencipta kita. Jangan kau tangisi pemergian ibu itu. Kerana ini adalah janji ibu pada-NYA sayang. Iringi setiap perjalanan ibu merentasi lautan luas itu dengan doa. Kerana doa darimu lah yang tidak akan terputus walaupun jasad dan roh ibu telah dipisahkan. Kerana itu adalah JANJI Allah swt kepada setiap hamba-Nya. Apabila meninggalkan dunia yang fana ini, yang tidak terputus adalah bekalan amalan didunia, kebajikan dan doa anak2 yang soleh. Sayangku Aqil Naim, ibu mengandungkan mu dengan penuh kasih sayang dan melahirkan mu dengan penuh kesyukuran. Syukur ibu kepada-NYA kerana pemberian yang tiada nilainya ini. Kerana ibu tahu, hanya kau sahaja harta ibu dunia dan akhirat. Segalanya telah tersurat sayang sejak di LOH MAHFUZ lagi. Jangan sesekali kau kesali dan jangan kau pertikaikan. Kerana apa yang telah terjadi kepada setiap hamba-NYA adalah kerana kasih sayang DIA kepada kita. Anak ku sayang, ibu titipkan kau kepada ayah. Sambungkanlah kasih sayang ibu kepadanya. Kerana kau adalah tanda kasih sayang ibu kepadanya. Berbaktilah pada ayah mu kerana dia berhak keatasmu sayang. Dan jangan pula kau lupa pada atok dan opah. Kerana kau lah penyambung warisan darah keturunan mereka. Kerana mereka jugalah ibu melahirkan mu. Kerana ibu satu2nya anak mereka dan jika hanya terhenti setakat ibu, maka siapalah yang akan menyambung keturunan mereka.  Dan ibu melahirkan mu kerana hanya doa darimu sayang yang menjadi bekalan ibu dan doa itu tidak akan terputus untuk ibu apabila ibu pergi menghadap-NYA nanti. Sayangku!! Anakku!! Permata hatiku Aqil Naim,  ibu belum puas sayang. Belum puas melihat kau dewasa. Ibu akan berusaha sayang. Berusaha untuk beri yang terbaik pada mu. Berusaha melawan dan merawat segala kesakitan yang ibu tanggung ini untuk melihat kau dewasa. Semangat dari mu ibu perlukan. Doa darimu yang ibu dambakan. Kerana diri mu adalah suci dan sebersih sehelai kain putih yang tiada cacat celanya. Semoga kau membesar menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Ibu menyayangimu. Sepenuh hati ini. Anak ku Muhammad Aqil Naim.
Ibu menyayangi mu sayang...
















Lagu tema drama tadi.. Tersentuh hatiku..

"Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua..."








Post a Comment

0 Comments