Advertisement

Main Ad

Lagi2 citer pasal dak tecik ni.. Isk Isk

Lagi2 cite pasal Dak Tecik ni.. Tak ada cite lain ke Ibu.. Isk Isk Isk macam dia je ada anak. Orang lain pun ada jugak. Aishh! Peduli apa aku. Namapun blog aku, suka hati le nak citer pasal Dak Tecik ni banyak manapun. Huhuhu setiap ibu bapa mesti bangga dengan anak masing2 kan? Tak kisah macam mana rupa dan gaya mereka, kita harus berbangga kerana memiliki mereka. Kita telah dipilih untuk menjadi ibu & ayah mereka. Anak2... Pernah jiran sebelah rumah mak aku cakap "ANAK2 NI LAH SAHAM IBU BAPA DUNIA DAN AKHIRAT" termenung bila memikirkan kata2nya. SAHAM?! Saham yang ada turun naiknya. Cuma bezanya saham ini bukan setakat keuntungan di dunia semata. Tapi di akhirat juga. Semoga saham2 ini berguna dan berjasa demi bangsa & agama. Aminn... Berbalik pada citer aku pasal Dak Tecik ni.. Gambar bawah ni gelagat dia waktu tengah hari tadi. Masa aku tengah sental makan tengah hari. Aku pujuk2 dia, dia tak nak makan. Lastly, ibu yang kenyang sorang2. Sebab apa Aqil tak nak makan? Ha!! Dibawah ni lah antara sebab2nya..

~Aktiviti Baru Aqil Naim~




Itulah antara aktiviti Aqil tadi.
Bila agak2 dah boring, diapun nak berbuai..
Apalah anak ibu ni.. Dah besar nak jugak berbuai.. Isk Isk Isk
Anak patung 2 yang buat aku tak tahan nak tengok.. ;o)
Jangan sapa2 berani amik, siap ler diamuknya nanti..

Yang buat aku kagum, usaha kesungguhan Aqil untuk jayakan aktivitinya itu.. Sambung2 penyangkut baju.. Kiranya budak2 ni fikiran diorang sentiasa ligat berputar. Walau macam mana keadaan mereka, mereka masih punya keinginan dan kehendak. Cuma cara penyampaian saja yang berbeza mengikut gaya masing2..

P/s: For Aqil Naim... Usaha keras lagi sayang untuk membuat banyak lagi perkara2 baru.. Asalkan ia tak menyalahi hukum hakam dan mendatangkan kerosakan okey!! ;o)


Post a Comment

2 Comments

  1. dia tengah menguji daya kreativiti tu.. ehehe..

    ReplyDelete
  2. bagus.. good progress...!!
    bila anak buat sesuatu yang baru
    jgn halang.. biarkan..
    selagi x mendatangkan kecederaan..
    mereka sedang berkembang
    kadang² diluar jangkaan kita tau..

    salam kenal ibu aqil!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.