Advertisement

Main Ad

Eh! Sedar-Sedar Sampai Penang #Throwback

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam sejahtera..
Hii dear all!!

Apa kabar semua?! Ibu harap semua dalam keadaan sihat lah hendaknya. Lamanya ibu menyepi. Nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan pun ibu tak berkesempatan. Nanti ibu jalan perlahan-lahan ya. Sejak usia dah makin meningkat ni tak boleh nak berjalan pecut sangat. Semput dibuatnya. Huhuhu!

Mengenangkan hari ini kita dah masuk ke bulan baru jadi ibu buka lembaran baru di blog keluarga kecil kami ini. Rasanya dah lama sangat kami tak ke Penang. Akhir kami ke Penang tak silap ibu tahun 2012. Uimakkkkkkk! Dekat 10 tahun kami tak pernah jejak Penang. Orang cakap di Penang tu dah ada macam-macam. Ikea pun dah ada di Penang. Tapi masalahnya jangan kata Ikea nak tengok jambatan Penang dari jauh pun tak mandang kata orang Perak. Hihihi!

Jadi pada 16/10/2022 kami sempatlah terjah ke Penang. Tak tidur sana pun kami balik hari sahaja. Kalian nak tau tak plan siapa?! Opah Aqil Naim lah. Tiba-tiba asyik sebut teringin makan jeruk Penang katanya. Iskkkkkk! Jarang opah minta nak dibawa berjalan macam ni. Setakat jalan keluar makan pun sekitar Ipoh ni saja. 

Kami bertolak awal pagi seawal pukul 8.30 pagi. Perancangan asalnya kami nak pergi waktu minggu cuti Deepavali memandangkan dapat cuti kelepasan am 3 hari berturut-turut. Bila difikirkan balik tak sanggup rasanya nak menghadap kesesakan lebuhraya waktu tu mesti ramai yang balik beraya di kampung kan. Kami tukar rancangan pergi seminggu awal. Alhamdulillah! Perjalanan kami lancar tak sangkut dalam kesesakan yang teruk. Perjalanan kami mengambil masa dalam 2 jam. Ayah bawa santai saja sebab tak banyak tempat yang kami nak pegi. 

Destinasi pertama kami nak cari jeruk dulu. Terima kasih Google Maps yang banyak bantu kami mencari arah ke tempat yang kami nak tuju. Kalau tidak menggagau lah ayah mencari jalan. Maklumlah 10 tahun tak ke Penang terlalu banyak perubahannya. Sampaikan bangunan KOMTAR pun ibu dah tak nampak jelas dari jambatan disebabkan banyak bangunan pencakar langit yang telah dibina.


Elok saja naik jambatan Penang berbunga-bunga hati ibu.
Bayangkan lah 10 tahun tak tengok jambatan Pulau Pinang.
Yang menjadi mercu tanda sebelum sampai ke seberang pulau.


Memang banyak berjasa Google Maps ni.
Kalau tidak sesat kami dibuatnya.
Ayah bukan mahir bila masuk Penang ni.
Sama juga kalau turun KL.
Eh!!! Bila pula rasanya nak turun KL yer.
Bestnya kalau dapat turun KL.


Walk@Chowrasta.
Banyaknya perubahan.



Berdepan IPK Pulau Pinang.
Yang buat kami ingat tempat ni sebab dia betul-betul depan IPK Pulang Pinang.
IPK Pulau Pinang saja lah yang ibu paling ingat.


Masuk saja dalam pasar mata dah dijamu dengan jeruk yang bermacam jenis.
Sampaikan tak tahu mana yang nak dibeli.


Ada escalator dah dalam pasar tu.
Memang banyak dah perubahan dia dari 10 tahun yang lepas.


Masa ni ibu dengan opah Aqil dah mula rambang mata.


Mana tak rambang mata.
Korang tengok lah bermacam-macam jenis jeruknya.


Tengok gambar ni pun kecur air liur dibuatnya.
Itu bagi penggemar jeruk lah.
Kalau tak minat tu lain cerita.


Tengok itu nak.
Tengok ini nak.
Jenuh lahai. ;)


Tengok tu opah pun dah rambang mata.
Memang tujuan asal opah nak cari jeruk.
Memang dia borong jeruk lah hari tu.
Elok dah dapat jeruk kami terus bergerak ke destinasi kedua.
Padang Kota Lama.
Cari Pasembor.
Ibu sambung dalam next entry nanti ya.

Masalahnya sekarang jeruk opah dah habis. Jeruk ibu tak habis-habis lagi ni. Opah dah tanya "Bila kita nak ke Penang lagi?!!!" Huhuhuhu! Nak cari jeruk ler tu.

Post a Comment

6 Comments

  1. pertama kali ke penang tahun 2018 rasanya, itu pun kejap je jalannya. Nak repeat lagi tapi tak tahu bila la agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun ambil masa 10 tahun baru lah repeat balik.. Hihihihi

      Delete
  2. 10 tahun tu memang lama, dah macam-macam perubahan. Alhamdulillah dapat tunaikan hasrat Opah Aqil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer Sal 10 tahun dah macam-macam yang ada dekat Penang tu. Bangunan pun banyak yang baru. Dulu dari Jambatan hanya nampak Komtar saja. Sekarang dah tak tahu mana satu Komtar. Hihihihi! Alhamdulillah! Selagi tak bawa opah asyik sebut-sebut saja.

      Delete
  3. mama baru aje plan nak pi jln showrasta.. syok nampaknya jenjalan sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ma.. P ma.. Banyak yang dah berubah.. Hissshhh mama cakap macam ni ibu teringat dkt buah berangan yang deme jual kat situ.. Dapnye!!

      Delete

Sila tinggalkan ulasan dengan bijak dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Setiap ulasan adalah tanggungjawab pengulas sendiri dan tertakluk kepada Akta 588 SKMM 1988.

Please leave comments wisely and do not offend any party. Each comment is the commenter own responsibility and subjected to the Act 588 MCMC 1988.