Advertisement

Main Ad

Aqil oh Aqil..

Semalam Aqil meragam. Sampai opah pun tak dapat nak handle. Opah pujuk pun Aqil tak nak jugak. Puncanya Aqil marah bila opah basuh tangan Aqil lepas makan biskut Tiger. Aqil nanes guling2 tertonggeng2. Ibu pujuk pun Aqil tak nak. Atok dah lari bawak diri ke surau. Agaknya atok rimas kot dengan Aqil sebab melalak2 tak tentu hala. Opah mula risau. 

"Aqil sakit ke.. Mana yang tak selesa 2.. Bagitau opah.." Lembut je opah memujuk..

Aqil "Uwaaaaaaaaaa" Tetap melalak2.. Kaki menendang2 semua benda yang ada berhampiran..

Ibu dah mula hangat hati.. Ibu tanya lagi elok2... "Naper ni anak ibu ni??" Masih sama, melalak & menendang2.. Ibu tengok mata Aqil dah merah bengkak sembab.. Tak boleh jadi ni.. Dibiarkan lagi panjang lalakan Aqil. Tak kurang walau sikitpun. Sampai nak termuntah2 Aqil menangis.

Ibu tarik tangan Aqil yang masa 2 tengah syok menghempas badan merampus. Ibu dukung Aqil ~Aduh!! Makin hantap anak ibu sowang ni..~ Ibu bawak masuk bilik tidur. Ibu baringkan Aqil atas tilam.

Aqil "Uwaaaaaaaaaa" Nanes lagi & bertambah kuat diselang seli dengan sedu sedan.. Sedih ibu tengok.. Tapi ibu terpaksa bertegas.. Sebab ibu tau, dengan cara ini saja yang boleh buat Aqil berhenti melalak2...

Ibu "Diammm..." Ibu babab betis Aqil sekali. Alahai!! Bukan kuat pun.. Sekadar bagi kena tapak tangan ni je.. Harap intonasi suara je yang agak tinggi sikit dari biasa.

Ibu jerit lagi "Ibu kata diammmm...." Kali ni tangan tak naik.. Muka je ibu buat ala2 nak telan orang.. Tapi Aqil ni kalo dapat ibu geget masa tu rasanya sedap sebab dari balik kerja tadi ibu cium Aqil bau macam cokelat je.. Ermmm dapnyer... Hihihi Aqil menangis.. Lebih kuat & syahdu sambil pandang tepat muka ibu.. Ibu tau Aqil merintih sedih.. Maafkan ibu sayang.. Ibu bukan benci.. Malah ibu terlalu menyayangimu nak.. Tapi Aqil tak nak dipujuk.. Bila pandang je wajah mulus Aqil.. Ibu depakan tangan ibu..

"Meh sini dekat ibu.. Meh ibu peluk.." Dengan sedu sedan, Aqil datang pada ibu.. Terus lemas dalam dakapan hangat penuh kasih sayang seorang ibu.. Ibu tak nak marah Aqil.. Tapi ibu tak boleh terlalu berlembut dengan Aqil.. Ibu tak nak Aqil rosak dengan didikan yang salah. Ibu tak nak menyesal dikemudian hari.

Dan dalam dakapan ibu, esakan Aqil semakin reda.. Ibu usap belakang badan Aqil. Ibu cium rerambut Aqil. Agak lama kita dalam keadaan sebegitu. Bila agak2 Aqil dah puas. Ibu jarakkan badan kita. Aqil pandang muka ibu.. Aqil senyum.. Haaaaa!! Kan manis anak ibu senyum macam ni.. Ibu pun senyum.. Kita sama2 lena.. Aqil lena dalam dakapan ibu.. Tapi bila ibu terjaga pukul 2 pagi, Aqil dah sampai ke hujung katil. Nasib tak jatuh. Isk Isk Isk lasaknya sayang ibu ni..

Pagi tadi Aqil bangun dulu dari ibu. Mood Aqil pagi ni, sungguh menceriakan. 

"Buuu nak bikut..." Aqil mintak biskut Tiger lagi.. Ibu bagi 1, Aqil nak 2.. Kiri kanan tangan Aqil pegang biskut. Hamboi!! Tamaknya...

P/s: Tak sampai setengah jam ibu di pejabat, ibu terima panggilan dari mama Aqil.. 

Mama Wati.. "Ina.. Aqil berak tapi macam ada darah sikitlah.. Semalam tak ada.. Pagi ni pulak.." 
Ibu risau.. "Dia menangis tak Kak Wati??"
Mama Wati.. "Tak pulok.. Dia main macam biasa je.. Cuma meneran je tadi macam seksa je rupanya.."
Aishhh!! Alahai Aqil Naim.. Ibu mula rasa tak sedap hati.. Mungkin Aqil sembelit kot.. Sebab tak pernah2 jadi macam tu pada Aqil..


Corat Coret,

Post a Comment

2 Comments

  1. aqil suka mam beskott tiger yek..

    nak kuat cam harimau.. xleh nangis2...

    cian kat ibu dgn opah!! :)

    ReplyDelete
  2. cik tedi, aqil mmg gemor bebenor mkn beskott 2.. ibu nak ckit pun dia x bagi.. dekut.. hehehehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.