As'salamualaikum!!!
Hii dear all!!!
Selamat berhujung minggu..
{entry dedicate for Aqil Naim my super"hero}
Aqil Naim!!
Bila ibu tengok Aqil seronok bermain dengan kawan2 mesti hati ibu sedih..
Maafkan ibu sayang kerana tak mampu nak lahirkan adik untuk Aqil ajak bermain..
Orang lain semua ada adik beradik kandung..
Tapi Aqil hanya seorang..
Pernah ibu di tanyakan soalan..
"Kenapa Aqil tak ada adik?!!!"
Dan soalan itu juga kadang2 menyentap jiwa ibu..
Hampir separuh jiwaku pergi ..
Kenapa Aqil tak ada adik?!!!!
Mungkinkah soalan itu juga akan Aqil persoalkan satu hari nanti..
Mungkin waktu itu hati & jiwa Aqil memberontak inginkan teman bermain..
Maafkan ibu Aqil..
Susah untuk ibu terangkan kenapa?!!
Percayalah sayang..
Semua ini adalah rezeki Allah swt..
Ibu yakin apa saja yang telah Allah swt beri pada kita..
Itu adalah yang terbaik buat kita..
Belajarlah bersyukur dengan setiap rahmat Allah..
Percayalah sayang!!!
Allah swt memberi kita rezeki dalam bentuk yang berbeza2..
Tak semua manusia sama saja rezekinya..
Jangan mengeluh atau merungut..
Bersyukurlah!!!!!!
Walaupun Aqil miskin adik beradik kandung..
Tapi Aqil masih punya kakak, abang & adik saudara yang lain..
Berbaik2lah dengan mereka..
Mereka adalah sedarah dengan mu sayang..
Zuriat keturunan atok & opah..
Walaupun keluar dari perut yang berbeza..
Layanzzzzzzzzzzzzzzzz!!!
Nota Si Jari Runcing ~Aqil Naim!! Ibu juga anak tunggal sayang.. Tak punya saudara kandung.. Hingga saat ibu nak disatukan dengan ayah.. Ibu cukup risau.. Siapa nak membantu ibu untuk uruskan segala hal.. Siapa nak bagi bunga telur.. Siapa nak meramaikan hari bersejarah ibu.. Namun rencana Allah swt itu yang terhebat.. Ibu dikelilingi oleh sepupu yang ramai.. Kadangkala ibu tak rasa ibu sebatang kara tiada saudara kandung.. Cukup ibu ada keluarga kecil ibu saat ini.. Syukur alhamdulillah!!!! Bak kata ayah "Belajarlah bersyukur dengan rezeki kita sekarang.. Jangan tamak & takbur.."~
7 Comments
nasib kt sama ina.. x dpt berikan adik sbg kwn sepermainan buat ank2 kt... tp xpelah.... syukur..krn tuhan ttp menghadiahkan anugerah terindah sbg ubat sgla kesakitan.... syukur:-)
ReplyDeletesmoga aqiel & asya membesar dgn penuh tabah & sgt2 berdikari..insyallah :-)
jgn sedih ina...may be ina boleh slowly terangkan yg ibu tak sihat..tak dapat bg adik..insyaallah aqil akan faham dan stop bertanya..
ReplyDelete@LYAfrina Yerkan Lya, itulah yang ayah Aqil maksudkan "jgn tamak" belajar bersyukur.. Alhamdulillah!!! Sekurangnya ina x tggu terlalu lama untuk dapatkan penawar sakit ina ni.. Genap setahun usia perkahwinan kami dia lahir utk melengkapi segalanya.. Syukur ya allah dgn nikmat yg satu ini.. Mudah2an dipanjangkan umur kita Lya utk besarkan mereka.. Amin!!! ;)
ReplyDelete@MamaYatie Terima kasih mama.. Insya'allah ina akan cuba terangkan pada dia satu hari nanti moga dia faham.. Kadangkala kita tak diberi pilihan namun kita diberikan kekuatan utk terus menghadapi setiap dugaan.. Amin!! Moga kekuatan itu akan terus teguh dalam diri ni.. Insya'allah!! TQ mama.. ;)
ReplyDeletebiasanya mmg mcm tu bu, kita kekurangan yg itu tapi Allah berikan kita rezeki yg orang lain tak ada. sebab tu Allah menyuruh kita bersyukur, Allah minta kita gunakan nikmat yg diberinya dgn sesempurna yg mungkin. Oni pun boleh jadi adik AQiL.
ReplyDelete@ch@ Alahai cha, terharu akak baca komen cha ni.. Terima kasih cha!! Untung juga akak berbelog ni.. Aqil ada ramai, ibu, mama, umi, mommy dllnyg amik berat ttg dia.. Aqil jgk ada kwn&adk bradik blog yg lain.. Semoga Aqil x sunyi tanpa adik or abg mahupun kakak.. Psttt! Kasi cik oni tido semlm kat sini bley?! Huhuhuhu
ReplyDeleteDah takdir kan .. syukur aqil ada ibu yang sgt sayang2 pada dia .. ada lagi orang yang bernasib malang kan ...
ReplyDeleteAqil yg encem meh jumpa anak2 untie bee nih ..riuh rendah .. fening lak nak layan ....
Aqil minta adik ok lah lagi .. bee yg anak dah 3 ni pun depa mintak adik lagi wakaka.. tak larat lak rasanya ..
Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.
Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.