Advertisement

Main Ad

Marathon Baca Entry

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Eh! Sudah hari Sabtu ke?!
Cepatnya masa berjalan dah masuk hari ke 4 di tahun baru.
Siapa sini macam ibu?!
Bila sekali dapat BW habis semua entry dalam satu blog tu ibu terjah.
Ibu suka marathon baca entry kawan-kawan.
Kalau katakan seminggu ibu tak singgah blog tu.
Seminggu punya entry lah ibu baca.
Kalau rajin ibu akan tinggalkan komen dalam setiap entry yang ibu baca.
Walaupun komen tu hanya sepatah dua kata saja.
Ibu sejenis yang macam tu bila datang mood rajin ibu.
Bukanlah maksudnya ibu ni tak ada kerja lain nak buat.
Cuma bila dah sekali ibu BW habis semua blog yang ada dalam list ibu terjah.
Dan untuk satu blog tu ibu akan cuba baca entry-entry dia yang mana ibu tak sempat baca dalam seminggu tu.
Bila reading list semakin berkurang.
Banyak masa yang boleh ibu luangkan untuk blog kawan-kawan yang masih aktif.
Tak perlu nak scroll mencari satu persatu mana yang dah turun ke bawah.
Dalam seminggu dua ni ada juga ibu terima kunjungan kenalan baru.
Sempat juga ibu berbalas kunjungan dan follow blog mereka.
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ibu ni.
Ibu sangat-sangat menghargainya.


Rajin berjalan luas pandangan.
Banyak pengalaman.
Bertambahlah kenalan.

Cuti hujung minggu ni apa plan korang?! Sewaktu entry ni ibu taip kami masih belum ada apa-apa plan hujung minggu lagi. Ibu kan suka draft entry awal-awal bila agak ada masa terluang tu. Kalau ada plan last minit kami hujung minggu ni nanti ibu update lain yer. Hihihi! Selamat berhujung minggu semua. 

Post a Comment

34 Comments

  1. Marathonnselagi boleh ibu.. hihi.. sy lately selalu failed kalau nak follow blog baru, tak taulah apa puncanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak mim selagi tengah ada mood ni. Risau nanti jadi mcm sebelum ni tetiba hilang tanpa berita. Huh!

      Delete
  2. hujung minggu kita suka duduk rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun best juga Umi. Kadang healing kita dengan lepak dekat rumah saja kan. ;)

      Delete
    2. Betul tu, jika outing kita nak jadi penumpang je, tak rajin nak drive.

      Delete
    3. Ibu always jadi penumpang ayah sampai bising hidup jer lesen tp buat pekasam katanya. Hahahaha!

      Delete
  3. amalan membaca ibu memang harus dicontohi ni. saya mari mood malas membaca memang idakla nak blogwalking. lagi-lagi dah lama tak aktif blog :D. sekarang macam nak start balik la berblogging. saya dah lama follow sini, salute pada yang masih aktif memposting, dan komen.

    selamat maju jaya ibu dan salam hujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita kembali aktif berblog. Sayang blog yang dah lama kita wujudkan ni kalau ia terbiar macam tu saja kan. ;) Salam hujung minggu sis.

      Delete
  4. Tq sbb sudi singgah dan drop komen jugak kat my lil blog tu.happy weekend to u & family🌹

    ReplyDelete
  5. Tq sbb sudi singgah dan drop komen jugak kat my lil blog tu.happy weekend to u & family🌹

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Suami saya pun kerja wak hari Sabtu. Kerja separuh hari kalau dia kena outstation terpaksalah balik lambat. Tak apa wak itu juga rezeki. Alhamdulillah! ;)

      Delete
  7. Saya kini sudah gak lagi terlalu sering bw..sesekali saja, tapi saya memang seringnya jadi silent reader saja haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu juga bergantung pada mood dan kerajinan juga. Sekarang ibu dalam mood masih rajin lagi menulis dan membaca blog kawan2. Hihihi! Terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ya. ;)

      Delete
  8. Ammi pun selalu marathon bila tak sempat bw hari2. Yelah kita ada kerja hakiki kan. Bila free marathonlah dan kita spam blog org dengan komen. Padan muka blog yg ammi singgah tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha samalah Ammi kita serupa. Adan uke blog yg kita spam tu. Tp ibu yakin mereka suka kita spam blog mereka dgn komen² semua tu. Hahahaha!

      Delete
  9. Fuh siap jalan² naik kereta ye Ibu haha...
    Happy weekend 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Laju sikit bila naik kereta ni. Happy weekend PH. ;)

      Delete
  10. Saya biasanya random sahaja, mana yang kebetulan ada kesempatan bolehlah baca dan komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye asalkan ada masa utk kita BW ziarah blog kawan² kan. ;)

      Delete
  11. Sama la..bila dah mood bw tu..memang marathon abis la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mummy bila tengah ada mood kerajinan tu dtg jgn sia²kan dia. Hihihi

      Delete
  12. Blog uncle senang kan? Baca tak sampai seminit setiap post.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye unkel blog sempoi ibu terhibur dgn entry simple unkel tp ckup geli hati setiap kali baca coretan unkel tu. Simple tp ada isi tersirat jgk. Baca entry blog unkel akan buat mood ibu happy. Kelakar! Hahahaha!

      Delete
  13. Kita geng ..
    Dulu saya hari hati BW...baca perkembangan rakan maya.

    Dah lebih setahun rutin hidup macam dah berubah pulak..entah kesibukan apa..So,dah BW pun terpasa curi curi masa...tu yang terus round the world🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa Cella asalkan masih sudi lagi ziarah blog ibu ni dh bersyukur sgt dh. ;)

      Delete
  14. Nampaknya semangat berblogger masih ada...tahniah...saya hanya mampu baca yang ada berjunjung ke blog saya jer...yang lain memang saya tidak sempat BW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MrHanafi kerana sudi buat kunjung balas di blog picisan ibu Aqil ni. ;)

      Delete
  15. terima kasih singgah blog sy...
    ada masa singgah lagi tau jgn segan2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah! Ibu mmg tggu Anies update blog tambah sekarang mood ibu tgh rajin. Hihihihi!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.