Advertisement

Main Ad

Trip 2 Zoo Taiping...

Trip 2 Zoo.. Memang best. Penat tapi tetap mengembirakan. Sebab.. Aku ditemani insan2 tersayang. Akupun tak tau kenapalah suka sangat aku pegi Zoo Taiping. Boleh dikatakan sejak awal aku kenal abang, sampai kami bertunang dan berkawin hinggalah sekarang dah beranak sorang suka sangat aku minta abang bawakan aku ke zoo. Jenuh jugak lah aku kena kutuk dengan Kak Yatie a.k.a "kakak lain mak lain bapak" aku tu.. "Ha!! K.Yatie tau kenapa Ina berkenan sangat pegi zoo.. Ada kawan baik Ina erkk kat sana.." Hampeh tul.. Tapi aku mengaku, memang suka sangat pegi zoo.. Agaknya itu yang Aqil pun suka binatang. Sebab dari dalam perut lagi aku dah galakkan sifat cintakan haiwan dalam diri dia.. Huhuhuhu Tapi yang tak bestnya kali ni, kami je yang sakan duk mencari2 binatang yang dah dikandang. Sedangkan kebanyakan binatang2 tersebut semuanya bersembunyi. Cuaca panas terik lah katakan. Wah!! Cerdik pulak binatang2 ni. Pandai cari tempat redup untuk berteduh. Ada yang bergelimpangan tidur ~terkangkang pn ada~. Comel.. Comel sangat2... Aqil apa lagi, mengelejat lah dia bila dapat tengok seekor dua binatang. Hehehehe suka sangat2. Yang bestnya kali ni kami dapat tengok BADAK AIR, sebab selama aku pegi zoo, badak air lah binatang yang susah aku nak tengok susuk badan dia. Mungkinkah dia malu dengan bentuk fizikal dia tu?!? Gila apa aku ni.. Huhuhu sebabnya, badak air suka berendam je 24jam dalam air. Namapun BADAK AIR.. Hahahaha Ibu Aqil wat lawak budus.. Hehehe Aku ajar Aqil sebut "BADAK SUMBU" bila train ketapi kami lalu depan kandangnya ~ini kes tak larat nak jalan panas terik, terpaksa naik train~ nasib percuma kihkihkih Aqil dengan bangganya sebut "ADAK IBU" Aduh!!!! Apa ni Aqil.. Sedih ibu dengar.. HukhUkhuk tak apalah nak, Aqil masih dalam proses menyebut dengan betul.. Aku jeling abang yang tengah tersengeh2 macam kerang x cukup masak.. Isk Isk Isk.. Apapun trip kali ni best sangat walaupun penat, panas, letih dan macam2 lagi. Ayah!! Aqil!! Nanti kita pegi Zoo Negara pulak nak?? Ayah belanja lagi.. ;o))))

P/s: TQ Ayah!! Bawak kami jalan2.. Sayang ayah AQIL.. ;o)

Antara Gambar Kenangan Di Hujung Minggu... Whachaaa...



Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.