Dah seminggu, rasa nak meng'update blog ni meruap2 je. Tapi asal je aku bukak blog untuk taip catatan baru, otak jadi blur. No idea.. Jari ni terus kaku je dekat keyboard laptop. Rasa macam banyak sangat yang nak aku ceritakan. Aktiviti kami hujung minggu lepas ~lawatan sambil belajar ke Lost World of Tambun bersama kawan2 kerja abang 3 family~. Aktiviti aku di pejabat dengan kerja Pertukaran Opsyen yang tak sudah2. Adoi!! Penat.. Bila aku mula je nak bercerita dekat lembaran yang tak bersuara ni, otak aku tiba2 jeam. Terlalu banyak cerita sampai aku tak tau nak mulakan macam mana. Tapi, kali ni aku nak bercerita. Bukan pasal kerja. Bukan jugak pasal aktiviti2 aku. Tapi pasal perasaan. Perasaan!! Aishhh lain macam je bunyinya. Jeng Jeng Jeng..
Semalam pagi2 lagi masa nak keluar pegi kerja. Kereta abah buat hal. Ini kali kedua dia buat hal dalam tahun yang sama. Aku cakap pada mak, beli je kereta baru. Asyik rosak je. Buang duit repair tapi rosak balik. Jadi terpaksalah aku menumpang kereta kawan mak. Kebetulan dia tinggal berhampiran rumah kami. Kiranya kalau dia nak ke pejabat, mesti lalu depan rumah kami dulu. Kawan mak dari masa zaman muda2 @ anak dara dulu. Umurpun lebih kurang mak jugak. Memang rapat dengan keluarga kami. Rapat dengan mak. Yelah dulu dua2 sama jadi Jurutaip Bank Simpanan Nasional. ~Macam aku dengan kakak aku si Yatie 2~.. Tapi bila dah jawatan dimansuhkan, mereka naik jadi kerani. Dan masing2 bertukar Department lain. Tak dapat lah nak bergosip2 macam zaman dolu2. Tapi aku tau, Makcik Normah sentiasa mengikuti perkembangan aku membesar dari dulu sampai sekarang. Mesti dia tempat mak meluahkan kekeruhan, kebimbangan dan keresahan hatinya. Kawan baiklah katakan.
Pagi tadi, aku tumpang Makcik Normah lagi. Dan dia mula bercerita. Rupa2nya bukan mudah untuk emak menerima takdir kelahiran anaknya yang sulung ini ~satu2nya~. Melahirkan anak yang belum tentu sampai bila hayatnya. Anak yang tidak seperti anak rakan2nya yang lain. Anak yang disahkan menghidap masalah ke'abnormalan darah dan sepanjang hayat hanya bergantung dengan rawatan susulan di Hospital ~Tranfusi Darah~. Anak yang hidup bergelumang jarum suntikan. Makcik Normah cakap, diawal kelahiran ku, mak memecilkan diri. Daripada kawan2 sekerja. Aku rasa aku tahu kenapa. Mak tak nak orang bertanya tentang anaknya ini. Adakah mak malu?! Bukan.. Mak tak pernah malu dengan keadaan aku. Malu bila bercerita tentang masalah aku. Aku tau mak bangga dengan aku. Dari lahir sampai sekarang akulah anak kebanggaannya ~ada unsur2 bangga diri ;o)~ Walaupun dia tak pernah meluahkannya dengan kata2. Tapi dari raut wajahnya aku faham dan mengerti apa yang tersirat dihatinya. Sebenarnya emak sedih, sedih setiap kali keadaan diriku ini dipersoalkan oleh mereka2 yang mungkin tak memahami. Dan kalau diterangkanpun tak mungkin mereka faham. Mungkin mereka hanya mahu bersimpati. Tapi naluri keibuannya rasa bagai disiat2 setiap kali mahu membuka cerita tentang anaknya ini. Waktu itu, air matalah temannya yang paling setia. Setiap hari, setiap saat air mata akan setia menemani emak. Dan tak pernah pergi jauh dari sisi emak.
Soalan: Anak sakit apa??
J: "Anak sakit kurang darah.. Tiap2 bulan kena masuk darah.."
Soalan: Sampai bila macam 2??
J: "Sampai akhir hayat dia"
Kenyataan@Soalan: Akhir hayat?! Maknanya sampai mati????
...... Sanggup ker sorang ibu mendengarnya?? Bagaimana pula nak menjawabnya??
Emak, kesian mak. Terpaksa menanggung semua tu selama 28 tahun ni. Soalan yang sama dari orang yang berbeza2. Dulu masa kecik2 dan masih tak mengerti apa2, Kak Long selalu mengeluh sendirian..
"Kenapalah mak abah bagi nama SALINA SASLIZA pada Kak Long. Mungkin kalau Kak Long lahir dari keluarga yang lain dan diberi nama yang lain, mesti Kak Long tak dapat penyakit ni..."
Ya Allah!!! Kejamnya aku.. Berdosanya aku.. Kenapa mesti aku ada fikiran sebegitu waktu itu.. Maafkan Kak Long.. Sekarang baru Kak Long mengerti.. Kenapa Kak Long dilahirkan sebagai anak emak dan abah. Kerana kalian tergolong dr golongan ibu bapa yang terhebat dan kerana itulah kalian dipilih untuk memikul amanah Allah swt ini. Terima kasih emak abah.. Kerana kalian, anakmu masih kuat dan bertahan.. Sayang sangat2 dekat mak abah... Emuahxxxxxx!!
"Andainya aku pergi dulu sebelum mu...
Jangan lah kau bersedih hati...
Andainya aku tiada lagi disisi mu...
Jangan lah kau memencil diri...
Ingatlah saat2 bahagia...
Ketika engkau dan aku..."
lalalalllaaaallaaa... Sob Sob Sob ;o(((
1 Comments
wei sedih la aku baca blog ko nie....sbar jer la yer.
ReplyDeleteSila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.