Advertisement

Main Ad

Mama kata Aqil dalam keadaan STABIL.. ;o)

Dah waktu lunch hari Jumaat. Mr. Friday tiba lagi. Minggu ni ibu tak kemana juga waktu lunch yang panjang ni. Duk je dekat pejabat. Tengok2 tepat pukul 12.15, pejabat dah lengang. Hanya tinggal beberapa kerat je makhluk2 yang tak nak kemana2. Ni mesti kes nak jimat duit lagi ni. Hehehe biasalah bulan ni ibu ngan ayah Aqil dah ada budget baru. Kenalah mula berjimat cormat. Karang tak berbayor gaji Mr.Alza nayer kiter. So, ibu mula kene berpikir panjang kalo nak membeli-belah. Agak2 tak berapa nak mencukupi budget bulanan, lupakan sajalah niat di hati. Lebih baik angkat kaki BELAH je lah. Huhuhu so, time lunch hari ni ibu abehkan masa di pejabat. Duk mengelat kejap menjelajah belog kawan2 ibu yang macam2 cerita. Best jugok.. Sesekali ada masa terluang pegi lah menjengah2 belog orang. Tak dapat nak cuci mata di Choping Komplek, cuci mata di blog kawan2 pun jadilah. 

Tadi pukul 10 pagi ibu call mama Aqil. Saja bertanyakan perihal anak manja ibu ni.  Sayup2 ibu dengar suara Aqil mengalunkan Zikirullah.. Aduh!! Berbunga hati ibu ni sayang. Walaupun bunyi nya agak berterabur &  penuh dengan unsur2 kepelatan. Tapi ibu tetap bersyukur kerana mudah benar Aqil menangkap bait2 kalam Allah tu. Aqil tak pandai bab2 Otomen or Batman.. Atau apa2 'MEN' sekalipun. Watak katun yang Aqil tau COCOYO @ POCOYO.. Hehehehe syomel sungguh.. Ibu tanya pada mama keadaan terkini Aqil. Mama kata, "Aqil tak meragam. Elok je anak ibu 2.." Wahh!! Pandainya Aqil membawa nama baik ibu & ayah waktu di tempat orang. Lasak di rumah sendiri tak apa tau nak. Tapi bila di rumah orang, pandai2 jaga tingkah laku yer. Jangan susahkan orang tau. Sekali lagi hati ibu berbunga2. Aqil berdisiplin di rumah orang. Alhamdulillah!!! 

Waktu ibu menulis entry ini, hati ibu melonjak2 kerinduan. Rindu pada si tecik ibu  Muhammad Aqil Naim. Malam ni ibu kene Overtime lagi sayang. Sampai pukul 7 malam. Ibu harap Aqil tak amuk amuk lagi. Opah cakap, dia tak nak amik Aqil awal. Kami datang amik Aqil lepas atok opah jemput ibu dari pejabat ye. ;o) Sabar menanti ibu tau. Esok & lusa kita sambung gomoi2 sampai Aqil lemas ok. Sebab dah CUTI UJUNG MINGGU.... ;o( But this week just 2 of us.. Ayah kene tejeeee x dapat balik... Hukhukhuk


Post a Comment

0 Comments