Masa tengah tengok gambar2 lama kami dolu2, aku tersentuh bila memandang sekeping gambar. Kalau tengok pada mata kasar memang nampak hanya aku dan abang saja yang ada dalam gambar tu. Tapi sebenarnya gambar kami 3 beranak. Cuma Aqil Naim ~waktu tu tak diberi nama lagi~ tak kelihatan sebab dia duduk jauh didalam. Didalam ruang yang sempit padat hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk dikeluarkan. Hehehe Waktu tu aku tengah mengandungkan Aqil 3 bulan. Nampak terserlah kejelitaan wajah seorang ibu. Hihihi apa yang ingin aku kongsikan untuk pengembaraan kali ni bukan kisah kembara aku sewaktu mengandung. Tapi kisah sewaktu mula2 mengetahui yang aku mengandung. Mana ada perkahwinan yang tak mahukan zuriat. Sekurang2nya seorang. Pasangan suami isteri tentu berusaha keras untuk melihat permata hati lambang cinta mereka. Begitu juga dengan aku dan abang. Expecially aku. Dalam keadaan kesihatan aku yang tidak mengizinkan, aku punya keinginan untuk melihat zuriat ku sendiri. Walaupun sebelum berkahwin lagi segala risiko telah diterangkan kepada ku oleh doktor pakar yang merawat penyakit ku. Antaranya risiko jantung yang bakal berkerja keras untuk mengepam darah dan oksigen ke seluruh organ2 penting dalam badan. Kekerapan rawatan kemasukan darah sepanjang tempoh kehamilan kerana aku memerlukan darah yang cukup bukan untuk aku saja tapi bayi dalam kandungan. Dan juga risiko2 lain. Tapi naluri keibuan yang memang sejal azali telah wujud dalam setiap wanita begitu meronta2 untuk berusaha mendapatkan zuriat sendiri. Bukan untuk aku sahaja, untuk suami tercinta serta ayahbonda tersayang. Tersentuh hati kecil ini bila melihat abang tumpang bermanja dengan anak2 saudaranya. Sampai bila.. Walaupun dia mengatakan dia tidak mengharapkan sesuatu yang akan memudaratkan aku. Tapi aku tau, jauh disudut hatinya dia berperang dengan emosi dan keinginan sendiri. Dan emak abah aku jugak dah tentu nak merasa bermanja dengan cucu sendiri dan satu2nya cucu dari darah keturunan mereka. Segalanya ku korbankan untuk mereka2 yang menyintai dan menyayangi ku.
Selalunya perkabaran gembira bakal menerima orang baru akan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tiada terhingga. Tapi aku.. Aku menyambutnya dengan kesyukuran dan kebimbangan. Begitu juga mereka2 yang menyayangi ku.
Abang! Dia termenung jauh bila dikabarkan berita itu. Dan hanya satu soalan yang diajukan pada ku "B boleh ke? Abang risaukan b.. Abang bukan nak anak je, abang nak b sekali sama2 besarkan anak kita..." Aku nampak manik2 jernih dikelopak matanya waktu itu walaupun dia berusaha menyembunyikannya.. Oh suami!! Sesungguhnya naluri kecil mu itu kadangkala amat susah untuk aku selami, tapi aku tahu betapa dalam kasih dan sayang mu itu. Ini anak kita. Penyambung kasih sayang kita. Harta dan saham kita dunia dan akhirat. Dan aku ikhlas untuk meneruskan nya. Walaupun kembara yang akan ku tempuhi selama 9 bulan ini bukan mudah dan penuh berliku. Aku redha sayang. Kerana ini adalah tanggungjawab yang harus ku laksanakan.
Dan berita itu disambut pula dengan air mata seorang ibu. Bukan air mata kegembiraan, tapi air mata kebimbangan. Emak! Insan yang amat terpukul dengan berita yang aku sampaikan. Dia yang membesarkan aku selama 26 tahun. Dia melindungi ku dengan sebaik2nya. Sehingga tidak pernah dia menjentik aku walau sedikit pun. Padahal terlalu banyak kesalahan yang aku lakukan padanya sepanjang aku meningkat dewasa. Oh ibu!! Maafkan anakmu. Kerana terlalu degil sehingga tidak menghiraukan perasaan dan kerisauan yang bersarang di hati mu.
Abah! Dia insan yang tabah menerima berita ini. Namun ketabahannya itu hanya nampak di luaran, kerana aku tahu jauh didasar hatinya bersarang 1001 kerisauan seperti emak. Cuma bezanya abah, dia pandai menyembunyikannya. Jiwa lelaki, kental dan kuat tidak mudah melatah. Itulah abah. Dah aku mengikut sifatnya. Tabah! Tabahkah aku?! Aku harus tabah.. Kerana itulah aku yang dipilih oleh Allah swt untuk memikul amanah dan dugaannya ini.
Alhamdulillah!! Itu antara kenangan yang telah mengisi ruang2 pengembaraan ku. Kenangan 3 tahun lepas. Dan kini, dengan izin dariNYA. Aku dapat lihat dia membesar. Semakin cerdik dan bijak. Semakin comel. Semakin manja. Itulah dia, lahirnya permata hati yang aku harapkan dan angankan sebelum aku sah menjadi seorang isteri.
Kenangan kami.. Eh!! Mana Aqil.. Hehehe
Masa mengandungkan Aqil 6 bln..
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.