Advertisement

Main Ad

Alhamdulillah Dan Tahniah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!
Entry beku dari peti ais!!
Apa kabar semua?!
Harap semuanya baik-baik belaka.
Ibu demam lagi.
Tapi tak seteruk yang sebelum ni.
Hanya demam on off dan selsema sahaja.
Tak ada sakit tekak ataupun semput.
Cuma tak selesa bila hidung tersumbat.
Rimas dan geram.
Rasa macam nak cabut sekejap hidung ni letak tepi.
Bila dah hilang selsema, pernafasan pun lancar baru pasang balik.
Huhuhuhu!
Apa bendalah yang ibu fikir ni.
Makin teruk selsema kepala pun rasa sakit.
Paling tak suka selsema rasa tak selesa.
Memang musim tak sihat ke sekarang ni?!
Alahai kesian pada “musim” dia pula yang disalahkan.
Nasib kamu lah musim oiiiii.
Hihihihihi!
Ibu dah buat test covid syukur resultnya negatif.
Maknanya ini mungkin demam virus biasa saja.
Walaupun demam, mujur selera makan ibu tak terganggu.
Tekak ni rasa nak makan macam-macam lagi adalah.
Jenuh ayah Aqil nak melayannya. ;)
Hari ni merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia.
Telah diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri kita yang Ke-10.
Tahniah Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
Semoga jujur dalam memegang amanah dan kepercayaan dari Institusi Istana dan Majlis Raja-Raja serta semua rakyat Malaysia.

Picca From Google

Semoga Allah swt kurniakan segala kebaikan buat Malaysia ku tercinta.
Aamiin Ya Rabb!
Tahniah YAB Dato’ Seri. ;)

Picca From Google

Pengumuman yang ditunggu-tunggu.
Ngeheeeeeee!

Dalam tak sihat dapat extra cuti sehari ni buat ibu sedikit lega. Bukan apa bila masuk pejabat dalam keadaan badan tak sihat sepenuhnya duduk dalam bilik aircond atas kepala. Allahu! Rasa beku ubun-ubun kepala ibu ni dibuatnya. Macam mana nak cepat baik. 


Post a Comment

14 Comments

  1. Selamt bercuti dan berehat ...semoga boleh sembuh dan sihat seperti sedia kala...aamiin

    ReplyDelete
  2. Memang dh agak jugak dia akn announce cuti pad hari isnin sbb kalau jumaat hari tu mcm last min sgt... dia mst nk tekel hati rakyat jugak.. hihi... apapun speedy recovery tau! kalau masih x sihat ambiklah mc besok... kerja mmg xkn pernah habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak mim. Kerja memang tak akan pernah habis. Hari Jumaat aritu pun ibu halfday sebab tak tahan sangat duduk di office dah macam ayam simpan dalam frezer.. Hihihi! Terima kasih kak mim atas doanya.. Xoxo!

      Delete
  3. Selamat bercuti dan beristeri rehat
    Tahniah juga untuk PM10

    ReplyDelete
  4. semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn

    ReplyDelete
  5. harap-harapnya ms sy tulis komen ni sis dah kembali sihat spt sedia kala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Dah semakin sihat hendaknya.. Terima kasih.. Xoxo!

      Delete
  6. tahniah rakyat malaysia akhirnya dapat juga PM baru lama menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Semoga yang baik2 saja untuk kita ya mama.. ;)

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.