Advertisement

Main Ad

~Hakikatnya!! Dia bukan baby lagi!!~

As'salamulaikum!!!
Hii dear all!!!
Pagi tadi mood ibu sedikit kelaut..
Waktu breakfast dengan ayah Aqil tadi..
Kami membincangkan perihal si bulu mata lentik kami tu..
Ibu tanyakan pendapat ayah..
Memandangkan tahun depan Aqil Naim dah menganjak ke usia 4 tahun..
Perlukah kami masukkan dia ke TADIKA + TASKA?!!!
Ibu berminat dengan 1 tadika + taska yang SAHABAT KECIL ibu tempatkan anaknya..
Anaknya tua setahun dari Aqil Naim..
Dia mula masukkan anaknya waktu berumur 4 tahun..
Cuma yuran pendaftaran & bulanan sahaja yang mungkin mahal dari tempat lain..
Tambahan ibu nak tempatkan Aqil bukan saja tadika malahan taska..
Tak apalah anak ibu dialah sorang bukan ramai.. 
Asalkan tempatnya bagus untuk perkembangan si bulu mata lentik kami tu..
Kata Ida perkembangan Abang Nabil sangat baik..
Jadi mendengarkan itu teringin ibu nak masukkan Aqil Naim kesana..
Sebab ikutkan peel si Aqil Naim ni dia tak mahu dengar kalau ibu yang ajar dia..
Ada saja jawabnya nanti..
"Bukan!!! Salah!!! Tak betul tu ibu!!!"
Itu saja jawabnya..
Adoiiiii!!!!!!
Tapi kalau orang lain yang ajar cepat jer tangkapnya..
Dia dah boleh mengira nombor SATU hingga DUA BELAS..
Malahan ONE hingga TEN pun dah lancar..
Doa makan dah menjadi tugas dia sekarang..
Lancar bacaannya tapi dengan syarat dengan sekali baca tak nak ulang2..
Pantang tok nenek dia diulang banyak kali..
Aqil kenal jenis & nama sesuatu bentuk DALAM BAHASA MELAYU & INGGERIS..
Walaupun bunyi sebutannya ada sedikit pelat..
Dia tahu bila lampu isyarat menunjukkan warna2 berikut apakah maksudnya..
HIJAU - JALANNNNNN!!!!
KUNING - BERSEDIA!!!!!!!
MERAH - BERHENTI!!!!!!!!
Aqil Naim suka layan lagu TANGKAP LELEH yang ibu selalu pasang dalam kete..
Sambil diapun turut sama mengikut alunan liriknya..
Suka nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star..
Suka dengar zikirullah terutamanya alunan dari Ustaz Dzulkarnain & Ustaz Amar..
Jangan tak tau dia boleh ikut bacaan zikir2 yang dia dengar DENGAN LANCAR!!!!
Alhamdulillah!!!!! Syukur dengan kurniaanmu ini Ya Allah!!!
Setiap kali tidur ibu akan pasang CD sayup2..
CD apa?!!!!!
Alunan zikir dari Ustaz Amar..
Itulah yang mendodoikan dia tiap2 malam..
{sumpah!! ibu tak tipu}
Kalau tak dipasang alamatnya payah ler nak kuyu mata dia..
Jadi sekarang ibu keliru...
Adakah terlalu awal untuk ibu masukkan dia ke TADIKA?!!
Rasanya tidak kan?!!!
Ataupun sebenarnya ibu hanya berperasangka sendiri..
Tak menerima hakikat bahawa DIA BUKAN BABY lagi dah..
DIA DAH JADI ANAK BUJANG SEKARANG!!!!!!

Tinggi ini ibu kata baby lagi?!! Uisssshhhh!!
Ibu!!! Saya nak pegi sekolah lah!! {sila abaikan kasut yang besepah2 tu yek ;op}
Nota Si Jari Runcing ~Dia dah besar.. Tolonglah terima kenyataan itu..~
 

Post a Comment

3 Comments

  1. Aqil dah besar la bu.. Dah nak gi sekolah jumpa kengkawan.. Danish baru nak masuk 3 tahun. Tak leh ikut abg aqil naim lagi. Pampers pun pakai lagi. Cam ne Danish nak gi tadika? ehehehe..

    ReplyDelete
  2. yer, bakal jejaka idaman malaya tuh nanti :)

    ReplyDelete
  3. pada pendapat saya, aqil boleh dah masuk tadika+taska. tidak terlalu awal...sesuai dah tu :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.