Kadang2 bercerita ni best kan?? Hehehe itu bagi orang yang suka bercakap. ~Aku tergolong dalam golongan itu le~ Kalau tak percaya, korang pegi tanya sapa yang rapat dengan aku. Sampai ada yang tak larat nak melayan.. "INA! DIAM JAP BLEH TAK..." Hihi aku dah biasa dengan dialog ala2 sound tepek macam ni. Tak kecik hati pun. Paling tak pun, aku duk diam2. Tapi rasanya tak lebih dari setengah jam. Pastu!!! Potpet Potpet.. ;op Sebenarnya tiba2 aku teringat satu waktu dolu.. Zaman aku masuk darah masa mengandungkan si Aqil Naim dari awal sampai dah nak meletop. Kenapa aku teringat?? Sebab esok aku terpaksa berseorangan ke Hospital. Bukan tak ada yang sudi teman. Kalau dulu masa kecik2 ~kiranya sebelum jadi isteri orang~ tak ler kecik sangat. :o) Emak & Abah lah yang tak jemu2 teman aku. Sanggup amik cuti sehari untuk temankan aku. Itulah dia kasih Ibu membawa ke Syurga, kasihnya bapa masa berada. Tapi mereka tak pernah mengeluh. Dan sekarang setelah menjadi isteri kepada lelaki yang agak tampan ~dimata aku~ ;op abang lah amik alih tugas emak & abah. Cuma keadaan dan situasi saja yang tak mengizinkan abang selalu sangat dapat teman aku masuk darah. Iyerlah! Abang bukan boss, boleh suka suki tak datang keje. Masalah kami lagi, abang berjauhan kerana tuntutan kerjanya. Kesian abang. Menerima aku menjadi isterinya yang sah pun dah menjadi 1 pengorbanan besar yang abang lakukan. Ada ke lelaki yang rela hati nak perempuan sakit macam aku jadi isteri??? Kalo adapun 1 dalam 1000 kot.. Bukan tak ada, cuma tak ramai yang sanggup. Kepada abang andai dia terbaca blog ini.. TERIMA KASIH SAYANG ATAS SEGALANYA... Ok kita sambung balik ke klimaks story aku ni... Sepanjang aku mengandungkan Aqil.. Dialah peneman yang paling & teramat setia. Kemana saja aku pegi, hatta ke jamban sekalipun dia tetap aku bawa sama. ~gila apa nak tinggal merata2~ huhuhu dan sepanjang 9 bulan a.k.a 38 minggu, Aqil Naim lah yang setia teman aku masuk darah. Ayah, opah or atok pun ada teman. Tapi Aqil yang paling setia. Setiap kali darah mengalir dari tiub memasuki rongga urat saraf ini, aku dapat rasakan tendangan & gerakan manja Aqil.. Dan aku tau, apa yang dia cuba sampaikan waktu itu....
"IBU BERTAHAN YER.. IBU KENA KUAT TAU.. AQIL AKAN SENTIASA TEMAN IBU.. KITA SAMA2 HARUNGI SEMUANYA INI.. AQIL TAU, IBU TERLALU SAYANGKAN AQIL.. AQIL JANJI... AQIL AKAN ADA SETIAP KALI IBU PERLUKAN SEMANGAT DARI AQIL..."
Dan waktu itu hati kecil ku membalas...
"AQIL ANAK KU.. IBU KUAT SAYANG.. DAN IBU TAHU ANAK IBU JUGAK KUAT SEPERTI IBU.. IBU AKAN BERTAHAN SAYANG.. SELAGI TERDAYA.. SEMUANYA KERANAMU.. IBU SAYANGKAN AQIL..."
Sedari Aqil dalam rahim ini.. Nama itu yang sering aku sebut2.. ~MUHAMMAD AQIL~.. dan "NAIM" ditambah hasil gabungan nama manja aku dan abang.. INA&EM.. ;o)
Dan kini setelah 2 tahun 1 bulan 1 hari umurnya (saat entry ini ku tulis) Muhammad Aqil Naim membesar menjadi anak yang BERAKAL, CERDIK & MENYENANGKAN (maksud kepada namanya AQIL NAIM)
P/s: Aqil Naim anak ibu.. Si manja Ayah.. Ibu tau Aqil anak yang kuat.. Kerana kekuatan mu itulah ibu berjaya mengaharungi detik 9 bulan bersama mu.. Sayangku Aqil, sesungguhnya kehadiran mu adalah rahmat buat ibu.. Kau buat ibu hilang rasa rendah diri disebabkan kekurangan ibu ini.. Terima Kasih sayang.. Kerana kaulah segalanya dalam hidup ibu & ayah.. Salam sayang & selamat malam buat Aqil Naim.. Setakat ini saja coretan istimewa ibu buat mu malam ini.. Kita sambung lain kali yek.. ;o)
(Jam sekarang pukul 11.40pm) Time 2 sleep.. Gud Nite semua.. ZZZzzzzz
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.