Advertisement

Main Ad

Lagi2 Aqil menguji kesabaran ibu..

Aqil Naim..

Pagi ni Aqil tunjuk laku lagi. Pagi2 lagi ibu kelam kabut bersiap nak ke pejabat. Kebiasaanya pagi2 Aqil suka layan Astro tengok cite katun Channel 613. Tapi pagi ni, Aqil meragam lagi. Punca Aqil mengamuk sebab "TAK NAK IBU BASUHKAN IYARK AQIL.." Adoiiii si Aqil Naim.. Kenapa nak?? Tak kan lah ibu nak biarkan bersarang benda tu tak bercuci. Hari ni ibu tak hantar Aqil ke rumah mama Watie. Sebab mama ada hal peribadi yang tak dapat nak dielakkan. Jadi hari ni Aqil tinggal dengan opah & atok. Opah & atok cuti sebab nak settlekan kes Reb Baby atok yang masuk wad. Masa ibu nak bersihkan Aqil, Aqil meronta2. Berguling2 dekat lantai bilik air yang tak berapa bersih. Ibu pujuk tapi Aqil meronta. Ibu angkat tapi Aqil lembikkan badan. Last2!! Ibu bogelkan Aqil terus ibu mandikan Aqil seawal2 pagi. Ikutkan selalunya kalo pagi2 hantar rumah mama, ibu tak mandikan Aqil awal sangat. Sebab takut dada Aqil sejuk. Aqil kan ada asthma. Ibu takut Aqil semput. Lepas mandi, Aqil tak nak keluar dari bilik air. Pulok dah!!! Nak main air. Ibu tengok jam dinding dah pukul 7.15am. Adoi!!! Lambatlah ibu masuk keje hari ni sayang. Ibu ajak pujuk Aqil elok2 tapi Aqil masih tak nak keluar dari bilik air. Hati ibu mula dah rasa suam2 panas.  http://emo.huhiho.comDengan hati yang agak dah hampir2 mendidih, ibu angkat Aqil. Bawak masuk bilik. Terus ibu siapkan Aqil.

Aqil ~Meronta.. Melalak.. Melolong..~  http://emo.huhiho.com

Lepas Aqil dah siap berbaju, Aqil terus lari terkedek2 dekat atok ~syomel pulok tgk bontot tonggek dia berlari~ Aqil tak nak pandang ibu langsung. Marah erkkk dekat ibu?? Sebab layan Aqil macam tu pagi2 ni. Ibu mintak maaf sayang. Ibu dah sedaya upaya berlembut. Tapi tahap kesabaran ibu ada batasnya. Ibu tetap sayangkan Aqil. Walau apapun yang Aqil buat, tak terdetik sekelumit benci di hati ibu. Cuma kadangkala ibu hilang kesabaran kerana Aqil sentiasa menguji kesabaran ibu. Maafkan ibu nak, kerana berkasar sedikit dengan mu pagi ini.. http://emo.huhiho.com


Post a Comment

7 Comments

  1. adoyai ina..sabarnyer ko ek melayan kerenah si kecik..tp mmg ler org kata bila dh jd ibu secr automatik kita mendidik diri dn hati kita dgn kesabaran...dh x leh nk marah2 sbb melyn kerenah si kecik yg menghiburkan,menggeramkan,menceriakan...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Besela ina...mmg selalu mmbuat kita ilang sabar..tambahan dihari keje...diwaktu pagi...mau x bertempiknyer diwaktu pagi..
    belum masuk kes menangis..muntah2..mmg menguji kesabaran btoiler...

    ReplyDelete
  3. yus: mst kena sabar yus.. x sabar 2 yg dgor kes dera anak 2.. sabar ni pntg ble dh jd isteri & ibu ni.. ;o) tp kdang truji sgguh tahap kesabaran aku yus..

    k.yati: itulah pasal.. kalo hari cuti ok lg.. ni sbb dh nk g keje.. dh brsiap smua.. dia lak bnyk akal.. haiii si Aqil Naim..

    ReplyDelete
  4. lina pulak walaupun tak kerja, pun ada juga hilang sabar dengan si Danish tu. Menyepah je kerjanya. Tak sampai lima minit kita kemas, disepahnya balik.. Siapalah yang tak baran..

    ReplyDelete
  5. yg buat ina x tahan bkn apa dik non.. dia ngamuk pastu merampus2 lg tu.. adoiii rasa mcm tempre btul waktu 2.. tp fikirkan dimarah krg dia lg mmberontak.. jd, wat x tau je.. layankn je.. cuma trkasar jgk lah sikit pg td.. kesian pulok ble dikenang2 masa duk pjbt.. anak lah anak.. anak2 skrg mcm2 akalnya..

    ReplyDelete
  6. @Razida Hanim Dia k.ida kalo dah bkk channel 2 sorry ler kte nak tgk cite lain.. bygkan ina beli dvd mickey mouse sampai bercalar balar sangkut2 pn dia nak pasang jgk..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.