Advertisement

Main Ad

~Kisah suami, isteri & si bulu mata lentik dihujung minggu..~

As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Dah masuk hari Selasa..
Baru lah ada mood nak hapdet cerita ceritera kami 3 beranak hujung minggu lepas..
Kami kemana?!!!
Alahai!!! Usah le meneka tempat yang jauh2..
Tak keluar dari kawasan Ipoh pun..
Plan nak ke TELUK SENANGIN seperti yang diwar2kan hari tu tak menjadi..
Atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan oleh semua pihak..
{eceihhhhh!!! ayat skema lagi.. ;op}
Jadi hari Sabtu kami cuma balik ke Chepor..
Menziarah atok & opah Aqil sebelah ayah..
Alhamdulillah!!!!! Mereka sihat & baik2 belaka..
Suka sangat bila anak, menantu & cucu balik jenguk deme..
Hari Ahad pula plan asal ibu terpaksa datang pejabat..
Tapi atas faktor2 tertentu juga plan itu tak menjadi..
Jadi hujung minggu berkualiti kami habiskan masa kami 3 beranak...
Apa aktivitinya?!!!!!
Jom layankan je picca2 ni..
Kome kalo tak ada picca si BULU MATA LENTIK ibu tu tak sah kan?!!!

Huh!! Apa dibuatnya ni?!!!

Uishh!! Berebut ngan ayah plak dah..

Lahai!!! Bowling untuk budak2 rupanya.. {sibuk je ayah ;op}

Dengan penuh yakin je baling bola bowling 2..  {larat ke Aqil angkat bola tu? ;op}

Yey!!! Aqil dapat STRIKE!!!!!

Alahai!!! Ingat besor bebenor ler bolanya macam bola bowling org dewasa..
 Lepas Aqil Naim main bowling..
Ayah plak cakap tak bleh jadi Aqil je yang main..
Ayah pun nak jugak..
Jadi destinasi seterusnya..
Tempat bowling orang TUA macam ayah..
{wek!!!! wek!!! ;op}

  
Okeh!!! Ini kes dia tengah gelakkan ayah dia.. {bola masuk longkang ;o)}

Perghhhh!!! Anak bujang ni buat macam seolah2 itu lantai hall rumah je..

Santai je budak kecik ni..

Hero kegilaan hati ku.. Tak ada depa dua ni mati teman dibuatnya..

Dah ada tanda2 mula bosan..

Dah mula merepek sorang2..
Lepas dah penat..
Kami terus ke Food Court Jaya Jusco Ipoh..
Pekena nasi ayam..
Memang licin le 2 pinggan..
Lapor punya hal..

Ni keje si dak tecik ibu sambil ayah order nasi.. {apa dibuatnya dekat pokok tu?}

Tengok tu?!!! Tak abeh dibeleknya lagi.. Apa yang tengah difikirnya?!!!!

Lahai!! Tercabut!!! Walaupun itu hanya pokok plastik tapi belum apa2 dah tercabut..

Muka cuak bila ibu usik dia cakap "Lantok!!! Amik dia pakcik guard dia rosakkan pokok pakcik!!"

Bila ayah datang, ayah plak nyakat dia.. Sampai dia duk tercari2 mana pakcik guard tu.. ;op

Dah geram kene sakat.. Ayah jadi mangsa!!!!!!!!!!!!

Tak puas hati lagi tu.. Dipulasnya telinga si ayah.. Suka ibu tengok momment ni.. Happy je!!!

Inilah dia kerenah si dak tecik ibu.. Seronok ada dia.. {picca semalam yang terbaru}

Kome tatap ler bulu mata dia tu puas2 erk.. Hihihihihihi
Nota Si Jari Runcing ~Sekarang camera fokus pada dia saja.. Picca ibu kurang.. Biarlah dia saja menghiasi hari2 anda ye.. ;o) Thanks 4 reading until the end!! Tata Titi Tutu!!~

Post a Comment

3 Comments

  1. betul suka tengok aQiLla, bestkan bila anak dah besar macam ni kak, boleh lawan sama2.

    tengok perangai dia, macam tak sangka dia boleh membesar dgn jayanya, mesti akak rindu masa dia kekecik dulu.

    aQiL macam orang besar je.

    ReplyDelete
  2. hensem esok tuh... dh ader yg booking jadik menantu ker? ;p

    ReplyDelete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.