Advertisement

Main Ad

~Bila ibu dah naik hangin satu badan..~

Hii dear all!!!!!

Ibu nak cite sikit bila ibu dah naik hangin satu badan.. Rasa macam panas naik sampai ke muka.. Dada mula rasa berombak2.. Macam nak pecah je rasanya.. Apa yg buat ibu naik hangin?!!!!! {ni kes malam tadi..} Si Aqil Naim buat perangai.. Bayangkan dah dekat pukul 1 pagi mata dia masih duk buntang lagi.. Tak menunjukkan tanda2 nak tido.. Budak2 ni lambat tido tak elok kan untuk kesihatan.. Tido kene cukup untuk budak2 yg tengah nak membesar.. Sedangkan ayah dah lama berdengkur atas katil.. Yg si dak tecik ibu 2 duk melompat dari katil ke bawah.. Naik balik atas katil lompat balik kebawah.. Memang benar2 menguji kesabaran ibu.. 

Bila dimarah.. Bukan dia faham.. Nak dipukul rasa tak sampai hati.. Nak dibiar, tengok jam dah menganjak ke subuh.. Apa yg ibu nak buat?!!!! VCD katun 24 jam terpasang sampai dah naik calar balar dikejenya dia.. Katun!! Katun!! Katun!! Itupun tak boleh nak buat si dak tecik ibu ni duduk diam.. Ibu dah mula hangat hati.. Dengan mata ibu ni yg semakin memberat.. Dengan mood nak belajar cutting2 picca guna Adobe Photoshop tengah membuak2.. Ibu mula jalankan aktiviti memujuk.. Mengajak si putera idaman masuk beradu.. Tengok2 diajaknya pulak ibu duduk depan tengok katun {dah pukul 1 pagi sayang oiiiii} Biasanya kalo dah tengok channel katun di Astro memang tak kan tido le dia jawabnya sampai ke subuh.. Jenuh kalo gitu.. 

Nak tak nak terpaksa jugak lah ibu buat2 garang nak suruh dia tido.. Apa lagi melalak le dia malam2 buta.. Sampai opah datang ketuk pintu bilik {ingat cucu dia kene dera ler 2..} Tapi ibu keraskan jugak hati ni suruh Aqil tido.. "Buuuuu!!! Nanak!!!!! Nak duduk depan.. Jom duduk depan buuuu.." Rayunya... Sayu ibu bila Aqil pandang tepat ke mata ibu.. Ibu tahu padahalnya waktu itu mata Aqil pun dah kuyu.. Aqil melawan mata tak nak tido.. Tak sampai 10 minit dah penat menanes.. Sedar2 Aqil dah lena.. {haaaa!! kan ibu cakap Aqil saja ngada2 nak tido..} Tengok2 jam dah pukul 2.10 pagi.. {uishhhhhhhh!!!! esok nak keje ler..}

**Nota Si Jari Runcing**
Nak tidokan anak pun menuntut kesabaran.. 2 baru sowang.. {eceihhhh!! macam le ramai..}

Post a Comment

3 Comments

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.