Kenapa ibu kata 'PETANG & MALAM YANG INDAH BERSAMA AQIL'?!? Sebab pagi tadi Aqil wat perangai dengan ibu. Entry lepas ibu ada cerita yang Aqil ngamuk2 waktu ibu nak pegi keje kan? Haa!! Sepanjang masa dekat pejabat ibu asyik teringatkan Aqil. Rasa menyesal pulak sebab berkeras dengan Aqil. Aqil bukan tau apa2. Baru umur 2 tahun. Tapi ibu sedar kadangkala ibu layan Aqil, seolah2 Aqil lebih dewasa dari usia sebenar. Ibu tak nak manjakan Aqil lebih dari yang sepatutnya. Ibu tak nak Aqil jadi anak yang terlalu manja hingga membuatkan Aqil bergantung harap pada orang lain. Kurang yakin dengan diri sendiri. Ibu nak Aqil belajar berdikari. Walaupun seusia baru 2 tahun. Gilo apo ibu ni??? Baru 2 tahun dah nak suruh berdikari?? Tapi kalau ikutkan zaman sekarang yang serba canggih ni, ibu rasa anak2 zaman sekarang terlampau advance. Malah lebih advance dari orang2 lama ~tak nak ngaku tua~ ;o) Anak2 sekarang terlampau berani. Sampai ayah & ibu yang jadi takut. Macam2 kes yang ibu dengar & baca. Kes anak lari rumah. Anak cederakan ibu bapa & macam2 lagi sampai ibu sendiri malas nak baca. Ibu takut sayang. Takut kalau satu2nya anak ibu, gagal ibu didik dengan sebaik2nya. Dari Aqil dalam rahim ibu lagi, ibu dah sematkan berbagai2 nasihat. Dan harapan ibu supaya Aqil jadi anak yang berguna dunia akhirat. Bukankah Aqil nanti lapik liang lahat ibu. ;o)
Petang tadi, balik dari kerja. Aqil datang jemput ibu. Dari dalam kereta ibu nampak senyum manis Aqil. Dengan muka nakalnya. Sangat2 syomel. Memang syomel. Masuk2 dalam perut kereta, ibu hulurkan tangan ibu pada Aqil & Aqil menyambutnya dengan kucupan yang sangat tulus suci. Hai lah anak, kaulah racun & penawar. Ibu peluk Aqil. Ibu cium Aqil. Bertubi2..... Maafkan ibu nak kerana tinggalkan dikau pagi tadi dalam keadaan amarah di hati.. Ibu pandang Aqil dan Aqil memanggi "IIIIIIBBUUUUUUUU" heheheheh sangat merdu suara Aqil waktu itu.
Dan petang tadi, kita habiskan masa bersama. Pegi singgah choping komplek.. Jalan2 cari pasal. Malamnya pula, Aqil habiskan masa dengan ibu berguling2 & bergomol2.. Hingga akhirnya, Aqil Naim lena didalam buaian. Entah apa angin malam ni nak berbuai pulok anak ibu ni.. Tak apalah Aqil, asalkan Aqil bahagian. Ibu pun sama bahagia. Ibu sayang Aqil..
P/s: Yeyeyeyeyey!!! Esok ayah Aqil balik.. Bawak Mr.Alza.. Huhuhuhu So, penuhlah aktiviti kita hujung minggu ni.. Kepada kawan2 ibu.. Mungkin blog ni akan sunyi seketika.. Sebab, ibu tak nak rebut2 Ms.Lappy ibu ni dengan ayah Aqil.. Huhuhuhuhu Isteri kena beralah. ;op
Ini gambar2 candid Aqil Naim tadi..
Happy Happy Time!!!
0 Comments
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.